Hello dan assalamualaikum.Trip pertama untuk bulan ini adalah ke Janda Baik , Pahang.Saya dah lama dah menetap dekat Pahang tapi inilah pertama kali menjejakkan kai ke sini.Kali ini adalah trip bersama keluarga, untuk menyambut hari jadi my Opa yang ke 90 tahun.Alhamdulillah, panjang umur Opa.Tak lama pun pergi ke sini, cuma 2 hari dan 1 malam, tapi seronoklah juga daripada tak dapat berkumpul kan.
Kami sekeluarga menetap di Suria Hill Country resort, dan sebilangannya pula menetap di.. entah apa nama apartmen tah, tak ingat.Kalau sesiapa yang minat alam sekitar atau nature, atau sungai pastikan anda akan menyukai tempat ini.Saya paling suka pun part mandi sungai je.Air dia sejuk.Makanan dekat sini, so – so aje.The main attraction of this resort is, sungai yang terletak di belakang resort, hanya 5 minit je berjalan dari bilik boleh sampai dekat sungai.
Malamnya, kami menyambut hari jadi Opa.Ada makan- makan sikit, ada kek, ada kek dalam picagari yang berwarna -warni tapi tak sedap.Saya lah cakap tak sedap, sepupu ku si Rafee cakap sedap.Selepas berborak dan menonton slide show keluarga.
Masa untuk berehat.Tapi tidak untuk kami sang jejaka yang terhangat di pasaran (kononnya0.Apa lagi naiklah ke Genting Highlands.Alah bukan buat benda jahat, cuma nak mencari tempat minum, maklumlah dalam janda baik pukul 2 pagi, kalau jumpa gerai tepi jalan pun, belum tentu nak berhenti kan~
Sempatlah menikmati Caramel Macchiato di Starbucks Genting Higlands.Bukan main seronok lagi dekat atas ni , sejuk lagi menyejukkan orang kata.Sebelum nak turun ke bawah, sempatlah menjamu selera di KFC.Pukul 3.30 pagi makan KFC, heaven sangat, original recipe okay? Balik semula ke hotel, mengambil masa dalam 40-50 minit juga.Serius jalan gelap, sangat gelap.Tak berani nak tangkap gambar , nanti ada yang duk senyum dalam kamera , haaa amik kau.Tak adalah… tak ambil gambar sebab saya yang drive balik semula ke resort.
Kepada yang datang ke Janda Baik, saya tak berapa nak suggest duduk dekat sini since entertainment dia kurang berbanding resort yang lain, tapi kalau bagi yang mencari ketenangan jiwa, boleh lah cuba untuk menetap dekat sini. Until next Entry.Kbai
P.S Mencari ketenangan jiwa tak payah jauh -jauh, atas sejadah pun boleh , Peace yow…
httpv://www.youtube.com/watch?v=Y0LPLupCN88&feature=youtu.be