Pagi-pagi di mulakan dengan english breakfast tea,panas dan menyegarkan mata.Hari ini adalah untuk menghabiskan masa di kawasan Mall.Tempat pertama yang di tuju adalah Madam Tassauds yang terletak di Siam Discovery (Boleh lalu Siam Paragon, tembus ke Siam Center dan terus ke Siam Discovery).
Madam Tussaud’s ini kalau anda semua nak tahu adalah muzium wax dimana tokoh tokoh yang terkenal dunia mempunyai replika patung mereka sendiri di sini.Madam Tussaud’s mempunyai beberapa cawangan di dunia. (Banyak Gambar Ni, Scroll ke bawah kalau tak mahu tengok )
Selepas bergambar dengan patung wax, kami bergerak menuju ke MBK untuk makan tengahari (kan dah kata, ini tempat favorite kami).Setelah duduk menghilangkan penat dan lelah dan perut telah diisi, kami bergerak menuju ke Siam Paragon untuk mengambil Pandora semalam.Habislah juga dalam 7200 baht.
Kemudian kami bergerak menuju Siam Ocean World untuk melihat ikan, yang paling seronok sekali anda yang berani boleh mencuba memberi makanan kepada ikan jerung, kalau beranilah, kalau tak berani, tak payah.Pakej tiket datang sekali dengan glass water boat dan 5D movie.
Untuk rate paling murah bagi Siam Ocean World dan Madam Tassauds boleh lah beli online dekat sini. Aku berani cakap murah sebab aku dah survey, even dari website official dia orang pun still mahal rate dia.Make sure korang print lepas beli, tunjukkan je dekat counter, settle.
Selepas melawat Siam Ocean World kami pulang ke hotel untuk bersiap sementara menunggu boat ride pada waktu malam.Sempatlah lepak di restoran Zuma di tingkat bawah hotel.Terdapat waktu happy hour masa kami minum dekat sini.White wine, Red Wine, semua hanya berharga 100 baht je segelas.Tapi kitaorang minum coke jer.Sampai 3 kali waiter dia promote happy hour dia dekat kami, maklumlah coke lagi mahal dari wine masa ini.
Ada video sikit di sini. :-D
Selepas maghrib, kita orang gerak ke Stesen Thaksin guna BTS.Aku dah pilih loy nava river cruise, since ini je yang menawarkan makanan halal.Cost untuk seorang kalau order online dalam 1600 baht seorang (kalau tak 2000 baht).Bot ini akan menyusuri sungai Chao Praya.,maksudnya sambil makan bolehlah tengok tempat tempat menarik macam Wat Arun dan Wat Pho.
Ada sedikit masalah apabila kami sampai dekat Pier tu, diaorang tak ada.kami sampai dalam pukul 8.10 dan mengikut jadual di internet mereka akan ambil kami dalam 8.20 malam.Tunggu tak sampai – sampai kemudian telefon, boleh pula orang tu jawab kitaorang terlepas.Aku rasa ada berlaku salah faham semasa Taufiq cakap “at your pier”, sebab pier dieorang memang gerak pukul 8 malam.Taufiq dah siap buat reservation baru untuk malam besok.Aku macam tak puas hati sikit, since dekat Regis aku dah confirm dengan loy nava ni. Post kata pukul 8.20 ambil tapi ko dah gerak tinggal kita orang.Semasa kita orang nak bergerak meninggalkan pier nak mencari tempat makan halal lain (dinner patut atas kapal dah musnah kan? masalahnya restoran halal yang aku tahu semua tutup pukul 9 malam), aku duk melambatkan langkah, sampai tinjau-tinjau ke sungai.Panas beb.Lepas itu, dengan izin Allah,nampaklah kapal rice barrage tu (nasiblah aku tahu rice barrage tu rupa kapal dia macam mana)Nampak dia stop dekat pier, dan aku terus berlari pergi check, YUP its them.(Panas bukan sebab apa, dah la tak jadi, dinner dah musnah, hujan pula turun lebat)
Masa langkah ke dalam tu, hati panas tukar jadi molek.Dinner terbaik,pemandangan terbaik,ada dancing – dancing lagi.Trip ini mengambil masa dalam satu setengah jam.Lepas balik terus menuju ke Bts San Daeng,ada night market, sempatlah rembat beberapa barang untuk di bawa pulang.Dekat sini kalau tak kuat iman di dada, memang boleh hanyut, sex di tawarkan di merata- rata dan affordable pula tu.Nasiblah Allah pelihara kan.Settle je beli barang terus gerak pulang ke hotel.Masuk bilik terus call butler, minta teh, pukul 1.30 pagi.Tenang hati,mandi , solat,tidur.Kroh Kroh Kroh