Trip ke Bangkok – City of Angel – May 2013 (Day 3)

Hari ini nak bergerak ke tempat lawatan seterusnya Grand Palace.Elok je sampai dekat sana tutup pula disebabkan sami -sami sedang bersembahyang untuk menyambut Buddha’s day.Kita orang berkenalan dengan Kiattisak yang dah bagitahu awal-awal tentang ulat-ulat yang menjaga sekitar tempat tarikan pelancong.dia menyuruh kami untuk terus ke booth tourist guide.Encik Tourist guide tu suggest kami naik tuk tuk untuk pergi melawat Wat Arun terlebih dahulu sebab ada 1 setengah jam lagi sebelum pelawat di benarkan masuk ke dalam kawasan grand palace.

Tuk Tuk
Tuk Tuk

Sebenarnya plan nak ke Wat Arun pada sebelah petangnya.Dengar cerita sewaktu sunset atau matahari terbenam, pemandangan di Wat Arun sangat cantik dan tidak boleh di lepaskan.Malangnya mengikut ramalan cuaca, petangnya hujan, jadi terpaksa pergi juga tengahari ini.Kos bagi seorang penumpang untuk naik bot adalah 900 baht tapi aku minta kurang, dapatlah 800 baht seorang.

Video naik boat di sini.

D2

Menyusuri bot di sepanjang sungai sangat menyeronokkan, sekali si Taufiq menyatakan kerisauan sebab kami tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan, buatnya terjatuh ke dalam sungai kan dah tak pasal-pasal.Nasib baik semua okey dari awal hingga akhir.

Sampai dekat jeti Wat Arun, kena bayar 30 baht , kos untuk landing bot.Kepada sesiapa yang mengunjungi Bangkok, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk ke Wat Arun, Serius sangat cantik.Selama ini hanya boleh tengok dekat dalam gambar dan television tapi akhirnya dapat juga aku jejak kaki dekat sini.Untuk pengetahuan, toilet dekat sini sangat bersih, sangat bersih, sangat bersih.Sebab apa aku ulang 3 kali, sebab sangat bersih.Timbul kesedaran, tempat ibadat kita pun kita tak jaga sebersih ini.

D3 D4 D5

Curam nak kabor ke hang
Curam nak kabor ke hang

D7 D8

D9 D10

Wat Arun Video kat sini.

Sempatlah membeli cenderahati berupa patung gajah, yang lain tak boleh nak beli since berbentuk dewa pujaan.Selepas 40 minit berlalu (sebenarnya bot tu kata boleh 20 minit je mendarat)  kami kembali ke pier.Kembali menyusuri sungai, sewaktu berjalan di satu perkampungan,sempatlah kami membeli barang dari penjaja sungai.mereka ini bawa barang dalam sampan dan datang menjual barang-barang mereka kepada tourist yang dalam bot.Cekik darah juga dia orang ini, siap suruh beli beer untuk driver kita orang lagi, pandai eh, kalau air lain mungkin dah beli, tapi since beer, tak dapatlah kan.

Video Makcik Sungai di sini.

D11 D12 D13Video orang mandi bogel di sini.

Cepat je korang klik kan link video mandi bogel, choi!

Lepas pusing dalam 30 – 40 minit, kami kembali ke pier untuk menuju ke Grand Palace.Masih lagi tutup, dan tidak semua tempat boleh di access.Sempatlah juga masuk dekat perkarangan nak snap-snap gambar untuk kenangan.

E1 E2 E3 E4 E5

Sebab kami belum makan lagi dari pagi, ambil teksi dan terus menuju ke New World City Hotel/Nouvo Hotel.Dekat sini ada makanan halal, dan kepada sesiapa nak senang untuk mendapatkan makanan halal boleh menginap dekat sini.Makanan dekat sini boleh tahan juga rasa dan harganya, nasi briyani dalam 120 baht gitu.

E6e7

Lepas solat, sempat berborak dengan kaunter informasi untuk bertanyakan tempat-tempat menarik yang boleh kami lawat di waktu malam di bangkok.Kebanyakannya show ehem ehem jadi kami mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanan.Hotel ini juga terletak berdekatan degnan Khao San Road.Khao San Road ini kira macam Petaling Streetlah senang cerita, ada banyak benda yang boleh di beli dekat sini dari baju hingga ke kasut hingga ke cenderahati.Singgah kejap di pharmacy beli ubat untuk shukri since dia demam tak baik-baik.Tak jalan pun dekat Khao San Road since dia lebih happening di waktu malam dan memandangkan sekarang baru pukul 4 petang jadi tak banyak benda yang ada dekat sini.

kami terus menaiki teksi dan bergerak menuju ke Hard Rock Cafe, membeli belah t shirt buat kali terakhir.Kita orang singgah sekejap di Siam Discovery.Si taufiq sempat beli beberapa helai t shirt Lacoste.Then dekat sini baru aku realized yang dia dapat borang VAT.Aku terkejut juga sebab aku tak dapat masa beli barang dekat Pandora dengan Hard Rock Cafe.Jadi first step kita orang bergerak ke Siam Paragon,Pandora.Promoter tu cakap hari yang sama je boleh claim VAT, aku minta tolong adjustkan juga, nasib baik boleh, kalau tak burn RM70 macam tu saja.Kita orang plan nak ke Hard Rock Cafe semula pada sebelah malam nanti.Next nak mencari makanan dulu dalam Siam Paragon since aku terbaca ada kedai kebab halal Wrap it, tapi cari punya cari, rupanya dah tutup. Jadi kita orang patah balik ke MBK untuk makan dekat Yana. kangkung belacan,spciy grilled beef, tom yam. kena 580 baht.Sambil lalu – lalu sempatlah beli cenderahati, habislah 1300 baht.

E9

Gerak terus ke Hard Rock Cafe , hari hujan pula.Sampai dekat Hard Rock Cafe, benda yang sama juga, katanya yang baru beli tadi boleh claim VAT, yang beli kelmarin tak boleh.Aku try juga adjust, dia kata yang haritu punya tak guarantee boleh dapat, tak pelah nak buat camne kalau tak bolehkan, terbang lah rm50 kalau tak boleh.Keluar dari Hard Rock Cafe, hujan dah berhenti ,naik Tuk Tuk balik ke hotel, kena 300 baht.Naik train baru  45 baht.Tapi seronok juga naik Tuk Tuk ni.

Naik hotel tukar baju, then gerak terus ke Asiatique Riverfront, ada ferris wheel,kita orang ternampak ferris wheel ni sewaktu berlayar di dalam kapal loy nava semalam. Teksi untuk ke sana 200 baht.Lawa tempat ini, harap TC boleh jadi macam ni satu hari nanti.Aku sempat beli fridge magnet tapi tak sempat nak naik Ferris Wheel since dah lewat,dah dekat pukul 11 malam time tu.Kebanyakan restoran dekat sini masih buka.Kira memang tempat yang menariklah untuk lepak-lepak.Jumpa pula kebab halal dekat sini, apalagi memang beli lah, dalam 80 baht satu.

A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10

After awhile, kitaorang balik ke hotel dalam pukul 12.30 macam tu.Susun barang semua dalam beg.Aku tak ada kije pergi order 3 english breakfast dengan 3 americano, selesa kan.Cenderahati yang aku beli dekat MBK tadi di hantar oleh kedai terbabit, lewat juga sampai ke hotel, dekat pukul 1.30 pagi.

B1

Since esok nak balik, mintalah tolong servis butler iron kan baju kita orang.Rupanya ada servis laundry juga, lupa suruh cuci baju, kalau tak balik Malaysia semua baju dah bersih hahaha.Takpelah sambung esok.esok ke floating market.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »