Teknologi komunikasi zaman berzaman

Cuba renung kembali, berapa banyak handset/handphone/telefon bimbit yang pernah anda miliki hinggalah sekarang.Korek punya korek, korek laci bukan lubang hidung okey, saya menjumpai kembali khazanah lama, tinggalan zaman-berzaman, bukan kicap tapi handphone lama saya.Tak silap saya,saya mula mengenali handset sewaktu saya form 4,kalau saya tak silaplah, waktu tu pakai line 010 lagi.

Jadi inilah rupa handset pertama saya.

warna green, still cantik , ada antenna ok

Bila saya dah meningkat besar sikit, saya mula mengenali jenama.Ketika ni nokia dan sony ericsson hebat bersaing.masa tu saya minat uncle Jalal dalam who wants to be a millionaires ?, ala sony ericsson yang dia pakai tu T20 kot tak silap.Time tu cerita matrix kuar, nokia neo pakai tu pun semart.Tapi walau apapun saya hanya bertukar kepada nokia 3210.

dah berabuk skit, time ni dah tak ada antenna dah hehe

lama-lama kemudian, saya bertukar kepada 3310.Time tu 3310 nokia ni comey, die kecik skit dari abg dia 3210.

ini bukan gambar dia sebenar,yang sebenar warna kelabu

Tepon ni saya bagi dekat mak saya selepas beberapa ketika.Saya tak tangkap gambar original pasal, saya tak tahu kat mana mak saya letak, so malas nak cari.Sekarang mak dah pakai phone lain dah :-D.

Mesti anda semua tanya sebab apa saya bagi phone ini dekat mak?sebab saya dah beli phone yang paling latest waktu itu.Tepon yang agak famous ketika itu adalah… 6600 nokia atau di kenali dengan nama sabun.

maaflah,tepon ni banyak berjasa, beberapa kali saya try repair, dari tukar body semua, sampai lah keypad sampailah housing...

Masa saya pakai tepon ini saya tengah menuntut diploma.Seketika kemudian saya membeli lagi satu telefon iaitu nokia n73ME(music Edition).time ini duit banyak sikit sebab ada sedikit bisnes underground hahaha.

N73 ini bukan saya punya, saya ambil gambar dari internet..

dalam banyak-banyak phone saya, ini je yang hilang.Tepon ini hilang masa saya accident dekat ulu yam, jadi kalau sesiapa yang rajin lalu dekat ulu yam tu, try la tengok dalam gaung tu, mana tahu boleh jumpa n73 me saya ini.Tepon ini jugaklah saya first time berkenalan dengan teknologi 3g.Dulu rajinlah 3g dengan gf.Kepada yang ada 3g jangan salah gunakan 3g macam kami :-P .

Selepas beberapa lama tidak ada handset, saya yang mulai sembuh dari ekcederaan merindui teknologi komunikasi.Masa itu james bond tengah famous balik, jadi C902 sangat-sangat menarik hati ketika itu.Cara buka kamera, those blue led light, pergh!! futuristic lah orang kata.Jadi setelah meminjam sedikit duit yang memang takde time itu, saya pun sempat merembat sony ericsson c902.Saya bukan anti dengan sony ericsson tapi setelah pakai c902 ni, pendapat saya, sony ericsson agak lembab sikit O.S dia.

'Im bond, james bond"

Kemudian, muncullah product dari Apple , dalam tahun 2007 tak silap saya.masa tu saya kurang sikit dengan Apple ni pasal kalau kata apple, saya suka yang warna hijau je.Dan saya rasa touch screen adalah sangat leceh, sampailah saya diperkenalkan dengan sesuatu yang di gelar iPhone.Masa mula mencuba (ketika itu milik sepupu saya adalah 2g first generation) memang agak menarik juga.nak – nak selepas mencuba aplikasi nya sendiri.Terus saya jatuh hati.dan akibatnya dari kejatuhan hati tersebut, saya berjaya memiliki sebiji iPhone generasi 3g.

3g yang comey~

saya memakainya hingga kini.dekat setahun juga saya pakai smartphone ni.Tapi kehebatan Apple meng improvekan aplikasi dan function smartphone ini dari hari ke hari memang hebat dan mengujakan sesiapa saja.dan baru – baru ini, setelah di gembar- gemburkan untuk beberapa lama, dunia di perkenalkan dengan 4, iPhone 4.And like they say “this changes everything.Again.”.

Boleh facetime dengan yang tersayang secara percuma =)

Bagi sesiapa yang berminat nak tengok review, boleh pergi dekat member saya ni.Bukan apa, saya malas nak tulis review – review ini.

Selepas ini?siapa tahu… :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »