Sakura Trip Seoul – World Cup Stadium | Yeouido Park | Namsan Tower | Yoogane

Annyeong Haseyo!
Apa kata kita sambung kisah di Seoul semula? Dah bersedia , fasten your seat belt guys.

Bersambung dari entri terdahulu.

Selepas malam yang penuh dengan pancaroba , akhirnya tiba pagi yang menenangkan. Kami mengambil keputusan untuk meninggalkan semalam dan memulakan hari ini dengan penuh kegemilangan. Setelah membersihkan diri dan bersiap tanpa make up, kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami , Seoul World Cup Stadium.

Sinseol-Dong (Line 1) -> Dongmyo (Transfer to Line 6) -> World Cup Stadium (Exit 1 atau 2)

3
Perjalanan selama 42 minit dan 18 stesen ke World Cup Stadium ini adalah antara perjalanan subway yang paling lama aku pernah rasa (tak termasuk dalam 10 minit perjalanan untuk transfer di Dongmyo).

Kepada peminat bola sepak, Seoul World Cup Stadium ini mungkin salah satu tempat yang perlu ada dalam list anda. Kami hanya mengambil gambar kenangan di luar stadium, akhirnya tercapai niat Zaidi nak tengok stadium ini secara live. Maaf Zaidi sebab tak dapat penuhkan permintaan untuk menonton FC Seoul menentang Guangzhou Evergrande untuk Asian Cup.

2

4

5

5a

Dari Seoul World Cup Stadium kami kembali ke Subway, dan destinasi seterusnya ialah Yeouido Park. Untuk ke Yeouido Park, anda ada dua pilihan sama ada untuk turun di National Assembly atau Yeouido Station. Untuk menyaksikan kawasan sakura yang menarik, banyak yang suggest untuk turun di stesen National Assembly, tapi memandangkan sepanjang festival sakura, stesen ini di tutup untuk mengelakkan kesesakan jadi kami hanya mempunyai pilihan untuk turun di Yeouido.

World Cup Stadium ( Line6 ) -> Gongdeok ( Line 6 transfer to Line 5 ) -> Yeouido

Perjalanan untuk ke Yeouido Park tidak sukar dan berpandukan penunjuk arah anda akan sampai dengan jayanya. Perjalanan dari Subway ke Yeouido Park mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

12
Akhirnya kami sampai untuk misi utama kami, menyaksikan pepohon sakura. Sewaktu sampai tu macam agak hampa sebab kebanyakan pokok dah togel, memang lah sakura ni hidupnya sekejap sahaja. Tadi aku ada nyatakan yang kami tidak boleh turun di National Assembly? Menurut dari sumber, festival tersebut berakhir pada hari kami tiba di seoul (which is yesterday) jadi tak tahu kenapa ia tak benarkan kami turun di National Assembly stesen -_-. Walau bagaimana pun ada satu kawasan ini yang menjadi tumpuan para pengunjung untul menangkap gambar bersama pohon sakura, kami berdua juga tak ketinggalan.

14

15

16

17
So diaorang keluar untuk makan tengahari di atas rumput beramai-ramai, lebih kurang macam kita buka puasa atas padang, cuma di sini lebih sejuk.

18

19

Sewaktu berjalan untuk meninggalkan kawasan taman , adalah ternampak satu set krew penggambaran ini , tak pasti dari stesen tv mana. Si Zaidi pun adalah mengsnap gambar mereka, bukan main lagi ada seorang krew ni tak bagi snap gambar kononnya, takut orang tahu ending drama dia lettew. Ok, kami pun chow ke destinasi seterusnya.

20

21

22

23

0

Detinasi kami yang seterusnya adalah Namdaemun Market. Sengaja aku ke Namdaemun awal-awal nak beli brooch untuk ibunda, biar settle mana yang penting dahulu supaya tak kecewa kemudian hari, yelah mana tahu hari lain dia tutup ke, cuti ke, jadi better settle terlebih dahulu.

0

1
Sedap ni makan kalau panas panas.

2

3

4
Barangan dekat Hyung ni pun murah kalau korang yang minat , aritu ada seorang yang bertanya kedai ni dekat aku mengikut email, Alhamdulillah sampai juga dia.
5
Kali ini aku tak beli candy dari hyung ni, sebab beli beli kadang kala tak habis, tapi kalau korang nak rasa boleh je try beli dari dia ni, sangat funny orangnya

6

Apa lagi, memang terus menuju ke kedai brooch milik ibu angkat akulah hahahaha.

1

2

Panduan ke kedai brooch

Kami turut membeli souvenir untuk rakan-rakan. Aku tak beli banyak pun souvenir, sebab kebanyakan member aku , aku dah bagi dari trip -trip yang lepas, nanti boring pula kan mereka dapat benda dari Korea ni.

7

9
Nak tahu sebab aku gelak, sebab aku beli dan dapat barang free. Sebab tu yang gelak tu KAHKAHKAH

8

1

3
Jalan like a boss lah bila dah berjaya dapat barang percuma.

0

1

2

Dari Namdaemun, kami berjalan menuju ke Myeongdong untuk makan tengahari. Macam biasa, seafood food stew di Eomoni’s jib menjadi pilihan untuk makanan tengahari kami. Aku agak risau sebab Zaidi ini ada alergi dengan makanan laut, tapi katanya makanan sedap, maybe sebab fresh, tak tahu lah, harap Zaidi ok, jangan tetiba muka bengkak sana sini sudah hehehe.

Gambar bawah ini adalah panduan mudah untuk ke Eomoni’s Jib.

2
Semasa anda di Myeongdong, anda boleh cari sendiri kedai Frisbee ini, lagi senang kalau anda tunjuk gambar kedai atau bertanyakan orang sekitar tentang kedai ini.
3
Bila dah jumpa frisbee tu, masuk ke lorong sebelah kanan dia, kalau anda dari selatan, anda akan jumpa lorong ini sbelum frisbee tadi, jadi boleh teru masuk ke kedai Eomoni ‘s Jib. Senang bukan? terima kasih

Eomoni’s Jib

4

5
Sementara menunggu bahan bahan siap di rebus.

*Video ini yang aku pergi pada tahun lepas, yang baru punya aku malas nak upload HAHAHA.

5a

6
Jemput makan kawan-kawan

Eomoni’s Jib Seafood Stew : 32000 Won

Selepas selesai makan tengahari, kami singgah untuk meikmati kopi di Starbucks Myeongdong. Aku datang kali ini dengan harapan adalah Air Sakura yang aku minum tahun sudah, tapi agak hampa kerana tak nampak pun batang hidung minuman tersebut, so Caramel Macchiato jelah kita ok?

0

1

Next Namsan Tower!!
Plan asalnya nak bawa Zaidi menaiki tangga ke puncak Namsan tower, tapi memandangkan kaki pun tak fit, jadi kami meneruskan hajat dengan menaiki kereta kabel. Kali ini instead of naik teksi ke stesen kereta kabel, aku bawa Zaidi naik menggunakan Namsan Orumi.

*Lupa nak bagi tahu, entah kenapa kali ini kaki aku macam out je, dia tak sakit, cuma kederat tu tak ada. Balik Malaysia aku kena join si Hermy tu pergi runninglah agaknya. Stamina kena boost balik, jem pula kalau trip ke Jepun kaki buat hal lagi :sweat:

Namsan Orumi ini merupakan lif condong yang menghubungkan Namsan Tunnel 3 ke Namsan kereta kabel. Perjalanan menggunakan Namsan Orumi ini memakan masa lebih kurang 3 minit. Dan berita baik untuk pengguna, Namsan Orumi ni free sahaja.

Panduan bergambar untuk ke Namsan Orumi.

