Hari ini hari terakhir berada di Bangkok, aku bangun pagi macam biasa tapi badan rasa tidak selesa, kepala pusing.Ah sudah, mengandung ke apa, perut rasa mual, tekak rasa loya.Sah! angin kus -kus datang.Mula – mula aku kuatkan juga diri turun ke lobi.Berjumpa dengan tokey berbangsa Bangladesh. Duduk borak borak, dia ada bisnes dia United Kingdom, wah hebat.Walaupun english dia tak berapa nak bagus tapi mampu memiliki perniagaan di UK.
Sementara taufiq sambung berborak, aku dah sampai tahap maksima.Jadi memang nampak gaya aku tak dapat join lah pergi ke floating market.Tapi untuk tatapan rakan-rakan, nasib baik ada gambar, courtesy dari Encik T. Dari cerita perjalanan pergi balik mengambil masa dekat 2 jam campur dengan traffic Jem, dan kedai di sini macam cekik darah sikit, jom layan gambar-gambar.
Tepat pukul 2 petang, si taufiq dan Shuk sampai di hotel menyambut aku yang makin pulih.(Koman jalan jauh tapi sakit pulok). Jadi selepas berkemas dan mengucap selamat tinggal kepada bilik yang maha best.Kami berangkat menuju ke lapangan terbang.Encik pemandu sudah sedia menunggu kami di bawah.Kira ini adalah perjalanan terakhir berjumpa dengan Kiattisuk.
Kita orang sampai agak awal dekat lapangan terbang ini actually jadi sambil menunggu kapal terbang sampai, lepak minum – minum dekat lounge.
Kastam dekat Bangkok agak strict.Habis kena cabut kasut semua.Nasib baik dia tak suruh berbogel terus dekat tempat check in tu hahaha.Jadi pastikan anda tidak sorok apa -apa dalam kasut dan stokin.
EXTRA: Pengalaman sewaktu di lounge, perut meragam, jadi aku pergi ke toilet, ada pekerja dia sambut aku dengan ‘sawadikap” aku sahut balik (dah macam local dah) masuk toilet, lawa, masuk tandas, bersih… tapi TIADA PAIP, so TIADA PAIP, tiada air, tiada air,nak cuci macam mana kan? Jadi keluar balik, *tolak pintu toliet slow-slow, pekerja tu tak ada, LINE CLEAR, keluar pergi dekat tempat air minuman.Semua botol mineral 1.5 liter, botol besar, tanya pekerja dekat situ ” Do you have small mineral bottle?” “Sorry, we got big one”, jadi aku dengan maha kacak, ambil botol mineral 1.5 liter tu bawa masuk toilet.Yang pekerja yang dekat toilet tu , senyum je sambil bersawadikap dengan aku.Aku rasa dia pun tahu kenapa aku bawa.Memula ada rasa segan dan malu juga, tapi memikirkan nak menyucikan hadas, jadi malu dan segan tu hilang.Jadi jangan risau.Bawa je masuk.Nasib baik aku duduk lounge air mineral tu free, BWAHAHAHA!!
Tips paling penting sewaktu di Bangkok : BAWA BOTOL AIR, Sebab kebanyakan TOILET dekat sini tak ada paip.Tisu je ada walaupun toilet mereka bersih.(Dekat temple dengan hotel ada paip air, dekat mall , dekat kedai, dekat airport tiada).
6 Responses
Last part is funny! Hihihi Great sharing :)
not a problem =)
Hotel rm600 (3 hari), makan (rm20 sekali makan), teksi between (rm5-rm15), masuk museum,grand palace (rm3-5). Roughly yg saya boleh bagi.Depends kepada perbelanjaan masing-masing.
Total cost not including flight berape?
Total cost not including flight berape?
Total cost not including flight berape?