Assalamualaikum Semua!
Annyeonghaseyo!
안녕하세요 !
이드 /Eid Operating Hours: Selasa - Ahad | 11.30 pagi - 9.00 malam
Kali ini aku nak kongsi tentang sebuah tempat makanan Halal yang terbaru di area Itaewon iaitu Eid. Aku berpeluang untuk mengunjungi Eid minggu lepas sewaktu aku sedang membuat Sakura Hunting di Seoul. Eid ini dimiliki oleh Encik Yusof dan anaknya , Saad. Gadis-gadis tolong jangan nak mengorat ye, Saad ini sudah berpunya hahaha! Kalau nak di ikutkan, kedai ini tak susah pun nak di cari sebab berada di belakang masjid Itaewon sahaja. Kalau sesiapa yang tahu jalan belakang masjid Itaewon, anda hanya perlu berjalan terus, Eid akan berada di sebelah kiri anda.
Kalau sesiapa yang menghadapi kesukaran , boleh rujuk panduan bergambar dekat sini. Selepas anda melewati kedai Muree Muslim Food Restaurant, jalan depan sikit sahaja, tak adalah sedikit, menapak dalam 150 meter dan anda akan nampak Eid.
Jadi apa makanan yang ada dekat Eid ini? At the moment, Eid ada menyajikan 4 jenis makanan (aku dan Zaidi hanya berpeluang mencuba 3 daripada 4 makanan tersebut).
1) Beef Bulgogi
2) Bibimbap
3)Grilled Fish
4) Samgyetang (ginseng Chicken Soup)
*Aku ada ternampak pelanggan lain makan dishes yang berbeza daripada menu. Untuk dishes tersebut, anda semua kena pre order terlebih dahulu.
Ini salah satu makanan korea kesukaan aku, mungkin disebabkan aku 70% karnivor hehehe. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan daging.
Grilled Fish di Eid ini memang terbaik. Tak dapat nak di gambarkan kelembutan ikan tu bila masuk ke dalam mulut kau dan bertemu dengan gigi. Dia punya juicy mak aih, kena cuba sendiri baru tahu.
Ini pula adalah favorite sahabat aku si Zaidi. Sayur , daging dan nasi. All in one. Dia punya rasa memang terbaik.
Setiap hidangan yang kita makan akan di sertakan dengan Banchan yang kita boleh refill secara percuma. Di Eid, anda akan di sajikan dengan ..
Sementara tengah relaks-relaks bermain internet, (yes di sini ada wifi free, dan aku pun baru tahu sewaktu kunjungan kali kedua aku ke Eid) anda akan di sajikan dengan homemade tea by Eid. Rasanya boleh tahan.
Encik Yusof dan Saad sangat peramah. Jadi bila anda semua makan di sini terasa macam makan bersama keluarga instead of kedai makan. Kepada yang inginkan info yang lebih lanjut tentang Eid, boleh melawat halaman facebook mereka di sini.
Kepada yang ingin mengunjungi Eid, aku sarankan supaya booking tempat terlebih dahulu kerana kawasan kedai yang agak kecil dan selalu penuh. Bila penuh mestilah sedapkan?
Budget untuk makan di Eid lebih kurang 8000 – 12000 Won, lebih kurang RM28- RM42 per dish.
Eid beroperasi dari hari Selasa sehingga Ahad dari 11.30 pagi hingga 9 malam. Hari Isnin tutup. Jadi jangan pergi hari isnin , takut kecewa.
Apa-apa pun, aku sangat rekomen anda semua untuk ke Eid untuk merasa sendiri home made Korean Food. 5 :star:
P.S 축하해요 to brother Saad being feature in Korean Herald. Hope to see you again this autumn. InsyaAllah.
P.S I want to try those special menu next time.
20 Responses
Harapla ciku dapat g restoran baru ni this coming autumn.Nanti nak stori kat member yang sesama nk g ni..tq info
pergi – pergi, jangan tak pergi
alhamdulillah dapat dah rasa beef bulgogi kat eid restaurant tu november baru ni.tq info..memang terbaik seedap.
i should have read your entry earlier lah sbb hari tu nekcik pergi kat Itaewon..muree dah tido..takmo makan kat sarah tu..so dengan keciwanya x dapat makan dakgalbi
Hehehe, sini lebih sedap and its cheaper. Nanti link kan blog supaya senang nak bacca eentri terbaru hihi
sedap pula tgk menu ty.. walaupun tak pernah merasai makanan korea…
Saya sarankan untuk mencuba di Sweetree Ampang . Mana tahu nanti berkenan
*telan air liur*
uih jangan yueyue, sabar
Ugh! Boleh 2x nak pegi tapi cancelled? Next trip nanti harus terjah. Xpernah lagi makan samgyetang kat bumi Korea. Sambil cuci mata. Haha.
rata- rata semua nak cuci mata sahaja ni. Tak tahulah samgyetang tu rasa apa, tapi nampak macam enak bah
Harus terjah juga next trip!
amboi~ bila pergi tu
Harus aku terjah nanti… abg saad tu encem jugak yer huhuhu
Hands off!! hahaha maroh girlfriend dia nanti hahaha
fuh..
nampak macam sedadp aje woo..
bak cikit.
bak sikit? bak banyak pun boleh, pergi je ke Eid
Yeay aku pun sukaaaaa EID!samgyetang dan bulgogi dia…perghhhh terbaek!serius sedap giler…aku puji sebab mmg sedap bukan sbb anak dia comel okeh…tp kecomelan anak dia menambah keseronokan dan kesedapan makanan tu la…kahkahkah…btw, direction ko di para 1 tu, “Eid akan berada di sebelah kanan anda”, tu patutnya kiri kan?kan?
Aku tak sempat try samgyetang tu, sedap eh DJ? ayat kecomelan menambah keseronokan dengan kesedapan tu takleh blah hahaha. Haah, Thanks Dj for pointing it out. Aku duk membayangkan kanan sebab menghala balik dia belah kanan kahkahkahkah