I show you mine, if you show me yours..

Tajuk nak best je kan?nak cerita pasal sesuatu yang sedap dan enak kepada anda semua.Beberapa minggu yang lalu, setelah tamat menonton cerita narnia, saya dan kenalan dan kawan-kawan, melepak kan diri di Midnite food centre.

Dah awal pagi kot masa tu,dan muka masing-masing masih lagi ceria kerana ..kerana..kerana masing-masing ada sebab nak cerialah, mana saya tahu, tak pergi pula, tanya kan.Seperti biasa, kalau dulu,waktu muda-mudi, selalunya mereka yang berhandset akan berbusy untuk bersms dgn pasangan , tak kira lah awek ke balak ke.jadi instead of berborak, everybody is very preoccupied dengan handset masing -masing, sama ada touch screen atau pun yang berbutang.

Tapi lain pula situasi kali ini, dan masa kini, masing-masing berbusy bermain dengan satu permainan video yang dinamakan telur ninja, eh bukan telur, buah ninja, Ninja Fruit orang putih panggil.

menu utama

misi permainan ini adalah untuk tidak menjatuhkan telur -telur, eh buah-buah ke atas lantai dengan cara memotong buah kepada dua bahagian, menggunakan jari-jemari anda.Ye dengan jari pun boleh~ cabarannya yang harus di lalui adalah untuk tidak memotong bom-bom yang melantun dari bawah screen hingga ke atas screen,kerana kalau anda terkena bom tersebut, akan “TERBABOW!!!” , game over lor.

Jadi pada malam yang bersejarah itu, saya telah di perkenalkan dengan permainan yang sungguh meng’addict’kan ini.Bak kata-kata orang, tak sedar masa berterbangan apabila mula mengadap screen.

saya potong, saya potong
bom-bom durjana
buah buah combo meal

di sini saya ingin kongsi sedikit, di mana pepatah orang berkata “benci berpada-pada nanti bercinta pula, bercinta berpada-pada nanti benci pula”, ada kebenaran kata-kata ini kerana secinta-cinta saya dekat strawberry, agak benci stoberi dalam ni, kerana kekecilan beliau,menyebabkan pemotongan nya agak sukar di lakukan menyebabkan saya selalu…

game over

Orang kata alah bisa tegal biasa sejajar dengan motto sekolah saya dulu.Jadi berkat kesungguhan saya mendalami ilmu potong memotong ini, saya berjaya mencapai…

=)

Jadi kepada yang nak berjaya macam saya ini adalah antara tip-tip dia..

1)Jangan bagi buah jatuh 3 kali
2)jangan potong buah yang ada sumbu menyala (bom laar)
3)main pukul 7.00 pagi, pilih je hari mana yang anda inginkan..
4)mestilah expert menggunakan jari dengan cara latihan seperti mengorek hidung
5)mestilah ada sumber inspirasi, mungkin gadis yang cantik, atau hanya akan tido selepas melepasi certain score.
6)pejam mata untuk 6 point pertama,dan jangan potong buah point ke 7 sebab ia adalah bom ..
7)gunakan iphone yang bukan dalam hd
8)nak improve guna iphone alam bentuk hd
9) bagi yang berjari besar, pinjam iPad jiran sebelah untuk bermain..
10)Mengeluarkan bunyi-bunyi aneh setiap kali game over seperti “ERk!!!”,”AARGHhh!!”,”AUUUWwghh”

Score terkini yang saya ketahui

Saya:667
Adik:621
Abg:591
Missscamp:468
ada beberapa nama yang saya tidak mahu nyatakan di sini kerana score yang agak mengecewakan …

kalau ada sesiapa yang turut bermain permainan ini sila smskan saya score anda, dan anda akan berpeluang untuk memenangi set mangkuk baskin robbin bekas saya makan tadi.Hurry up, saya hanya makan semangkuk jer…tarikh tutup penyertaan adalah pada 31.3 tahun 2018… sekain terima kasih…

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »