Lama – lama dulu, ada satu taman dekat kuantan yang sangat terkenal dan disayangi oleh warga kuantan sekalian.nama dia taman teruntum atau di kenali sebagai taman monyet.Taman teruntum ini di gelar taman monyet kerana begitu banyak monyet yang berkeliaran di sekitar taman ini, disebabkan terdapat kawasan hutan yang masih lagi meliputi di sekitar taman ini hinggalah ke teluk cempedak.
Hari ini saya ingin bercerita tentang taman teruntum ini serba sedikitlah.Sebelum pergi ke taman teruntum saya telah singgah di sebuah kedai makan bernama di Dislee yang terletak berhampiran dengan kuantan plaza.Di temani Ai yang sedang lapar, saya telah mengorder nasi paprik sotong.NAsi dia sedap tapi sedikit pedas.Pedas menyelor orang tempat saya cakap.
Setelah penat dan berpeluh-peluh serta berhempas -pulas makan nasi paprik tersebut, saya dan Ai bergerak menuju ke Celcom untuk membayar tunggakan bil telefon, (takkan bil elektrik pula kan?).Seketika kemudian, Ai menyatakan hasrat hati untuk makan aiskrim, so untuk memenuhi kehendak beliau ,kami singgah di MC dono Tc yang memang serabut dengan monyet eh orang yang berkeliaran , eh mengunjungi kawasan pantai itu.Setelah tiba,kami mendapati,orang begitu ramai dan menyebabkan keinginan untuk beraiskrim telah terbantut.Jadi kami bergerak pulang.
Sampai di selekoh istana, Ai menyatakan hasrat untuk emlawat kawan-kawan beliau di taman teruntum , jadi saya pun memusing kan stereng kereta dan bergerak menuju ke taman yang telah di sebutkan beberapa kali sejak dari tadi.
okey antara yang sempat di lawati disini adalah…
Selepas berpusing -pusing, saya pun penat dan pening.Tangan pun dah bau kuda.Jadi ambil keputusan untuk ambil angin di pantai belakang.Dekat sini ,ternampak sepasang pasangan yang baru kahwin mengambil gambar kahwin mereka,siap blazer dan gown lagi.Kemudian keluar sepasang pasangan lain dari sebuah kereta berhampiran.Si isteri sarat mengandung, dengan perut yang buncit keluar dari kereta sambil mengeluarkan kata-kata ini “aduh sakitlah, bodoh ar abang ni”, hurm~~
Nota daripada saya: tidak elok memanggil suami anda bodoh, walau sebodoh mana pun suami anda…
2 Responses
huhu..comel la ai n rakan2nye..ngee~~
nisa:ai dan rakan-rakannya?yang mana lebih comey?huahuahauhaua