Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur .

Pada mulanya, aku cuba untuk contact PRIME, tapi tak bernasib baik sebab stok Kyushu tiada. Jadi aku cuba mencari alternatif lain, cari punya cari ternampak gambar aku pernah tangkap dulu. Kalau sesiapa yang tak tahu, Atlas Bistro ini terletak di B1, Robinson KLCC, bangunan sama dengan Four Season Kuala Lumpur.

Dekat Atlas Bistro ini, yang menariknya sebab kita boleh memilih daging/udang/lobster/salmon yang kita inginkan, dari segi berat , jenis, dan budget (harga pun ada di paparkan sekali). Kemudian kita bagitahu cara masakan dan chef akan masak ikut kesukaan hati kita.

Kami memilih daging wagyu miyazaki A4, medium . Untuk wagyu, pastikan anda selalu memilih medium. Jangan campurkan dengan sos apa benda semua tu, hanya sedikit garam kalau hendak tambah perasa pun.

Wagyu Miyazaki A4 (250 gram each) Ibunda punya tak sempat masuk, sebab dia belum decide masa ni hahaha

Sambil menunggu daging masak boleh pergi shopping buah-buahan, sayuran atau air dalam bistro. Sayuran ini pun kita boleh minta mereka masakan.

Kalau yang berkeinginan untuk mencuba Wagyu Tomahawk pun boleh dapatkan ia di sini. Cuma masa masakan agak mengambil masa, lebih kurang 40 minit untuk proses penyediaan.

Masa order Tomahawk tu sempatlah pusing-pusing dalam Robinson, untuk cuci mata. Pada peminat Bao Bao by Issey Miyaki pun ada dalam mall ni.

Memang tak sabar nak terjah makan bila makanan dah siap terhidang. Rasanya? terbaik! Kepada yang pernah merasa wagyu, feeling melt in your mouth tu memang tak dapat di describekan. Macam mentega cair dalam mulut.

Layanan pekerja juga sangat memuaskan dan sangat membantu. Mereka siap suggestkan apa yang perlu untuk memastikan pengalaman anda di tahap maksima.

Kalau ada rezeki bolehlah datang cuba makan di Atlas Bistro ni.

Terima Kasih sudi baca.

Kamsahamnida.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak