Sakura Trip Seoul 2015 – Yang Good Korean BBQ Lamb, Hard Rock Cafe Seoul, Lotte Mall dan Dongdaemun Design Plaza.

Maaf kerana entri lepas tergantung seperti itu sahaja, sengaja ingin mewujudkan suasana tidak puas hati

“Huh? Bakpe habis macam tu je? Ngarut ar”

Selalunya kalau menonton drama, dia akan tergantung macam tu,  sekali – sekala kita aplikasikan dalam penulisan blog. Harap tak ada insan yang refresh entri sebelum ini banyak kali kerana mengganggap penulisan tak loading sepenuhnya ye. Mari sambung, dari mana ye? Oh dari beli T Money kan?

Selepas selesai membeli T- Money, Zaidi menyatakan hasrat ingin membeli toiletries di 7E. Sebenarnya bekalan yang di bawa dah mencukupi, maybe dia risau ada yang kurang agaknya, berapa harga barang yang di beli? Itu kena tanya Zaidi sendiri. Selesai segala urusan, kami terus bergerak menuju ke Airport Railroad, AREX. Destinasi kami terletak di perhentian yang terakhir, Seoul Station.

1
AREX ini ada dua jenis iaitu “All Stop Train“, di mana train akan berhenti di setiap 11 buah stesen yang dilaluinya atau “Express Train” di mana train akan berhenti di Seoul Station sahaja. Perjalanan untuk kedua – dua buah train ini menuju ke Seoul mengambil masa lebih kurang 1 jam.

All Stop Train: 4050 Won

• Untuk pergi ke stesen AREX, selepas keluar dari balai ketibaan, anda hanya perlu mengambil lif di hadapan kaunter pertanyaan dan terus turun ke tingkat bawah. Dari sini anda hanya perlu mengikut papan tanda menuju ke AREX. Perjalanan menuju ke stesen hanya mengambil masa selama 10 minit. Berdekatan dengan AREX ini ada Prayer Room untuk mereka yang nak menunaikan solat.

All Stop Train berada di sebelah kiri manakala Express Train berada di sebelah kanan.
Express Train (14500 Won, tapi sehingga 31 Disember 2015 hanya berharga 8000 Won)

Sepanjang perjalanan menuju ke Seoul Station, dapatlah meninjau pepohon Sakura di luar. Kebanyakannya dah gugur, layu di di atas tanah. Dalam hati aku berdoa agak masih lagi ada rezeki nak berjumpa dengan si Cherry Blossom. Tapi kalau tak ada rezeki nak buat macam mana, nak tak nak maccam kena ke Osaka juga tahun hadapan, eh?

2

Tiba di stesen Seoul, kami bertukar train menuju ke Sinseol-dong (LINE 1 Biru Gelap). Ada satu masalah timbul ketika tiba di stesen Sinseol-dong memandangkan aku lupa nak catat EXIT untuk ke Dongdaemun Guesthouse. Berbekalkan memori daun pisang, I meant, memori aku mengikut map di Agoda, aku cuba pilihan EXIT yang pertama, tapi apabila tiba di lokasi, tidak kelihatan guesthouse kami.Mungkin ada kesilapan teknikal barangkali, jadi aku gamble untuk ke EXIT yang seterusnya. EXIT yang paling mudah untuk ke Dongdaemun Guesthouse adalah melalui EXIT 8. Tetapi perlu diingatkan ia bukan di stesen Sinseol-dong LINE biru gelap, tapi di stesen Sinseol-dong hijau muda. Makna yang lebih mudah untuk di sampaikan, di Sinseol-dong ada dua LINE yang bertembung iaitu LINE 1 (Biru Gelap) dan LINE 2 (Hijau).

3

Keluar di EXIT 8, kami menyapa seorang pemuda korea untuk meminta bantuan. Malu bertanya sesat jalan kan? Pemuda tersebut mengeluarkan handsetnya dan terus mengunakan NAVER untuk mencari lokasi guesthouse kami.

4

5
Naver. Sangat effective aplikasi ni

Selepas mengucapkan terima kasih, kami meneruskan perjalanan. Permulaannya kami terskip satu lorong, nasib baik ada seorang ahjumma ternampak kami. Mungkin dia nampak aku yang seperti penuntut akademi fantasia dengan beg tarik, terus dia tersenyum sambil menuju arah yang betul.

여기 , 여기 (yeo-gi, yeo-gi) = ‘here,here ‘

Sampai sahaja di guesthouse, kami di sambut oleh seorang aunty. Proses nak check in tak sukar, hanya perlu sebut nama sahaja memandangkan semua pembayaran telah di buat melalui Agoda. Ahjumma ini pun terang serba sedikit tentang guesthouse ini, cara nak guna lock pintu utama, ruang makan dan tempat mencuci baju. Setelah mengambil kunci kami terus naik ke bilik untuk melabuhkan punggung.

Macam mana? sadis juga untuk permulaan perjalanan kan? belum lagi. Ada lagi sebenarnya, nanti kita cerita kemudian. Oh, lupa nak beritahu, lock pintu utama tadi berada dalam keadaan yang kurang elok, aku assume tak berapa elok sebab ada selotape bertampal–tampal padanya. Nanti aku tulis pasal Dongdaemun guesthouse ini dalam entri lain.

Perancangan kami untuk hari pertama ini ada dua, tiga aturan memandangkan tempat- tempat yang kami nak pergi di hubungkan dengan satu laluan train (LINE 2) sahaja. Jadi strateginya, bagaimana nak memanfaatkan masa untuk plan hari ini?

1. Jamsil, Lotte Mall Hard Rock Café -> Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant -> Banpo Bridge
Memandangkan Banpo Bridge hanya akan bermula pada pukul 8.30pm dan 9.00pm, pada permulaannya, kami bercadang nak makan terlebih dahulu sebelum ke Banpo Bridge. Memandangkan perjalanan dari stesen ke Banpo Bridge agak memakan masa dan kami tak mahu makan sambil rushing (waktu sekarang lebih kurang pukul 6.30pm), jadi kami membuat keputusan untuk makan di Yang Good Korean Lamb BBQ Restaurant terlebih dahulu sebelum membuat aturan yang seterusnya.

 

Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Yeoksam, Gangnam- gu

Dari Sinseol-dong Station hendak ke Yang Good tak sukar, anda cuma perlu turun di Yeoksam Station. Yang tak menahan tu adalah 14 station, 14 station kata kau, yang perlu di harungi sebelum sampai ke Yang Good. Masak dulu punggung sebelum masak lamb BBQ hahaha. Kalau nak panduan bergambar lagi terperinci bagaimana hendak ke Yang Good Lamb Korean BBQ Restaurant boleh rujuk link di bawah.

Panduan menuju ke Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant

Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant

Angin malam yang sejuk menerpa ke muka setiba sahaja kami di stesen Yeoksam. Menggeletar juga aku sekali – sekala apabila angin bayu menyapa. Ini bukan jenis yang sepoi – sepoi bahasa, ini ibarat orang menyapa kau tengah minum kopi O panas sambil menepuk belakang seraya menjerit “WHADUPPP?!!” tahap sapaan dia. Setibanya di Yang Good memang tak boleh di gambarkan kegembiraan hati dan kelaparan perut di sertai dengan kepanasan dan aroma lamb BBQ yang menusuk hidung hingga ke sanubari. Agak melampau sampai ke sanubari, tapi kalau sesiapa pernah rasa dan mencium bau apabila masuk ke Yang Good ini, well, you can get the idea. Ada beberapa muka Malaysia di dalam kedai yang sedang menikmati juadah terhidang , ada yang pandang dan tersenyum, ada yang muka keras kejung ibarat ada orang nak ambil lamb dia yang tengah di panggang tu. Tak ambilnya kak~

Aku tanya Zaidi apa yang nak di pesan, dia suruh aku order, dia ikut sahaja. Jadi aku pun memesan Lamb Boneless Ribs (Australia) untuk kami. Aku rasa mungkin sebab seronok sangat, tak tahu berapa kali Zaidi ucap Kamsahamnida dekat Aunty yang tolong grill kan untuk kami. Aku pun terikut sama Hahaha, tak tahu berapa kali kami minta Banchan (Side Dishes) di refill. Zaidi bagi Yang Good ni gred A.

6

7

8

Lamb Boneless Ribs: 22000 Won
Nasi Putih (2): 2000 Won

DCIM100GOPROGOPR0833.

Kami betul – betul ambil sweet time untuk makan sehinggakan tidak sedar sudah agak lama duduk melepak di Yang Good. Memandangkan masa sudah melebihi pukul 9.00 malam, jadi Banpo Bridge terpaksa di batalkan untuk hari ini. Stesen yang berikutnya, kami berhenti di Jamsil.

Hard Rock Cafe Seoul, Lotte Mall

 2

Kalau sesiapa yang minat Running Man mesti tahu ini tempat asal Gary. Ini bukan Gary Steven Robbat pemain bola sepak tu ye kawan – kawan. Tujuan kami ke Jamsil bukan hendak berjumpa dengan Gary, tapi hendak ke Hard Rock Café Seoul di Lotte Mall. Berhenti sahaja di Jamsil station, anda cuma perlu ambil Exit ke Lotte Mall. Untuk arah ke Hard Rock Café Seoul boleh rujuk entri saudari Bibie.

1

6

3

4

5
Berapa total lost dekat sini awak tanya? HAHAHAHAHA. Hanya kedai, aku , dompet, dan Zaidi sahaja yang tahu.
Sewaktu di HRC, aku dengan Zaidi berbincang sama ada should we end the night here or not. Mestilah jawapannya tidak kan? Malam masih muda jadi ada masa lagi untuk berpusing-pusing kata hati girang kami. Apa kata pergi melihat kawasan Dongdaemun di waktu malam?kalau tak ada subway kita jalan kaki balik, tak ada masalah pun sebab itinerary pun tulis strolling. Destinasi seterusnya adalah stesen Dongdaemun History & Culture Park.

Dongdaemun

1

Tujuan kami datang ke mari sebab nak tengok Dongdaemun Design Plaza dan pemandangan waktu malam di kawasan Dongdaemun. Di kawasan ini , kalau sesiapa nak membeli – belah memang seronok, sebab mall dekat sini buka sampai subuh gais. Jadi jemputlah membeli – belah di kawasan ini sampai ke pagi (atau sehingga Won anda kehabisan).

2
DDP

4

3

5

6

7

Sambil berpusing kami ada singgah di Lotteria, menikmati burger udang dan kopi panas. Borak punya borak, tiba masanya untuk pulang. Memandangkan waktu sudah hampir 1 pagi, subway sudah tentu tutup dan kami plan untuk berjalan balik. Walaupun dari awal memang plan untuk berjalan pulang tapi entah kenapa, aku yang terlupa nak tengok arah jalan pulang jadi macam blur sebentar. Mula- mula ideanya nak tunggu bas, (aku nampak ada je bas lalu) tapi sebab kesejukan yang menyengat, entah kenapa aku ada idea nak dapatkan teksi walaupun aku tahu kalau lepas tengah malam teksi confirm mahal.

*Aku tak pasti kalau malam bagaimana teksi mengenakan cas tapi mengikut website rasmi visit korea, extra 20% surcharge akan di kenakan. Mungkin yang biasa naik teksi di Seoul boleh comment di bawah. Sebab bagi aku kejadian lepas ini memang aku anggap kena tipu hidup-hidup sahaja. Penulisan seterusnya telah di tapis beberapa kali untuk mengekalkan penulisan blog ini dalam kategori ‘U’.

Nak di jadikan cerita aku pun menahan sebuah teksi. Aku tunjuk dia alamat guesthouse, dia macam blur kejap. Kemudian dia cakap bahasa english campur korea dia dengan aku. Then aku cakap nak ke Sinseol- dong berapa? Dia ambil telefon dan tulis 30000 Won, dalam hati aku apahal mahal gila. Sebab aku pernah tengok Area Doota Mall ini di kategorikan walking distance sahaja balik ke Dongdaemun Guesthouse (* 1.9KM lebih kurang 23 minit berjalan kaki mengikut Agoda). Jadi mula-mula aku nak keluar balik dari teksi, tapi dia ni beria sangat bagitahu “jauhlah”, “tak ada bas dah”. Kemudian aku macam cakap dekat Zaidi macam mana, Zaidi pun macam ikut ajelah. Jadi kami pun teruslah naik teksi durjana ni.

Dalam perjalanan bukan main lagi dia nak menunjukkan kebolehan bercakap dalam bahasa Malaysia dia. Adalah benda – benda yang dia boleh sebut , tengah lalu depan traffic light Doota Mall , dia sempat lagi usha gadis tepi jalan bagai , aku dah rasa macam something wrong je dengan dia ni (Mamat ni English dia tak bagus, kalau amik MUET mesti tak ada band yang boleh di beri). Dalam masa 10 minit, dia pun drop kami somewhere yang di katakannya Sinseol- dong. Sewaktu nak keluar, Zaidi hulur duit, aku dah keluar terlebih dahulu. Tiba-tiba dia kata 30000 Won each, what the …. Aku dah macam “kau ni penipu betul dah ni”. Tapi memandangkan kawasan ini tak familiar, aku risau juga nak berbalah lebih-lebih. Ikut hati nak signal ke Zaidi ajak cabut. Panas juga hati dalalm kesejukan bayu malam yang menusuk jiwa. Untuk pertama kali tak ada Kamsahamnida dari aku.

Tak tahu berapa banyak kata-kata kesat yang mamat tu dapat, tapi kalau kumpul-kumpul mungkin boleh buat beli tiket nak pergi ke Lombok waktu AirAsia tengah promo. Sambil mulut berkumat- kamit, kita orang pun meneruskan perjalanan ke arah yang dia tunjuk. Aku terus detect macam tak pernah sampai pun kawasan ini. Jadi aku tanya dekat kedai serbaneka yang berdekatan adakah kami di Sinseol- dong, sambil tunjuk alamat guethouse, katanya bukan. MASAK.

Jadi mulalah adegan berpusing – pusing aku dan Zaidi di awal pagi di kota Seoul. Yang paling aku ingat ada ternampak signboard Dongmyo (Dongmyo adalah stesen sebelum Sinseol-dong), tapi kesilapan yang aku buat adalah aku tersalah arah menuju kearah bertentangan dengan Sinseol-dong, sepatutnya dah nampak Dongmyo tu, terus lurus akan sampai ke SinSeol-Dong. Akhirnya , kami sampai dekat sebuah 7E (ini tak tahu 7E yang ke berapa yang aku dah masuk), aku bertanya dengan pekerja dia , mula-mula dia kata dia tak tahu. Aku pun minta dia menggunakan internet untuk cari lokasi kami. Dia tolong carikan lagi, tapi masih tak dapat berikan jawapan yang aku nak.Yang terakhir aku tanya, arah mana Sinseol- dong, dia pun tunjuk arah Dongmyo tadi suruh kami pergi terus. Aku tanya jauh tidak, dia kata tak jauh dalam 10 minit.

Alhamdulillah 10 minit tu tu memang 10 minit pun dan kami tiba dekat kawasan yang aku agak familiar since aku pernah duduk dengan aunty Ita dan Ameer dekat kawasan ini. Jadi memang confirm ini adalah Sinseol-dong. Cabaran seterusnya adalah nak mencari Dongdaemun Guesthouse. Memandangkan kita selalunya hanya tahu laluan dari Exit, jadi nak mencari Dongdaemun guesthouse dari entah ceruk belah mana dalam Sinseol-dong ini memang satu cabaran juga. Itu yang penting simpan alamat, dengan izinNya sampai juga kami ke lorong yang kami inginkan.
Ingat tak aku ada beritahu yang kunci rumah guesthouse ini ada selotape? Ingat? Bagus. Kalau tak ingat, mesti banyak makan semut. Sewaktu dalam kegembiraan dah jumpa guesthouse dan kepala dah fikir nak masuk ke bilik untuk lena, ketika nak tutup pintu utama, alarm berbunyi menandakan pintu tidak kemas. Kami macam “ah bakpe pula kau nak bunyi memalam ni~”, dan sewaktu itu ada seorang remaja lelaki keluar dari booth reception sambil bersungut dan terus mematikan alarm. Mana dia tak bersungut, nampak sangat dia tengah tidur dan di kejutkan dengan alarm yang bergema pukul 4 pagi. Apabila di gabungkan dengan perkara-pperkara yang telah terjadi hari ini, kalau diikutkan logik , aku 1milimiter lagi dari nak meletup, tapi nasib baik masih bersabar, ataupun aku terlalu letih untuk marah.

What a tiring and unfortunate day for us. Ini semua boleh di jadikan pengalaman dan aku hanya memikirkan hari esok dan meninggalkan hari hitam di belakang. (Banyak hari juga sebelum aku boleh let go pasal mamat teksi tu). Dari pengalaman aku, ini adalah kali pertama aku encounter benda buruk di kampung, mungkin sebab majoriti pengalaman aku Korean ini okay dan helpful jadi aku dah let down my guard, jadi kawan – kawan berhati – hati walau di mana jua anda berada. Hati orang mana kita tahu kan?

1
Berdasarkan aplikasi Health ni, anda boleh dapat gambaran hari mana yang kami pusing Seoul pagi- pagi buta ni.

Kami tidur pukul 4.30 pagi dan bangun pukul 8 pagi keesokan harinya dengan penuh semangat. Sisa-sisa cerita semalam masih ada tapi kesannya tak sekuat semalam. Jadi hari ini selepas bersiap, destinasi kita yang pertama adalah Seoul World Cup Stadium.

*Sewaktu travel kena jadi seperti kusyen hitam, serap semua benda negatif, kalau tidak akan menganggu emosi dan akan terkesan dalam travel. Tak syok pula nak travel tapi kepala serabut dengan masalah. Jadi tenangkan diri dan anggap semuanya ujian dari Dia. Nanti aku sambung lagi. Entri selepas ini akan penuh keceriaan dan warna warni sakura.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

33 Responses

  1. Sy pnh booking dongdaemun gh ni tpi last2 tkr sbb tgok jauh dari exit train. Pastu tgok dlm street view bgnn gh tu cam terselit celah2 bgnn lain. Nasib x jadi amik. Klu x mmg nangis lar dgn keadaan gh yg tak tenteramkan hati..

  2. Pernah gak sesat time gigih mencari 1 cafe retis kpop ni. Pusing dekat 2.6 billion kali gak. Siap masuk perumahan yg berbukit tu sekali. Nasib tak kena gigit hanjing. Hampir 3 jam buat kerja takde faedah kt sana. Tanya locals, dorang tak tahu pulak. Siap suruh naik bas padahal area2 situ je. Last-last give up, balik shopping kat Myeongdong lg best!

    1. Sepatutnya print awal=awal gambar keai tu beserta alamat, boleh tannya local especially budak muda dan teenaagers. Peratus nak dapat jumpa tu tinggi , wah ada anjing nk gigit ke

      1. Dah print dan sertakan alamat. siap ikut direction yg dia bg tp tak jumpa. tu yg pelik. budak-budak muda bila dekat sikit masing2 keluar fon, takut nk ckp dgn foreigner la tu. haha. ahjumma & ahjussi je yg beriya menolong walaupun dorang ckp korea.

        1. Memang tiada rezeki agaknya. Kena belajar bahsa korea ni. passal ahjumma dan ajussi tu memang betul , mereka memang suka membantu. cuma kadang kala budak budk muda ni mereka reti bahasa english sebab belajar di sekolah dan tv.

  3. 1. Takkk takkk tau macamana bau kat luar Yanggood sebab masa aku sampai haritu, resto tu tutup. Hampagas betul. Ko kena update kat sini wei, resto tu Ahad x buka. Kang xpepasal jadi macam aku.

    2. Kesian tau kena tipu. Dah lah tengah malam, sejuk lak tu. Xpernah dengar lagi kes macam ni jadi kat tourist. Kaw2 kena sedut. Xbaik Ahjussi kan bagi memori buruk kat ko tapi Zaidi lagi kesian. Firstime kan dia.

    1. 1.Hehehe kesiannya bibie, saya ada update dah dekat link tu, nanti saya update dalam entri yang ini.
      2. Terus lari budget kena tipu, peringatan untuk lebih berhati hati. Malang tidak berbau walau di kampung sendiri. Zaidi diam je,tak tahulah redha atau dah penat sangat seharian hahaha.

  4. Cunz .. Bile pergi merate dunia ni hard rock cafe mesti kene singgah. Ahaks .. Tak sangke org korea pon ade juga yang “mengelat” yer . Nice one bro .. Waiting for the next one . Indeed :D

    1. SInggah hard rock cafe ni sebab belikan untuk orang banyak. Untuk diri sendiri hanya beli sehelai t shirt, itupun lepas menimbang tara , hari last baru beli untuk di sendiri hahaha. Orang yang suka mengambil kesempatan ini tak boleh nak dikira ikut bangsa, semuanya dari hati. tak boleh predict. Kena berhati – hati lepas ni, hehehe akan di update secepat yang boleh

  5. Aku selalu naik teksi dolu2!takat dalam bandar seoul tu jer plg tinggi pun belas-belas ribu jer la…konpem dah kena tipu tu…hehuuuu…takde meter ke wei…aku siap pernah cakap, kalo dekat2 baik naik teksi jer tau, dari buang masa transit bagai subway seoul tu…harga lebih kurang jer…hehehe

    Arghhh stress tgk kambeng tuhhh…sedapnya…tak baik buat aku terliu cenggini…aku posa tau arini!hehehe takpe, esok aku plak nak kasik orang lain terliur…kuikuikui

    1. Memang nasib tak baik kali pertama kena macam ni, what to do , what to do. Amboi nak balas dendam ke main upload benda sedap bulan puasa ni hahaha

  6. agreed dengan azra. aritu dari guesthouse area Hyehwa ke Incheon Airport 60,000w. tapi ni jugak first blog baca cakap kena tipu di kampung halaman.

  7. Mmg nasib korang sangat2 tak baik la itu hari … 60k won for a taxi ride.. tu dah mcm boleh pegi Incheon semula dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »