Perancangan awal sewaktu turun ke Kuala Lumpur pada minggu lepas, aku ingat nak mencuba restoran Koryo Won di KLCC. Selepas berjumpa dengan Aunty Ita , dia suggest supaya kami mencuba satu lagi restoran, GoGung Korean Restaurant di Empire Shopping Gallery , Subang. Jadi kami sekeluarga membuat keputusan untuk give it a try.
Empire Shopping Gallery,
47500 Subang Jaya,
SELANGOR Subang Jaya
Sambil nak order , kami berborak dengan pekerja restoran dan menurutnya, restoran ini dimiliki oleh orang melayu, wah dah boleh di jadikan sumber inspirasi untuk buka restoran korea satu hari nanti. Bayangkan boleh menikmati BBQ dan bibimbap setiap masa. Sambil bergurau, aku menyokong idea untuk Aunty Ita untuk buka satu cawangan di Kuantan, well, we will see. Hehehe
Aku serahkan kepada Aunty Ita dan Ameer untuk membuat pesanan. Dan mereka telah memilih set BBQ , YUMMY! untuk makan malam kami. Di samping set yang ditawarkan terdapat juga menu ala carte yang lain, maybe next time boleh datang sekali lagi.
Setelah beberapa ketika selepas membuat pesanan, makanan -makanan pun mulai tiba di meja kami. Seperti biasa yang paling awal sampai adalah… Banchan!
Sementara itu tempat grill ini di panas. Jeng Jeng Jeng
Sebab aku sangat prihatin jadi aku share sedikit video dekat sini untuk tatapan awak semua.
Sebab aku sayangkan anda semua, ini ada lagi satu video.
Jadi apa yang jadi seterusnya? makanlah bang non oii. Beef ni kita boleh makan dengan bibimbap, boleh makan dengan nasi, boleh makan begitu sahaja , dan yang paling sedap dan enak aku rasalah kan dengan makan cara BBQ Lettuce Wrap. Apa benda tu? Caranya ialah anda lettuce tu, kemudian campur semua banchan tadi (kimchi, taugeh, fishcake, seaweed, ) dan letak dalam lettuce tu, kemudian amik beef yang yang tengah panas tadi, wrap, kemudian makan. PERGHHHH!!!! Kepada peminat drama Korea mesti pernah tengok dia orang makan cara macam ni.
Secara keseluruhannya, Go Gung memang sedap dan worth untuk mencuba especially mereka yang gemarkan makanan Korea. Kimchi dekat sini so-so, masih tak boleh lawan Kimchi yang aku rasa di Seoul. Tapi tak adil pula perbandingan tu, ibarat makan nasi lemak dekat Malaysian Hall dengan makan nasi lemak dekat Malaysia kan?
Jadi apa tunggu lagi, kalau ada kesempatan berada di kawasan subang, boleh dah pergi try makan dekat Go Gung Korean Restaurant.
*jangan pula anda pergi ke Korea order Bulgalbi tahu, setahu aku belum jumpa yang halal lagi. Makan yang dekat Malaysia je yer
*Untuk alternatif boleh cuba Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant
9 Responses
Survey2 psl korean food nmpak blog awk.. mlm ni nak try g sana… tq ya.. teruskan menulis :)
suka sgt makanan Korea….tapi bila tgk ke harga tu..hurmm tunggu orang belanja je lah..
Boleh pergi ramai-ramai JM, nanti tong tong hehehe
ish teringin pulak makan korean. biasa saya pegi yang kat ampang tu, sedap juga.
Sweetree? sedap juga makanan dekat sana
Weiii entry ni bikin panas tau…mna nk cekau mlm2 ni korean food…huhuhu…amboi mhl sgt samgyetang tuuu…kt eid baru 12,000…eid jugakkk…hahaha
Ayam import memang mahal DJ, dia import dari sana KAHKAHKAH. Nasib buka mlm kalau buka siang waktu berpuasa mahu demam hahaha.
ya allah sedapnyaaaa makan secara lettuce wrap tu. sgt feeeeeeeling korean. ahaks.!
Terasa rindu suasana kampung halaman hahaha, nanti trip ke sana lah kita.