Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Seoul

Bukan senang nak mencari makanan Korea yang halal dekat Seoul. Yelah, datang jauh-jauh mesti nak rasa makanan tempatan dan style makan orang Korea. Jadi kali ini, nak perkenalkan satu lagi kedai makanan ala ala grill style Korea iaitu di Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Seoul yang terletak dalam daerah Gangnam. * Korang jangan nak start menyanyi Oppa Gangnam Style pula.

Waktu operasi: 3 petang sehingga lewat malam

Tutup: Ahad

Kedai ini di buka pada pukul 4 petang- 2pagi. Jadi stesen yang perlu anda semua tuju adalah Yeoksam Station LINE 2 (EXIT6). Jadi lepas anda keluar dari Exit 6 tu, adalah jalan terus sehinggalah penghujung blok deretan bangunan tersebut, restoran KFC akan berada di sebelah kiri anda. Apabila sampai dekat persimpangan jalan tu, anda belok kiri dan terus kan perjalanan.

Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Seoul

Jalan terus sehingga anda sampai ke simpang pertama yang boleh belok kanan, ambil jalan ini. Gambar bawah ni, aku cedok dari Google Map, lupa nak tangkap gambar hari tu.

Masuk lorong ni

Jalan terus sehinggalah anda sampai ke lorong pertama sebelah kiri anda. Belok kiri ke jalan Nonhyeon-ro 95- gil.

nonhyeon -ro 95 gil

Dalam beberapa langkah, anda boleh nampak signboard Yang Good Restaurant ni.

yang good

depan yang good 2

Depan yang good

Budget untuk makan dekat sini adalah di antara 11, 000 hingga 22, 000 Won bergantung kepada apa yang anda pesan. Selalunya budget yang aku berikan itu dah cukup untuk 2 atau 3 orang makan, tapi memandangkan ke semua menu dia macam amat menyelerakan, kebarangkalian untuk anda memesan makanan tambahan adalah sangat tinggi. Jadi lebih baik prepare awal- awal.

yang good 1

yang good 2

yang good 3

yang good 4

yang good 5

Untuk makluman, side dishes dia boleh refill dengan percuma. Cuma perlu panggil waiter dia untuk refill kan untuk kita. Air kosong turut di sediakan, tapi kena rajin sikit sebab kena pergi ambil sendiri dekat machine. Jadi, enjoy your meal guys! Oh bawah ni, aku sediakan map untuk memudahkan anda semua, mana tahu kalau dari panduan bergambar macam agak mengelirukan.

Yang Good Map

Terima kasih kepada muslim backpacker sebab bagi info.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

24 Responses

  1. Hah!! ini pun sedap. Dah masukkan juga dlm itinerary. Kalau awak ke Tokyo, boleh juga makan macam ni. Dalam japanese panngil ‘yakiniku’ beef bbq. Ada sijil halal jugak. Tapi biasalah, dlm kedai tu ade juga yang tak halal. Kena request cakap nak menu halal. Lokasinye di yoygo station. Jemput singgah blog saya, sebab saya pun ada tulis this kind of thing. :)

  2. Im curious… even though I’m not so was was abt the food… I can see in your pics in the background there are ppl having alcohol…. boleh ke makan at a place that says halal but sells alcohol as well?? Pls state your sources (hadith, quran etc) when replying thx.

    1. Yup, kedai ini ada menjual soju, minuman lazim penduduk korea. Situasi di mana makanan halal tapi kedai ada menjual minum beralkohol juga terdapat di negara kita, contoh seperti di hotel- hotel atau restoran seperti chilli’s , tgif. Jika sarah nak keterangan tentang hukum dengan lebih halus dan terperinci tentang situasi berkaitan , Sarah boleh tanya dengan ustaz atau orang yang lebih arif dan berkelayakan dari saya.

    1. InsyaAllah Halal sebab ada dekat signboard dia memang ada nyatakan restoran halal. Daging ni di import dari australia ( dari sumber koreahalal.org ada nyatakan daging dari australia adalah halal), di dalam menu ada di tulis ‘ we use halal meat”. saya dapat tahu pasal restoran ni melalui muslimbackpackerseoul site. Kalau masih rasa was – was boleh skip je restoran ni =) .

  3. Wah thanks for sharing. Insha Allah nak masukkan dalam itinerary akan datang ni. Xpenah lagi berBBQ kalau ke Seoul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak