Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur.
Aku berkesempatan untuk menginap di Alila Bangsar sewaktu birthday ibunda yang lepas. Memandangkan kami ingin menyambut dengan makan malam di kawasan Bangsar, aku memilih Alila sebagai tempat penginapan. Ye lah PRIME is only one station away.
Kepada sesiapa yang biasa ke Bali mesti pernah dengar atau melihat atau terscroll mengenai Alila Uluwatu yang seni rekaan hotel yang cantik. Jadi boleh expect dah yang Alila Bangsar punya design tidak kurang hebatnya.
TIL, Alila bermaksud “Surprise” dalam bahasa Sanskrit.
Tiba hari yang di rancang, kami pun sampai ke Alila Bangsar. Kemudahan tempat letak kereta di sediakan cuma agak mahal walaupun sudah di verify dengan kaunter ????, mohon Alila berikan parking percuma untuk pegunjung lain kali ye. Untuk ke Alila Bangsar dan dari Alila Bangsar adalah sangat mudah kerana ia bersambung dengan stesen LRT Bangsar.
Segala urusan check in, dan check out di lakukan di tingkat 41, sky level lobby. Yang menariknya, konsep check in di lakukan di kawasan ruang tamu hotel dengan menggunakan iPad sahaja. Kawasan ruang tamu ini terdapat di setiap tingkat, 35-40 yang menawarkan 143 buah bilik untuk pegunjung. Kawasan ini juga antara kawasan favorite ibunda nak tahu tak sebab apa? sebab hotel menyediakan jajan di kawasan ini ????. Tak kiralah kalau sekadar mahu mengunyah atau mahu secangkir kopi atau segelas fresh orange untuk melegakan kehausan.
Selesai urusan check in, kami terus di bawa ke bilik. Tada!!
Kawasan kolam renang juga sangat cantik walaupun aku sendiri tak sempat nak ber swimming pool. Jadi marilah kita melabuhkan punggung dan merehatkan diri di kerusi malas.
Pilihan makanan untuk makan pagi juga menarik dan pelbagai. Uniknya breakfast dekat sini, selain daripada pelbagai jenis roti, kita juga di beri pilihan menu. Jadi breakfast dah datang sekali satu set, tak perlu nak susah-susah nak pergi ambil makanan, sebab semuanya dah sedia di hidangkan terus kepada anda.
Adakah aku akan menginap di Alila di masa akan datang?
Ye tentu sekali~~~