eyes on me family Makan Travel

Murree Muslim Food Restaurant, Itaewon, Seoul (Halal)

Written by Radin Fadli

Dekat sini aku nak berkongsi tentang sebuah restoran makanan Halal yang terdapat di Itaewon. Apa lah ertinya kalau pergi ke Korea tapi tak dapat menikmati makanan tempatan kan? Untuk mereka yang ingin menikmati makanan Korea yang halal bolehlah singgah di Murree Muslim Food Restaurant, Itaewon. Senang je nak mencari restaurant ini kerana kedudukan yang berada betul- betul di belakang Seoul Central Mosque.

15

Stesen paling dekat : Itaewon (LINE 6)

Exit paling hampir: Exit 3

1

Apabila anda keluar dari Exit 3, anda akan dapat lihat Hotel Hamilton berada bertentangan dengan anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah berjalan terus ( Hotel Hamilton berada di kiri anda ).

2

 

Anda akan menemui Starbucks Coffee di sebelah kanan anda. Teruskan berjalan, sehingga anda sampai di penghujung blok bangunan tersebut. Kedai Mr Kebab akan berada di sebelah kanan anda. Pusing ke sebelah kanan.

3

4

Jalan yang anda lalui ini sekarang agak curam, jadi berhati- hati ketika mendaki yer. Setelah beberapa ketika anda kan melihat Salam Bakery berada di sebelah kiri anda. Anda berada di jalan yang benar. Teruskan perjalanan.

5

Teruskan berjalan sehingga ternampak nama jalan yang seterusnya iaitu Usadan Ro 10 gil.6

Pusing kiri dekat sini.

7

Anda akan melewati kedai Siti Sarah di sebelah kiri anda, yang menawarkan masakan melayu dan egypt. Teruskan mendaki, dan anda akan nampak muree restaurant yang terletak di sebelah kanan anda.

8

Jadi apa yang di tawarkan dekat sini? dekat sini selain daripada Korean Food ada juga nasi briyani , tapi datang Korea mestilah nak makan makanan Korea kan? Jadi jom tengok apa yang ada dekat sini.

9

10

11

12

13

14

16

Makanan dekat sini datang dengan Side Dishes yang anda boleh tengok dalam gambar tu sekali dengan nasi. Yang seronoknya, salted seaweed, kimchi, fish cake, taugeh tu semua boleh refill sebanyak mana kita mahu, cuma nasi je kalau nak refill kena tambah. Dan kedai ini juga bagi air kosong secara percuma.

Jadi kalau yang berkesempatan datang ke Itaewon dan ingin mencuba makanan Korea bolehlah terus menuju ke Murree Muslim Food Restaurant. Dekat bawah ni aku sediakan Map dari google.

Google Map

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

8 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: