Tajuk mungkin akan menyebabkan anda tertanya-tanya tentang apa yang saya maksudkan dan kalau nak tahu kena teruskan membaca.
Hari ini selepas bangun dari tidur, saya mendapat mesej daripada Rifa yang mengajak saya bermakan di Mc Dono (ok takde perkataan bermakan),katanya Sarra ingin membincangkan sesuatu.
Setelah sampai, saya melihat mereka sudah berequip dengan prosperity burger yang enak dan lazat.Kerana masalah perut yang kurang sempurna, saya telah membatalkan niat untuk bermakan prosperity burger.
Ingatkan hanya saya, Sarra dan Rifa, rupanya turut hadir adalah Syaima dan Ain.Meriahlah pulak , semeriah majlis hari jadi yang sedang berlangsung di MC dono TC.Rifa dan Ain telah berjaya menyeludup ayam spicy kfc ke mcDono dan tanpa segan dan merasa bersalah, dan tidak khuatir di marahi oleh Ronald kerana membawa resipi Kolonel sanders ke restorannya, mereka pun melahap dengan begitu hebatnya.
Sewaktu berborak, kami sempatlah menentukan arah negeri Sarawak dari Tc.Menurut Sarra yang menuntut ilmu di Unimas, sarawak terletak terus menuju ke pantai Tc, dan kalau anda mempunyai camera DLSR, sila tukar ke lense, 80-300mm kerana anda berpeluang melihatpatung kucing Sarawak itu dari persisiran pantai teluk cempedak.Tak percaya?sila beli camera DLSr jenama canon dan mula mengendap hari ini juga.
Pelbagai topik telah di ketengahkan seperti, bila nak kahwin,dengan siapa nak kahwin, tahun berapa nak kahwin, saiz seluar kahwin dan tema kahwin di mana Sara bakal mempunyai 2 tema.Kenapa?tanya Sara yer?saya ingin mengucapkan selamat jalan ke Rifa yang bakal ke NZ tak lama lagi, di harapkan dia berjaya mendapat husband yang mempunyai susu yang banyak, eh,husband yang mempunyai lembu yang banyak.Jadi bolehlah kawan-kawan menikmati susu lembu yang segar.
Kepada Syaima, sila kawal imaginasi anda, kerana Sara mungkin akan emncari permintaan Hello Kitty anda nanti apabila ia pulang ke Sarawak nanti.(bayangkan Sara busy menyelak kain-kain, untuk mencari corak hello kitty untuk anda nanti).
Kepada Ain, selamat kembali ke Peyrock, kalau senang-senang sila turun KL kerana tidaklah jauh KL dengan PeyRock itu.
Selepas makna di Mc dono, saya menuju ke Ecm bersama Ai.Nak check internet problem dengan Maxis.Pelik betul, semalam boleh online, kemudian tak boleh pula, jadi saya pergi ke Maxis di Ecm untuk bertanyakan hal tersebut.Setelah duduk dekat sejam, kedai tersebut tak boleh menyelesaikan masalah saya.Kecewa juga, nampaknya terpaksa ke Maxis Centre besok.
kalau sesuatu benda tu tak menjadi, saya memang tak puas hati, jadi duduk selongkar kiri kana, picit sana,picit sini, touch sana,touch sini, slide sana, slide sini.Last-last walah!!!Boleh okey…~Nampaknya boleh lah saya jadi pekerja maxis gini haahaha,yang kelakarnya dari tadi tokey tu asyik cakap pasal firmware.Tak ada kena mengena pun.ngeh~
Sempatlah saya merembat sarung untuk 4, dan sempatlah jugak saya meleburkan duit untuk satu lagi screen protector.Tak tahulah,tapi saya rasa cantik jep warna bekas ni.nanti balik Kl cari lagi hehehe
Words hari ini “CACA, WAt WAT wat?”
P.S Facetime anyone?
4 Responses
Sorry rifa, ucap terawal dulu huhu
erk? org na pegi lambat lg la. ckp mcm na pegi dah jea. huu. tetibe rase sedih ;(
eh?u boleh facetime?
jom facetime! :D