Masjid Istiqlal Jakarta, Batavia (Kota Tua), Magnum Cafe Jakarta

Mari sambung tentang kisah short trip aku ke Jakarta. Here we go.
Keeesokan harinya selepas bersiap, kami menuju ke Central Park Mall untuk menikmati santapan tengahari. Kami menuju terus ke kedai makan yang telah di temui semalam iaitu Penang Bistro. Moga-moga keenakan makanan disini sama seperti di Penang.
Memandangkan semalam kami tak berkesempatan untuk menyentuh nasi, jadi haruslah memesan nasi ayam untuk makan tengahari. Perut orang Asia memang kena sumbat dengan nasi, tak sumbat dengan nasi memang tak boleh jalan. Kalau makan western food, memang tahan 2 jam sahaja, itupun mujur kalau 2 jam kan?
Makanan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai, dan di samping nasi ayam, aku turut memesan English Breakfast Tea (teh O lerrr). Kalau keluar, aku memang prefer minum teh o atau kopi, untuk mengelakkan gejala ke tandas.

1

2

Selepas selesai menikmati juadah yang enak ini, destinasi kami yang seterusnya ialah Masjid Istiqlal Jakarta. Perjalanan menuju ke masjid tidak terlalu lama, memandangkan jalan clear dan tidak macet. Dari jauh masjid ini telah kelihatan tersergam di tengah bandaraya Jakarta.
Masjid Istiqlal

3
Pertama kali masuk memang sangat kagum dengan kebesaran masjid ini, memang sangat besar. Kalau nak tahu, masjid ini merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dan boleh memuatkan seramai 120,000 jemaah dalam satu masa. Di pintu masuk, kita boleh tinggalkan kasut pada seorang pakcik ini. Nanti jangan lupa ambil kupon, keluar nanti tunjuk balik, boleh ambil balik kasut.Aku decide untuk ke kamar kecil untuk melepaskan hajat.

4

5

8
Kami mengambil peluang untuk menunaikan yang wajib terlebih dahulu sebelum memulakan sesi bergambar. Di sini, aku tengok ramai juga makcik dan pakcik selepas solat mereka bergambar, mungkin orang luar dari Jakarta kerana mereka berbahasa Indonesia.

5a

5b

5b2
Selepas mengambil kembali kasut kami dari pakcik tadi, kami berlegar- legar di kawasan masjid. Di sekitar kawasan masjid ini ada pengubahsuaian yang sedang giat dijalankan. Rupanya ada projek untuk mencantikkan sungai dengan kerjasama Korea Selatan. Nampaknya projek ini bakal menukar kawasan sungai masjid ini menjadi lebih indah seperti Cheonggyecheon Stream di Seoul.

5c

5d

6
Dari masjid Istiqlal, kami menyeberang ke Jakarta Cathedral. Sambil lalu tu, adalah ternampak pekerja yang berbangsa Korea sedang mengukur/ mengambil sampel kawasan di sekitar sungai. Cathedral ini mengingatkan aku semasa lawatan ke Ho Chi Minh City yang lalu.

7
Monas (Monumen Nasional)

1

2
Destinasi seterusnya ialah Monas. Untuk ke Monas, kami membuat keputusan untuk menapak dari kawasan gereja dan masjid tadi. Dari kawasan masjid pun kita dah boleh nampak Monas ni, maksudnnya tak adalah jauh mana jaraknya. Jangan tertipu, kalau di Tokyo, Nampak elok Nampak Tokyo Tower dan anda decide untuk menapak, padahal dia punya jauh , menangis tapak tumit. Tapi bukan tumit akulah, sebab aku tak kena tipu, orang lain yang kena Kah Kah Kah.

Mr. Pokko berhajat untuk naik ke Monas, malangnya waktu lawatannya sudah tamat tambahan pula mengikut ura-ura kawasan ini bakal diadakan perhimpunan untuk berdemo, jadi baik angkat kaki, nanti tak pasal –pasal terperangkap dalam kemacetan.

Kota Tua (Batavia Lama)
Destinasi kami seterusnya ke Kota Tua atau lebh di kenali dengan Batavia Lama. Seperti namanya, dekat sini banyak bangunan- bangunan lama yang telah dibaik pulih. Jadi kalau nak merasa suasana berjalan di kawasan Jakarta lama boleh lah menjejak kaki di sini. Untuk hipster – hipster instagram mungkin berminat kawasan ni.

3

4

5

1

6

7
Di kawasan ini ada ramai peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai jenis barangan. Ada juga yang melakukan pertunjukan dan terdapat sebilangan daripada mereka yang memakai sarung watak – watak seperti Doraemon, Mickey Mouse dan tidak ketinggalan pocong yang memeriahkan suasana. Ada satu kedai ini menjual cincin perak yang boleh engrave nama kita, harga dia kalau aku tak silap jatuh dalam RM0.30. Tak tahulah aku salah tengok atau salah convert. -_-“
Dalam keseronokan berjalan menikmati permandangan, Kami singgah di Bangi Kopitiam untuk menikmati makan petang. Banyak berjalan ini laparlah pula kan?

8

9
Dari kota tua, kami beralih menuju ke kawasan bandar. Tujuan seterusnya adalah antara tujuan terutama aku dating ke Jakarta, nak merasa sendiri kesedapan magnum café Jakarta. Asyik dengar oranng bercerita, sendiri mestilah kena rasa kan? Dengar sahaja tiada guna, mana tahu kena kencing ke HAHAHA.
Magnum Café ini terletak di Grand Indonesia Shopping Mall. Pada mulanya, kami tersalah masuk ke dalam Plaza Indonesia, di Plaza Indonesia ini kebanyakan barangnya di dalam kategori luxury item, jadi kita sebagai rakyat marhaen terus menuju ke lokasi yang seterusnya. Patutlah namanya Grand Indonesia Shopping Mall, memang besar nak arwah betul tempatnya.
Tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke Magnum Café ini kalau anda pandai membaca pelan kedai atau nak lebih senang, kita bertanya dengan kaunter pertanyaan. Kasihan kaunter pertanyaan kalau tak ada orang yang bertanya dekat dia. Jadi gunakan kemudahan yang ada untuk keselesaan bersama.
Magnum Cafe Jakarta

1

2

3

4
Macam – macam menu yang terdapat di sini. Ada satu menu ni, kalau aku tak silap menawarkan masakan western degan kuah coklat. Maybe aku silap baca lah kot, macam pelik je. Jadi selepas membuat keputusan, (mengambil masa juga sebab rasa macam semua nak rasa). Jadi inilah makanannya.

5
Oh dan hampir terlupa, aku menyambut hari jadi aku pada keesokan harinya, jadi ini kira treat untuk birthday aku lah iyer, Happy birthday to me, happy birthday to me. Sedih pula nyanyi ke diri sendiri HAHAHA. Terima kasih kepada yang mengingati yang memberi ucapan mengikut whatsapp, mesej, dan komen. Aku nak minta maaf banyak – banyak sebab tak boleh nak angkat call, nanti bil melambung macam bola. Really appreciate it gais and gurls ( jangan eja macam ini dalam karangan Bahasa English anda kalau tak mahu di perhambat dek cikgu).

Keesokan harinya, kami singgah ke Mangga Dua, tapi tak da beli apa – apa pun, jadi aku malas nak bercerita. Cuma ingin berkongsi pengalaman, sebab kami kena over charge dengan teksi sapu ketika balik dari Mangga Dua. Jadi berhati-hati bila menaiki teksi yang tidak bermeter, Cuma on the positive side, brother ni bawa kita orang ikut jalan belakang , jadi kemacetan yang terpaksa di lalui ketika datang tadi dapat di elakkan.

6
Ini on the way pergi, bukan teksi sapu itu yer

Kami berangkat pulang pada sebelah petang. Ingat tak aku kata nak bercerita tentang pengalaman sewaktu balik? Bila kami nak masuk ke kaunter check in dan menuju ke lane kami, ada seorang pengawai dengan sopan santun, minta nak periksa tiket kami sebelum memberi kami laluan ke kaunter. Tak panjang pun cerita dia, tapi berbezaa sungguh dengan pengalaman di lapangan terbang sendiri. Aku tak maksudkan semua, Cuma insiden sewaktu nak berlepas hari itu sahaja.

 3

2

Okeylah Jakarta, sehingga berjumpa kembali. Adios

*Sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel kerana sangat bekerjasama dalam proses untuk mendapatkan iPad aku balik.Memang salute kepada kejujuran para pekerja hotel Aloft ini. Highly recommended if you are happen to be in Kuala Lumpur. Terima kasih sekali lagi.

1

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. “Nampaknya projek ini bakal menukar kawasan sungai masjid ini menjadi lebih indah seperti Cheonggyecheon Stream di Seoul.”

    ahaks..perumpamaan mesti mau sama ngan ‘kampung’ kan

  2. masuk masjid siap ada kupon utk kasut tu mesti ada kes kasut hilang ni kan

    Penang Bistro?…adakah owner nya orang Penang..ada interbiu tak?

    1. Rasanya, tapi tak tahulah kalau hari jumaat macam mana ye, dengan orang yang ramai, tak menang tangan nanti. Alah tak sempat interbiu, pelap pelap pelap terus chow hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »