10 November 2014
Assalamualaikum, Apa khabar semua? Dah lama tak menulis/ menaip, jadi mari kita teruskan dengan entri yang dah berbulan tertunggak. Kali ini nak bercerita tentang trip pendek gue ke Jakarta, Indonesia. Waduh , waduh, bila bilang Jakarta, terus terkeluar Bahasa Indonesia ya?
Trip ke Jakarta ini sebenarnya adalah tanpa di duga dan merupakan trip alternatif. Pada permulaan perancangan, kaki ini sepatutnya berpijak di Sandy Beach of Bali. Tapi setelah beberapa pindaan di buat, hasrat terpaksa di batalkan. Kali ini bergerak berdua sahaja dengan Mr .Pokko memandangkan Shuk tak dapat nak mengikut.
Ini adalah pertama kali aku menaiki KLM Royal Dutch Airlines, seolah – olah macam Amsterdam memanggil – manggil pula kan? Selalu naik AirAsia atau MAS tapi bertukar angina sekali – sekala apa salahnya kan? Kali ini, aku ada bawa si Danbo sekali, kononnya nak tangkap gambar yang artistic… kononnya jelah..
Sehari sebelum hari bertolak, kami menginap di Aloft, Kuala Lumpur. Keesokan harinya, dalam keseronokan dan kegirangan kaki ini melangkah menuju ke KLIA, ada 2 insiden yang berlaku. Insiden yang pertama, sewaktu sampai di lounge KLM, aku macam biasa dah awal- awal dapatkan password Wifi (Well , who doesn’t?) , tengah excited nak jot down/ nak update dalam note… tiba – tiba berderau darah aku seakan – akan tidak percaya ( kau tak payah nak ayat drama lagu boleh?) .. Mini Ipad aku tak ada.
Aku dengan pantas track back jejak terakhir aku memakai gadget itu. Fikir punya fikir, sewaktu di katil hotel, menunggu Mr. Pokko, aku ada main Clash of Clans atas katil. Selepas itu, sepanjang perjalanan aku ke lapangan terbang, tak ada pula aku bawa keluar. Jadi, harapan terakhir aku, tolonglah iPad Mini tu tertinggal di Aloft. Kalau tertinggal dalam ERL, memang goodbye , sayonara dah la.
Mr. Pokko pun cuba menghubungi pihak hotel. Pihak hotel mengambil masa 20-30 minit juga untuk menghubungi kami kembali. Alhamdulillah, dia orang ada jumpa. Jadi aku memandangkan kejujuran yang di tunjukkan oleh pihak Aloft, aku sangat rekomenkan supaya anda semua bermalam di sini, harga berpatutan, konsep rekaan menarik, plus katil besar dan swimming pool di rooftop, boleh dah budget ala – ala Marina Bay Singapura.
Seperti di perenggan di atas, aku dah kehilangan satu gadget yang sangat penting. Yelah, dalam tulah aku update segala notes, aku nak bersosial network, nak buat kerja, so aku macam patah kaki sikit. iPhone aku pula, wifi chip dah lama rosak jadi boleh bergantung kepada 3g sahaja. Nampak gaya, tak bolehlah nak update gambar Magnum Cafe di Jakarta. Nasib baik, aku still ada si Bloody Baron.
Tiba masanya, kami bergerak ke departure hall. Ramai juga orang yang dah sedia menunggu, sebab tempat duduk pun penuh. Jadi kami pun ambil peluang menangkap gambar “burung biru cair”, dah macam kapal terbang Manchester City pun ada. Orang ramai dah mula beratur nak masuk ke dalam kapal terbang. Kami pun terus menuju lane kelas perniagaan. Dan di sini berlakunya insiden kedua.
Sewaktu kami sedang berjalan nak masuk ke kapal terbang, ada seorang ground staff memanggil kami, yang aku ingat dia ada sebut “sekali ke? ,” jadi aku pun menyatakan “ya,” bermaksud aku dan Mr.Pokko. Tiba – tiba, staff ni cakap, “beratur dekat sana,” sambil menunjuk ke arah lane yang panjang. Aku dalam hati macam pelik, so aku terus tunjuk tiket, “tiket ni bukan masuk lane sini ke??” dalam nada yang agak sinis. Selepas di periksa , terus kata “Oh, boleh”.
Mungkin masa tu aku tengah gusar pasal iPad yang tertinggal jadi hati macam senang nak marah orang, tapi tolonglah periksa dulu tiket pelanggan kau. Mungkin sebab kami tak pakai beg LV, dress up Gucci dan Armani jadi dia main assume sahaja. Tapi , aku tengok ada je Mat Salleh berseluar pendek dengan berselipar masuk, dia lepaskan tak payah check pula.Double Standard. My point is, sebelum buat apa – apa keputusan, periksa dahulu. Atleast minta nak tengok tiket untuk double confirmation. Sedih sikit, sebab ground staff bukan staff KLM, tapi staff MAS. Lain terus dengan pengalaman sewaktu balik dari Jakarta nanti.
Mungkin benda kecil, mungkin tak patut di panggil insiden, mungkin gara- gara iPad, tapi cuba bayangkan aku ni tukang survey, nak tahu kualiti perkhidmatan macam mana, memang aku bagi gagal je. Jadi kita lupakan insiden ini, attitude biasa, judge book by its cover. (Maaf banyak pula speaking iyer).
Setibanya kami di tempat duduk dan melabuhkan punggung di atas kerusi, kami di sapa mesra oleh pramugari. Dari sepanjang pengalaman aku naik kapal terbang, aku rasa pramugari flight ini yang paling ramah dan terbaik. Kebanyakannya, orang – orang lama. Quality is more important than appearance. Lain orang lain pendapat, ini based on pendapat peribadi aku sahaja.
Sambil menunggu untuk tiba di Jakarta, kami berdua sempat bergambar dengan pramugari. Nasib baiklah Mr. Pokko hebat berbahasa English, dia cakap “Hello, can you please lend us a smile?” Jarang orang nak minta pinjam senyuman, selalu orang minta pinjam duit.
Tak sempat pun nak terlelap, yelah perjalanan tak da lama sangat. Sampai sahaja di Soekarno – Hatta International Airport, terus ambil teksi dan menuju ke hotel yang terletak di Jakarta Barat. Selalunya kalau ke mana- mana, aku duduk di hadapan, tapi kali ini Mr.Pokko duduk di hadapan sambil berborak dengan pemandu. Kagum juga aku tengok kelincahan tutur bicara dia dalam bahasa Indonesia, kalau tutup mata boleh terbayang cerita sinetron Puteri Yang Terbuang.
Aku tak berapa ingat berapa lama masa yang di ambil untuk sampai ke hotel, tapi rasanya dalam 30-45 minit, itu pun taka da macet (Traffic Jam). Bila sampai sahaja di kawasan hotel, tetiba dapat notification dekat telefon. Rupanya kalau pakai prepaid Hotlink dia akan Auto Roaming. Ada deal untuk internet access. Apa lagi terus beli, kahkahkah. Tapi silap juga, patut aku beli sim card di Indonesia, lebih murah dan gignya lebih besar, Mr. Pokko ada beli.
Dalam teksi ini juga aku tak tahu kenapa, lagu Dewa 19, Cintaku tertinggal di Malaysia. Macam kena je dengan tema kali trip kali ini KAHKAHKAH. Lagu yang mana? Aduyai, takkan tahu ? Alah yang
“ Duhai kekasihku Cintaku tertinggal di malaysia Haruskah aku kembali Untuk bersamamu “
Tapi bila tengok balik lirik lagu, lagu ini pasal lelaki ini jatuh cinta dengan perempuan dekat Malaysia dan nak tinggalkan kekasihnya di Jakarta. Okay. Cancel. Cancellah sangat, tiap kali ada peluang aku menyanyi juga lagu ni. Sorry awak hahaha.
Oh, lupa nak beritahu, kali ini kami menginap di Pullman Jakarta Central Park. Pada permulaanya nak menginap di Pullman Jakarta tapi di sana biliknya enggak (tiada) ada kosong. Pasal hotel Pullman nanti aku tulis dalam entri yang lain. Lepas check in, kami terus bersiap, mandi , solat, dan berehat menghilangkan lenguh badan.
Lokasi Pullman Jakarta Central Park ini juga agak strategic kerana terdapat dua mall yang berdekatan iaitu Ciputra Anggerik Mall dan Taman Anggrek Mall. Plan untuk mala mini nak bersantai di Hard Rock Café Jakarta jadi kami mencari sesuatu bagi mengisi perut yang lapar. Dalam Taman Anggrek Mall ini aku terjumpa Mee yang sedap ini. Aku tak tahu sebab aku lapar dia sedap atau memang sedap, sedap. Tapi kali kedua datang makan, memang mee dia sedap. KAHKAHKAH. Harga makanan dekat dalam Mall macam biasa macam mencekik darah sedikit, Mee macam ini dah dekat 12 Ringgit. Walaupun aku jutawan (rupiah) tapi mahal juga bila convert iyer?Next station adalah Hard Rock Café Jakarta.
Jadi ini adalah tempat pertama yang kami jejak. Tujuannya aku nak ke Rock Shop untuk membeli sehelai baju sebagai kenang- kenangan malangnya baju yang aku prefer dah habis stok dan saiz. Jadi pusing punya pusing, aku beli sehelai baju berlengan panjang.
Selepas membeli (tak ada belah, sebab sehelai sahaja kan?), kita orang di sapa oleh pekerja Hard Rock Café, dia syorkan kita orang lepak dahulu sebab ada live band. So why not? Makan Nanchos sambil mendengar live band di malam hari , not to mention ada seorang pakcik ini menyanyikan lagu untuk isteri, All Of Me. Meamng romantic habis cara dia, walaupun suara pakcik pitching tak sampai (sejak bila aku jadi guru kelas vocal pun tak tahu ).
End for the 1st day in Jakarta.
*By the way, satu benda yang aku perasan, teksi di Jakarta sangat murah. Kalau nak di kira perjalanan dari Hotel kami ke Hard Rock boleh tahan jauh, tapi hanya kena less than 10 ringgit. Kalau dekat Seoul, hmmmmmm jangan kata Seoul, dekat Kuantan dari ECM ke Mega pun nak rm10.
6 Responses
Hi ada enrich miles yang nk expired or tak guna? Kalau ada saya nk beli!
berapa nak beli tu hehehe
Gitulah buat comparison teksi Seoul kannn.
Soalan disini. Macam mana teruskan permainan COC sepanjang kat Jakarta? hihi
Hahaha nasib baik tak berminat untuk bermain COC, lebih kepada Rival Kingdom KAHKAHKAH. Itu je tempat yang terpahat di hati , nak buat macam mana
Aku pernah naik KLM pi jakarta gak dulu…mmg staff diorang terbaek…siap naik malam krismas, diorang nari2 atas flight masa edar makanan…pastu tak henti duk tanya nak pape lagi tak, wpun kami sekadar duk di economy…buat hakak2 yang perak biasa naik AA jer kan, harus laaa macam-macam minta masa naik ni…memang terbaek!
wah sampai menari- nari memang menarik sangat pengalaman tu hehehe. Mesti meriah dengan suasana krismas. Tak apa, minta selagi boleh minta