Dekat sini aku nak berkongsi tentang sebuah restoran makanan Halal yang terdapat di Itaewon. Apa lah ertinya kalau pergi ke Korea tapi tak dapat menikmati makanan tempatan kan? Untuk mereka yang ingin menikmati makanan Korea yang halal bolehlah singgah di Murree Muslim Food Restaurant, Itaewon. Senang je nak mencari restaurant ini kerana kedudukan yang berada betul- betul di belakang Seoul Central Mosque.
Stesen paling dekat : Itaewon (LINE 6)
Exit paling hampir: Exit 3
Apabila anda keluar dari Exit 3, anda akan dapat lihat Hotel Hamilton berada bertentangan dengan anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah berjalan terus ( Hotel Hamilton berada di kiri anda ).
Anda akan menemui Starbucks Coffee di sebelah kanan anda. Teruskan berjalan, sehingga anda sampai di penghujung blok bangunan tersebut. Kedai Mr Kebab akan berada di sebelah kanan anda. Pusing ke sebelah kanan.
Jalan yang anda lalui ini sekarang agak curam, jadi berhati- hati ketika mendaki yer. Setelah beberapa ketika anda kan melihat Salam Bakery berada di sebelah kiri anda. Anda berada di jalan yang benar. Teruskan perjalanan.
Teruskan berjalan sehingga ternampak nama jalan yang seterusnya iaitu Usadan Ro 10 gil.
Pusing kiri dekat sini.
Anda akan melewati kedai Siti Sarah di sebelah kiri anda, yang menawarkan masakan melayu dan egypt. Teruskan mendaki, dan anda akan nampak muree restaurant yang terletak di sebelah kanan anda.
Jadi apa yang di tawarkan dekat sini? dekat sini selain daripada Korean Food ada juga nasi briyani , tapi datang Korea mestilah nak makan makanan Korea kan? Jadi jom tengok apa yang ada dekat sini.
Makanan dekat sini datang dengan Side Dishes yang anda boleh tengok dalam gambar tu sekali dengan nasi. Yang seronoknya, salted seaweed, kimchi, fish cake, taugeh tu semua boleh refill sebanyak mana kita mahu, cuma nasi je kalau nak refill kena tambah. Dan kedai ini juga bagi air kosong secara percuma.
Jadi kalau yang berkesempatan datang ke Itaewon dan ingin mencuba makanan Korea bolehlah terus menuju ke Murree Muslim Food Restaurant. Dekat bawah ni aku sediakan Map dari google.
8 Responses
Assalammualaikum
Thank you so much for written this. Gonna have a family vacation next this coming Friday at Seoul and dah masukkan murree ni dlm itinerary. I like the way you describe on details on how to get to the Murree with the photos lagi!…
Makanan kt Murree ni terbaik tapi harga a bit costly la.. Order je ape kau suka tp jgn sesuka hati convert RM. haha.
Tak ape sekarang dah alternatif untuk makan di eid, which is much cheaper hehehe http://radinfadli.epizy.com/berjalan-jalan/%EC%9D%B4%EB%93%9C-itaewon-makanan
hairadin. nice blog. tq for ur review for korean halal food. really help.
hello niza, thank you very much sudi singgah. Enjoy itaewon!
Muslim Friendly Restaurants in Korea.pdf
http://www.anafile.com/28e6ai3yk7w0.html
Boleh sy tau brape harge untuk dish awk tme ni??
Makanan dekat Murree standard 10000-15000 won