Trip ke Bangkok – City of Angel – May 2013 (Day 1)

Rasanya ramai dah berpeluang menjejakkan kaki ke negara jiran kita di utara.Minggu lepas aku berpeluang untuk terbang ke sana.Seawal 3.57 pagi (sebab terbangun dan tengok jam) aku dah bangun.Excited bercampur dengan perut yang meragam, mungkin akibat nasi arab malam kelmarin, berpunca dari nasi kambing, kambing yang tak mandi.

Pukul 5.20 pagi aku sedang berkaraoke dalam toilet, harap tak mengganggu kak Dayah( selesa kan kau tumpang rumah orang lepas tu menyanyi pepagi buta). Lepas bersiap, aku terus menyahut seruan azan di keheningan subuh.Cik Mimi datang menjemput aku dan Taufiq pukul 6.20 pagi.

Pukul 7 sampai di KL Sentral, ambil KLIA Ekpress, harga Rm35.Encik Shukri dah sedia menunggu di KL Sentral.Masa yang di ambil 28 minit, tak adalah lama macam naik kereta kan.Selepas check in, kami lepak di lounge sampai pukul 9 pagi.

passport

Selesa amat toilet
Selesa amat toilet

lounge toilet makan dulu before terbang Sempat snap gambar - by encik Shukri Masa yang di ambil untuk ke Bangkok adalah dalam 1 jam 45 minit.Dalam kapal terbang sempatlah makan lagi (makan lagi, tapi tak gemuk, heaven kan?)

breakfast again, in aeroplane, ada godiva favorite hamba
breakfast again, in aeroplane, ada godiva favorite hamba

kapal terbang

Touch down di Bangkok, kami terus mencari kenderaan untuk ke hotel.Untuk pengetahuan, kami menginap di St Regis Hotel.Kelebihanya hotel ini terletak di kawasan bandaraya Bangkok, dan access ke BTS dan Mall sangat mudah.Satu lagi sebab sistem butler di hotel ini yang menjadi pilihan.Kalau nak suruh orang gilap kasut, bawa coffee pukul 3 pagi, arrange apa – apa , nak iron baju, nak cuci baju semua boleh.Jangan minta iron man sudah~

kenderaan kami untuk ke St Regis hotel
kenderaan kami untuk ke St Regis hotel

ST REGIS

st regis bathroom st regis bathroom1 st regis living room st regis room st regis room1 st regis working space

compliment drinks (FYI ARAK HARAM)Siapa nak tengok video bilik hotel, boleh klik sini.Siapa nak usha atau booking hotel ini boleh ke sini.

Lepas Check in, kami sempatlah bersolat dan membersihkan diri.Selesa betul biliknya, rasa tak mahu keluar dari hotel jep.Hahaha tapi rugilah datang jauh – jauh tapi terperap dalam bilik kan?Jadi sebelum bergerak keluar, kami singgah di sky garden untuk mengalas perut.

bagel Smoked Salmon

Sky Garden St Regis – Smoked Salmon,Bagel,Coke,Ice Lemon Tea,Americano Coffee 1200 baht

Now, its time to heads out from the hotel.Kita pergi Siam Paragon dulu.Nak pergi Siam Paragon tak susah, keluar dari St Regis dah ada BTS, jadi naik train ke Siam Station/ Silom Line.Ambil yang menuju ke national Stadium.Harga 45 baht (untuk 3 orang).Siam Paragon ni kata beritahu ke awok semuanya, besar giles dan juga tempat yang agak luxury, boleh anggap macam Pavilion di Kuala Lumpur.Sesiapa ada duit lebih boleh Maserati ekat tingkat atas, Visa di terima yerp.

Train station

Siam Paragon Siam Paragon1 Datang ke Siam Paragon ini sebenarnya nak cari Pandora untuk ibunda tercinta.Malangnya, ada yang ibunda inginkan tiada stock, jadi sama ada aku terpaksa jalan ke Mall lain yang ada, ataupun datang esok untuk ambil.Jadi selepas buat booking, saja booking lebih sebab Murano tu limited dah pengeluaran dia, kami bergerak ke Hard Rock Cafe bangkok pula untuk melepaskan dahaga.( Mengikut pengalaman, harga di sini lebih murah since dapat 5% untuk tourist dan boleh claim VAT 7% di airport nanti).

Hard rock cafe 1 Hard rock cafe 2 Hard rock cafe 3Selepas membeli- belah di Hard Rock dan menghilangkan dahaga, kami menuju ke MBK (Mah Boon Kroong) Mall untuk mencari makanan.

MBK

Di dalam MBK ini adalah satu kedai halal, Yana’s Restaurant di tingkat 5, international cuisine. Ini menjadi tempat favorite kami untuk dinner since malas nak cari tempat halal yang jauh-jauh, kira senanglah makan dekat sini.Harga pun berpatutan (selalunya kami kena dalam 580 – 600 baht untuk tom yam, 3 plain rice, kailan ikan masin, daging masak kicap, air coke 3, air kosong)

Beef Tom Yam

Aktiviti malam kami decide untuk menonton Star Trek into the darkness di Siam Paragon.Mula-mula tanya juga perbezaan antara 4DX dengan 5D, tapi lepas cashier tu garu-garu kepala macam gatal kelemumur,jadi decide denga 4DX je.Terbaiklah tengok 4DX, siap ada kerusi bergerak macam transformer di USS dulu.

ironman Selesa betul kerusi menunggu Star Trek

Selepas habis wayang, kira -kira pukul 11 lebih, kami decide nak berjalan balik ke hotel.Untuk pengetahuan, sepanjang sistem BTS itu ada juga lorong untuk pejalan kaki.Kiranya kita boleh decide sama ada nak naik train atau berjalan.Kira dia ada jenjantas untuk ke mall ke mall gitu.Sempatlah berhenti membeli cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat.Masa dekat kedai keychain tu, boleh minah tu cakap ‘You face, like nickhun” apa lagi aku terus beli dekat situ.6 Keychain harga 100 baht, aku dapat tawar jadi 80 baht je.

Hasil hari pertama ^^
Hasil hari pertama ^^

 

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »