Hello World!!!!
Okey Okey Okey.Malam ini , topik kita adalah senyum.Siapa tak pernah senyum sila angkat tangan macam saya.(Haaa, awak , ye , awak, awak yang tengah baca perkataan saya tulis ini sambil tersenyum, kenapa awak angkat sama?kan saya kata siapa yang tak pernah senyum je leh angkat tangan,by the way, nice smile~).
Okey Okey Okey.Kenapa nak cakap pasal senyum?Sebab orang tua-tua kata, senyum itu sedekah, tapi, ada tapinya pulak .Kalau orang datang dekat anda minta sedekah, sambil menghulurkan tangan, atau menghulurkan tabung,jangan pula buat cerdik pandai berdegree dalam bachelor in bodoh sengal pergi mengukirkan senyuman,sebab silap hari bulan , penumbuk atau penampar yang di hulurkan pula.
Senyum sebenarnya bagus untuk awet muda, sebab kita kurang menggunakan otot muka apabila senyum berbanding dengan bermasam muka.Jadi sebab itu sesiapa yang suka masam muka tu, selalunya nampak tua dari umur dia yang sebenar.(ooooooo, patut ar princ3 muda, eh, mekacih~)
Tapi, ada rang kata senyum ini bahaya juga, sebab kalau senyum seorang-seorang nanti anda akan di cop gila.Tapi sebenarnya teori ini tidak boleh di pakai sama sekali,kerana setiap perbuatan kadang-kala ada sebabnya.Contoh kalau dalam kereta tengah memandu seorang, tiba-tiba anda teringat, anda tersalah masuk toilet, dan tiba-tiba tanpa disangka dan di duga, otot -otot muka anda mengembang dan satu senyuman di hadiahkan ke dashboard.Bagi anda muka gembira mengenangkan perkara itu, tetapi abang motosikal yang baru lalu akan melihat, “Eh, tak siuman ke budak perempuan ini?”Haaaa tu dia, kan dah kena tak siuman FOC.Tapi kalau kita happy, pedulikanlah apa yang orang lain nak kata kan?
Translation:Malulah nak senyum nampak gigi, saya tak ada gigi lagi.
Kenapa orang kata kalau senyum seorang tu dikatakan gila?Adakah semua orang gila itu senyum?Saya rasa tidak kan?Kadang kala ada yang merapu yang bukan-bukan (saya merapu, adakah tanda-tanda nak gila atau sudah gila?) kalaulah orang gila semua senyum,maknanya mereka adalah the happiest person in the world betul tak?Jadi siapa nak jadi gila?angkat tangan, macam, macam, hurm…angkat je tangan..tak boleh macam saya, sebab saya tak angkat hahahaha.
Senyum banyak makna.Ada yang tersembunyi, tersirat,tersurat,tergeliat,tersimpul mati, terbengkang -bengkong dan pelbagai lagi.Ada orang kata senyuman lelaki bahaya da tidak boleh senyum sesuka hati.Sebab kalau silap hari bulan perempuan mudah terpikat, “Eh, betul ker?” bahaya macam ini,tapi kalau tak senyum nanti akan di cop “Eleh, sombong, budget handsome sangat lah,kerek ar” kalau pembaca(lelaki di tujukan begitu, sila jawab dengan penuh kesopanan “nak kata saya handsome sangat itu , tidaklah,tapi kalau buang sangat,still handsome la juga” haaaa jawab gitu.
Tapi kadang -kala (berapa banyak tapi ar, dari tadi tapi, tapi, cuba tukar but ker, by the way ke, ke kan?tak kreatif langsung lah saya ni….) Ok Ok Ok… jadi sebenarnya yang lebih senang adalah senyum, sebab senyum adalah ubat kepada segala penyakit , “DON’T WORRY BE HAPPY” adalah slogan yang sangat dikenali ramai dan patut di praktikan di setiap tempat , tak kiralah universiti ke, pejabat kerajaan ke, rumah flat ke,ataupun balai bomba.
Tapi biasalah, kalau ada yang baik ada juga yang buruk, pro dan kontra akan sentiasa wujud.Yang buruk tu macam kalau kita senyum dekat orang (lelaki ar khususnya) si wanita atau kaum hawa yang agak kekerekan sikit akan memekik “Apa, senyum-senyum ?gila ker?” kalau anda bertemu dengan dengan wanita hot, berkata demikian sambil tersenyum ikhlas (bukan senyum sinis atau senyum cover gigi atau senyum menawan tapi senyum ikhlas je) seraya berkata “Ha ah lah, saya gila,gilakan awak” … kalau tak dapat nombor telefon lepas tu, jangan panggil saya, atleast dapat BBM pin hehehe.
Oleh sebab itu teruskan senyum yer…tak kiralah gigi anda berkarat ke, berbraces ker, berkedepan tak dapat tutup bibir ke, atau kuning, dan tidak juga lupa rongak , senyum je, sebab dengan senyuman anda boleh jadi kacak, kacak luar, kacak dalam dan kepada wanita boleh jadi cantik luar, cantik dalam.Jadi senyum aja, supaya dengan enyumana anda , anda akan turut menjadi alasan orang lain untuk senyum bersama.Kerana seperti menguap, senyum juga berjangkit, tapi ini penyakit bagus tak perlu panggil doktor.Ini penyakit gembira.Okey ,Keep on smiling guys…. :evilgrin: .
P.S:sampai sekarang masih bermain di fikiran kenapa kambing ini berbrace…
4 Responses
err…x leh nak senyum sekarang.waktu2 genting
hahaha try senyum jer
:yes: senyummm x perlu kata apa-apa :chic: :fingersxd: :-)
:)