2
Okay,map takde dekat muka excited aku. Apa aku nak tunjuk dekat sini, NOTICE bangunan SHINSEGAE tu? jadi apa yang anda perlu buat adalah melintas jalanraya dari Myeongdong dan memastikan Shinsegae berada di kanan anda. *Belakang Shinsagae tu adalah kawasan Namdaemun Market.
3
Selepas melintas, pastikan anda berada di kawasan ini, boleh nampak Namsan tower dari sini dan terus berjalan lurus, jangan bengkok – bengkok.
4
Ambil jalan yang bawah, tak silap aku yang atas boleh pakai juga kalau anda nak menapak.
6
Cuba baca penanda tu? boleh baca? kalau baca hangul memang aku bet korang tak boleh baca, baca yang alphabet tu ler.
5
Anda dah hampir sampai
7
Anda disambut oleh patung helang ini
8
Nampak tak kotak yang tengah turun tu? haaa itulah dia. TAHNIAH anda dah jimat 3000-3500 won untuk teksi. You are welcome.

Sampai sahaja di stesen kereta kabel, kami terus membeli tiket return. Stesen kereta kabel ini beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 11 malam, jadi bergantunglah kepada anda nak naik dan turun pukul berapa. Aku suggest untuk merasai pengalaman siang dan malam, anda naik pukul 5 petang dan turun pukul 8 malam. (Pastikan musim yang anda pergi, sebab kalau pergi pada musim sejuk, 5 petang dah gelap – gelita.

0
Anda perlu beli ini,
1
Disini untuk,
2
Ke sini dengan,
3
Menaiki ini

Namsan Cable Car (Return): 8500 Won

Setelah beratur selama beberapa minit menunggu kereta kabel, (tak ramai sangat orang yang nak naik waktu ini. Dulu pernah juga beratur sampai ke tangga), kereta kabel pun sampai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk sampai ke puncak.

Tiba di kawasan Namsan Tower, kami memulakan sesi fotografi. Kami tidak naik ke observation deck, hanya berlegar di sekitar Namsan Tower melihat orang ramai mengunci dan berjanji setia cinta mereka di kawasan Love Lock. Kepada yang berhajat nak “mengunci cinta” mereka, aku suggest bawa manga sendiri. Kau jangan gila pergi bawa buah mangga, bawa manga kunci tu ye. Walaupun di atas ini ada menyediakan manga-mangga yang comel – lote, tapi harganya pun comel – lote juga, bayangkan kalau jenis yang ada dua tiga makwe, atau dua tiga pakwe, mahu koyak poket nak tulis nama-nama mereka tu. Yang ada skandal 10 orang tu apa tah lagi kan? Kihkihkih

0
Mungkin inikah yang dinamakan cinta? Cuba terbayang ada robot Transformer keluar dari belakang mangga ni jadi robot cinta? Mungkin namanya akan jadi LOVEBOTOP
1
Namsan Tower with ClassMate CHECK! Lepas ni datang dengan SeoulMate Masing -Masing yer

2
Happy betul Zaidi hey~

3

4
Akhirnya Gazebo ini aku boleh tangkap sewaktu matahari masih ada HAHAHAHA
5
Sakura di mana- mana

5a

2
Kesian pula bear ni kena ikat, apa dosa dia? aku dah call WWF. Bukan wrestling tu wei, google lah sendiri apa WWF tu
1
Mungkinkah terputus di tengah jalan, mungkinkah terlerai tanpa ikatan~ berkarat je ni agaknya cinta tak kesampaian, atau I Love You till you berkarat (tua) forever. Well, positif lah sikit guys~ mestilah putus. JK
3
Tinggal kesan tapak kaki, atau tapak tangan, atau tulisan, yeah, definitely tulisan. Nanti kalau aku datang lagi mesti ada, lagi.Unless, depa liquid paper, atau depa tukar tiang, macam ni lah kalau orang tak de duit nak beli Mangga kan~

6

7

8
Burung punai nak balik ke sarang.Entoh ye entoh tidak tu burung punai, manalah aku tahu
9
Love, I Chose You~ Baling Pokeball~Yang tengah posing belakang tu bukan aku, aku tak buat kerja gitu, mana ada posing posing ni
0
Okay, ini bukan aku. Okay, ini mungkin aku, Okay mungkin ada posing juga sikit, Okay,mungkin ada juga gambar aku tak upload, Okay Okay tapi gambar ini awesome, so… buzz off~~~~
10
Crystal Namsan Tower Snow Globe
11
Magnet cinta, kalau letak dalam poket and bagi dekat crush korang magnet lagi satu, nanti korang akan attract antara satu dan yang lain…. Mimpi betei kan~

Tengah berpusing-pusing, aku nampak ada segerombolan manusia termasuk yang aku suspect rakyat Malaysia senang enak menikmati sejenis makanan ringan. Lepas beli, depa masuk beli lagi, lepas beli, depa masuk beli lagi sekali, eh apa benda dia orang makan ni? Siap celup dengan coklat pulak tu. Aku pun masuuklah dalam kedai tersebut dan din hadapan aku terpampang perkataan Churros. Nampak sedap dan enak. Tambahan pula, churros tengah panas dan suhu tengah dingin, perut pula berkeroncong. Kau padahal baru makan tadi kan? (Alaaa, itu tadi, tadi tu tadi punya hall ah tak sabit dengan sekarang), jadi aku pun terjebak dengan beli benda alah ni.

0

1
Asal kau mahal wahai sedap?????? See? I just name it sedap, and I eat sedap, and now sedap is gone, along with 3000 won, into my belly

Sekali gigit, rasa nak gigit lagi, patutlah depa ni beli tak keruan. Aku beli yang plain sahaja, taka da krim, taka da coklat dip, harga boleh tahan mahal juga, tak tahulah kalau memang macam ni harga dia sebab dekat Malaysia aku tak pernah nak makan pun. (Aku dah check memang ada dekat Malaysia) Orang kita kebiasaannya kalau dekat luar mulalah nak mencari nasi lemak la, ikan patin lah, sayur kangkung lah, memanglah kalau bernasib baik dekat luar ni ada makanan-makanan tu, tapi ready lah nak kena ketuk dengan harganya. Aku tak tahulah berapa banyak family orang Malaysia tadi habis makan Churros ni, sebab aku tengok yang makan ada dalam 6 orang, kalau setiap orang makan 2 batang…… ohh harga churros tu ialah

Churros: 3000 won (plain)

Yang ada coklat dip tu aku rasa around 4500 atau 5500 tak ingat. Dah sama harga macam Venti Iced Caramel Macchiato sudah. Aku pada mulanya bila habis churros yang pertama tu, hati membuak-buak nak membeli sebatang lagi, tapi nasib baiklah pandai mengawal nafsu.

Sesi bergambar pun bersambung.

Beberapa ketika kemudian aku ajak Zaidi turun semula ke Myeongdong, tapi sebelum turun kita pekena pula potato swirl ni dengan air kopi power. Aku tak tahu apa benda yang ada dalam air kopi dia tapi mata memang akan segar selepas menikmati secawan kopi dari vending machine ni.

4

5

5a
Kopi Power! Potato Power!

Potato swirl: 3000 won
Americano Vending Machine: 900 won

Sebelum menikmati makan malam, kami berpusing- pusing mencari barang untuk rakan kami, Nurly. Susah juga nak mencari apa yang di pinta oleh Nurly, pandai betul dia pilih barang hahaha. Pusing –pusing, tapi tak berjumpa, jadi kami terus menuju ke Yoogane untuk menikmati makan malam.

0
Actually kami ada pusing dalam Shinsagae untuk cari patung tu tapi tak berjumpa. Memandangkan barang-barang dekat dalam ni hanya bernilai berjuta-juta won jadi rasa macam bawah dari standard kami nak shopping dekat sini… kan? KAHKAHKAH mahal wei. T_T

Yoogane

Di sini kami menikmati nasi goreng seafood. Zaidi bagi Yoogane ini grade A. Dan Yoogane menjadi kedai favourite Zaidi selepas Eid hehehe.

1
Letak sotong dan sayur
2
Ini nasi dia, banyak seyh~ Boleh habis ke tu?
3
Kimchi yang enak, serius kenapa kimchi sedap wei

4
Kepada yang tanya mana rupa nasi tu, tadi aku tulis boleh habis ke? sekarang dah terjawab, nak tangkap gambar pun tak sempat wei! We are bunch of Wolverine, well Wolverine seafood.

Nasi Goreng Seafood : 5500 (1 hidangan)

Jadi untuk 2 orang adalah 11000 Won, not bad kan untuk nasi sebanyak itu.

0
Zaidi dah kenyang so boleh balik

*Haritu Yuyu ada bagitahu aku yang tempat ni dah ada dekat Malaysia, aku dah lupa dia kata ada dekat mana KAHKAHKAH

Bersambung nanti guys.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

27 Responses

  1. Rindu, rindu Myeongdong…and kampong juga! Ni lah pasal xsuka terjah blog orang yang gi sana. Membuak rasa rindu. Next time kena jejak Eid, sebab nak jumpa Saad hahaha.

  2. Eomoni Jib’s…setiap kali pergi mesti nk try mkn kat sana..last trip on April…ajak kawan pegi..bila masuk kedai tu dia plak was-was..tak confident nak makan…pastu sekali lagi JM hajak lak singgah Yoogane..dia pandang sepi je..hurmmm!!! diam je lah

  3. Awat tak naik sampai Haneul park kat stadium tu? baru kaki lutut menjerit hebat :p

    Churros tu mahai ya amat. memula tu nak beli gak pastu tgk rege, lupakan je lah…huhu

    1. Oh saya tak tahu pasal Haneul Park *google.. kalau tak mesti dah pergi, mana lebih menjerit kalau nak di bandingkan dengan menaiki namsan tower dengan kaki? Churros mahal bukan main, dekat malaysia pun ssusah nak dapat, banyak mall saya gi takde

  4. weh apekes yoogane lagi sedap dari eid?hahaha aku tak setuju lah yang tuuu…yooganee takde saad kot!kehkehkeh

    ehh macam sama plak laaa destinasi ko kali ni ngan aku…sama je tempat perginyaaa…hehehe kecuali stadium tu laaa…

    1. eh Dj, selepas Eid tu, Eid terbaik amboi Saad sokmo dia.
      Aku pun rasa, actually nak juga pergi market tapi Zaidi alergik Seafood, nanti bengkak pula member aku tu, kesian pula dia. Nampaknya kita sama-sama tak lepas nak pergi Korean Folk Village kan?

  5. naik jalan ke namsan orumi tu memang mintak nyawa termengah mengah. **sambil tepuk bahu sendiri sebab berjaya**

    imagine dalam banyak2 gamba kat namsan tower tu, ada terjumpa mangga iols. kihkih. memang daebak

        1. Kalau mengikut currency terkini, Korea agak mahal, tapi tidak semahal jepun (walaupun currencynya ada jatuh sedikit). Tak pingin ke Korea?

          1. Mau banget radin, tapi kerjaan aku agak susah ngambik cuti, i’m government employee. Cuti tahunan cuman 12 hari aja. Mau sangat jalan2. Oktober ini aku dapat training ke Australia, assessor training

          2. Oh, ada juga kawan dari tempat kalian, perlukan visa untuk ke korea, tapi tak lepas, tiada rezekinya, mungkin bisa di atur cuti bersama weekend, ambil khamis , jumaat, weekend (sabtu, ahad) isnin , should be ok for a short trip ya. Wah ke australia? pastikan kongsi pengalamannya di entri blog

          3. Oh, punya tmn jg d indonesia ternyata. Ia mmg harus nabung dan direncanakan jauh hari, kalau tak susah, betul jg tuh ngambil weekend, berarti ijin 3 hari dari hari kamis, jumat dan senin, lumayan dpt 5 hari. Betul tuh, patut dicoba. Ia, tgl 4 Oktober ni ke ausie bareng teman office, tak sabar nii, kali pertama ke ausie, ia pasti ku share lah pengalaman selama disana.

    1. Dah 4 kali sampai, kali ini nak usha usha cafe, tapi semuanya mahal ccekik darah, memang usha saja, nak minum tak mampu.Sebab excited, banyak juga tempat tempat cover. In the end kaki hancur~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »