Kenapa saya rindu Nokia

Saya rindu nokia bukan nokla read my word carefully.Ada beberapa sebab saya merindui Nokia.

1.Keypad

Dulu kalau nak menaip, kehebatannya sampai tahap tak perlu nak melihat papan kekunci ataupun keypad inis.Sambil pejam mata pun boleh taip lagi,entah-entah kalau diberi peluang, tidur pun boleh taip lagi.

saja upload, pengguna iphone tak pernah jumpa mende ni

2.Bluetooth

Selalunya kita berbluetooth dengan kawan-kawan.”Wei transfer lagu 50 cent dekat aku,In da club” (time tu ar).Jadi banyak pulak lagu-lagu dalam list phone tu.

Bluetooth juga boleh digunakan untuk menghantar video dan gambar ada video klip hot jer boleh transfer, video clip music maksud aku.Ada gamabr hot, alah tangkap pakai camera orang lain transfer ke phone sendiri pasal megapixel orang lain lagi tinggi lol..

Selain tu boleh juga main game bomb2 ikut bluetooth , aku tak ingat nama specific dia tapi aku tahulah dia main bomb2, sapa ingat tolong ingatkan aku yerp “Tolong ingatkan aku~~” ana raffali sekali.

bluetooth

3.Ringtone

Tak payah susah-susah nak ada procedure boleh je cut teruih, dan jadikan Mp3 untuk di jadikan ringtone.So lain orang , lain ar ringtone dia kan.

4.Voice call caller

Aku tibai je bubuh nama tu, dia ada satu setting yang boleh korunk settingkan dekat phone direct teruih, jadi bila mak korunk call dia akan bunyi ringtone dan nama pemanggil konon ar ” I know you want me, MAK, You know I want you, MAK” (lagu pittbull selang seli dengan nama mak korunk hahaha.

5.BAttery

Battery Nokia kalau charge tak payah charge tiap-tiap hari, dia boleh charge sebulan sekali jer ,(kalau hangpa tak pakai phone tu lah) tapi kalau pakai kena lah charge atleast selang sehari.lainlah kalau hang ni kaki gayut dengan pakwe dok sembang mende tah sampai pagi.

6.Video Call

Kepada yang sempat , bukan kepada yang menggunakan telefon yang ada dua camera ,boleh ber3g, jadi boleh lah nampak awek hangpa dalam screen kire boleh lepas rindu, lepas rindu cara guane,aku tak tahu ar kan, jangan pulak salah guna gi buat video sSSS pulak kan?

7.Memory card

kalau nak transfer data, boleh transfer directly jer, boleh pinjam memor card then cucuk dalam memory card reader boleh ambil apa yang patut.AMcam gambar ke, lagu ke,video ker kan?kapasiti pun dah tinggi, la ni aku tak tahu berapa tapi dulu aku pakai 128MB je untuk nokia sabun aku dan 2g untuk nokia n73 ME aku.

8.Boleh tukar-tukar

Aku selalu tengok orang tukar housing henphone sebenarnya aku tak pernah buat pun, time die dah barai teruk ,calar balar,sampai keypad terkeluak, barulah aku antar service tukar semua sekali.Tapi feel die tak sama macam original, mahal gak kena time tu, dalam rm80 hinggit tak silap.Tak tahulah kalau aku kene kencing ke atau memang price die time tu lagu tu…

housing housing

9.emulator

Dulu macam-macam emulator aku letak dekat dalam nokia , siap boleh main GBA,NES dan SNES dekat phone pergh memang terbaik.Habis jugak aku pokemon yellow tu tau dop.Tapi nak buat benda ni kene ada technical skill skit, kalau tak gi kedai emamng hangpa kena tibai berpuluh ringgit lah dengan tokey kedai.

10.File manager

Ini kita boleh susun-susun fail dan boleh buat private file, alah macam kita tak nak bagi orang tgk gamabr tak patut kita macam gamabr -gamabr hot , contoh macam gamabr kita tengah korek idung ker, tgh pakai seluar dalam ke,tgh berkemban ke, dan juga terjatuh semasa bermain ice skating.So boleh lah kite sorok-sorok gambar-gambar ni.

tapi bila fikir -fikir balik kan , dengan adanya smartphone sekarang ini, and I was talking about iPhone in particular, semua benda tu dah boleh achieve pun.

Tanpa keypad – jadi tak payah nak sakit jari kan?and kalau drive tak boleh type msg save dekat situ.

Bluetooth- boleh jer bluetooth macam Nokia tapi advantage dia,kami ada itunes, so boleh download movie teruih ke dalam handset LoL.

Ringtone dan voice call caller – ini pun boleh dengan berbekalkan sedikit technical skill.

battery- kalau tak on kan 3g, battery boleh tahan lama, 3g yang drain kan battery sebenarnya, and with countless apps like twitter and fb and whatsapp, semua ini memerlukan connection yang pantas so 3g kene on jugak.Tapi ada 3rd party gadget yang menawarkan extra battery life.

Video call- facetime hanya boleh dgn Wifi,saya ulangi dengan Wifi, which means its free, tapi kalau nak ber3g juga dont worry sebenarnya dengan ada Cydia 3g calling through iPhone boleh yerp..hehehe

Tukar-tukar housing-since bentuk dia sudey menarik dan teliti dalampembikinan,who needs to change the housing?tapi kalau nak tambah seri, boleh je beli casing untuk iphone yang pelbagai, but I like it original, no rubber like botox and silicon case like silicon implant hohoho.

Memory card- okay we have 32gig , tak cukup lagi eh?hehehe

emulator, yup memang best ada GBA dan NES dan SNES zaman nokia but now my iPhone can emulate PSX,N64,plus SNES,NES and GBA flawlessly.

Jadi walaupun saya rindu Nokia, itu bukan bermakna saya akan berbalik kepada nokia semula, I miss the old times, but people said, the wrong gadget need to be let go so the real one can replace them .Don’t you agree?

Tapi ini saya cakap pasal nokia versi lama lah, bukan nokia sekarang, sebab saya rasa mesti sekarang dah advance kot.

Once, ada seorang aunty ini bercakap dengan saya tentang C3.Saya tak tahu C3 tu apa, saya ingat dia cakap pasal kereta hahaha, then bile dia mention tentang harga balckberry dengan c3 saya macam “aunty, C3 tu henfon eh?” hahaha… pelepek kene pukul sebiji..I deserve it I know.Yelah mana nak tahu, kalau tahu pun 3g,3gs,4…and some of those bold, touche, xperia haaa, tahu ler …

Maaf yer readers,saya meamng tak keep up dengan nokia so sorry lagi sekali.People said when you go Mac , you never go back, But i said when people go apple they won’t go Back.

P.S mana lah tahu, BMW bawak kelaur kereta baru, dulu X3,X5,X6 kan?sekarang C3,C5,C6 ..lagipun aunty tu loaded, mana aku tahu dia cakap pasal henpon bukan kereta LoL!!!!!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »