Antara Kewajipan Bertugas dan Pingat Jasa Kebaktian

Pelik dengan tajuk tu?Agaklah kan, maaflah pasal terjemahan yang kurang tepat dan agak kelakar tu.Sebenarnya nak cerita tentang 2 permainan video yang hot pada masa sekarang ini, Call of Duty:Black Ops dan Medal Of Honor.

Mari membuka cerita dengan Bismillah dulu.Dua permainan video ini agak di kenali kepada peminat genre first person shooter.Kepada yang kurang pasti first person shooter tu apa, permainan macam Doom,Plutonia,Wolfstein,Counterstrike, dan Half Life adalah kategori permainan video jenis ini.Kalaulah memang anda memang tak tahu tajuk-tajuk di atas, saya saranakan supaya pergi google je.Confirm faham okey?

Siri Call Of Duty memang mendapat perhatian umum sejak COD4:Modern Warfare yang memaparkan senjata-senjata yang berteknologi tinggi dan membawa gamer ke dalam satu pengalaman yang baru.spoiler alert* first time main game yang watak pemain semuanya mati.Diikuti dengan COD5:World at war yang pada pendapat saya , kurang menyengat,memandangkan senjata yang digunakan agak primitif atau senjata-senjata back to basic, ala zaman jepun gitu.Dengan bijaknya siri ini cuba memulihkan pasarannya dengan membawakan COD6:modern warfare 2 yang emnyambung kisah dari modern warfare.Pasaran untuk modern warfare sangat kuat dan besar dan ada ura-ura mengatakan bahawa ia akan men’drop’kan siri COD dan bernaung di bawah MW kerana ia mempunyai pengikut yang tersendiri.Sesiapa yang main pasti memahami apa yang ingin saya sampaikan.Setelah di tunggu-tunggu Black ops menghadirkan diri -pada tahun ini.Jalan ceritanya agak berlainan dari MW tapi tetap kukuh dan kuat.Pelbagai propaganda dan muslihat kerajaan dapat dilihat dari jalan penceritaannya.Cara penyampaian cerita amat menarik, menyebabkan anda betul-betul asyik dengan penceritaannya.*Peringatan jangan bermain terlalu lama, kerana anda mungkin menjadi mangsa 3 rings of death.

mengikut sumber, Black Ops mencatat keuntungan sehingga US$650 million worldwide dalam 5 hari emngatasi rekod MW2, US$550 million, ia juga berjaya mengatasi kutipan filem HARRY POTTER AND THE DEATHLY HOLLOWS yang sekadar mengutip US$ 360 million.

Berlatar belakangkan Cold War, pelbagai senario boleh di lihat dan dihasilkan dengan begitu hebat sekali.Suara-suara watak di dalam Black Ops juga terdiri dari pelakon-pelakon handalan seperti Sam Worthington, Gary Oldman dan Ice Cube.Walaupun dilanda pelbagai kontroversi seperti dari negara Cuba yang menentang penjualan BO kerana membabitkan special force yang di tugaskan untuk membunuh Fidel Castro (sila google) dan dari negara Jerman yang mungkin akan melarang penjualan BO yang mengambarkan kekejaman dan keganasan lebih-lebih lagi terhadap penduduk Jerman.

Walau bagaimanapun permainan ini memang harus di mainkan kepada peminat Call of Duty franchise, kerana ia menjanjikan pengalaman yang lebih hebat dari MW2.

Selepas berjaya menamatkan misi di BO, seterusnya adalah masa untuk Medal Of Honor.Kehebatan grafik pada pandangan saya , adalah lebih kurang sama, tapi tak tahu kenapa,saya lebih prefer COD dari MOH mungkin kerana facial expression dari watak COD lebih realistik.Satu perkara yang saya perasan, dalam MOH dialog semasa peperangan terlalu banyak, dan info-info yang kurang penting terlalu banyak di suarakan di dalam permainan.Permainannya juga nampak agak kaku dan terkawal, bayangkan sekiranya anda ingin menunggu satu misi itu habis dan bila anda tiba penghujung sesuatu misi, anda terpaksa menunggu rakan-rakan anda(NPC) dan mereka akan berbobek (membebel antara radio untuk beberapa ketika) sebelum anda boleh pergi ke peringkat seterusnya.Misi indicator juga kurang jelas, menyebabkan anda, adakalanya stuck dan tidak tahu hala mana hendak dituju.Mungkin ini ‘bug’ yang terdapat di dalam permainan ini.

Berlatar belakang Afganistan pada tahun 2002, misi tumpuannya membabitkan taliban dan Al-Qaeda.Secara khususnya, ia menumpukan tentang peristiwa sekitar BATTLE OF ROBERTS RIDGE.Ini mungkin tidak sesuai kepada pemain yang muda kerana ia menggunakan konsep yang selalu di gunakan oleh pihak U.S untuk memburukkan dunia Islam.

Beberapa negara memprotes MOH antaranya Canada dan Uk kerana di dalam permainan talian, anda boleh mewakili pihak taliban dan menentang askar British.senario ini diaanggap kurang wajar di pihak mereka kerana dianggap tidak menghormati keluarga askar yang terkorban.Kerana protes ini, nama Taliban di tukar menjadi Opposing forces.

Secara keseluruhannya, dari segi kepermainan dan realistik, Saya mengsyorkan supaya anda bermain Call of Duty:Black Ops… walau bagaimanapun tidak salah kalau ingin mencuba untuk bermain MOH.Tapi sekiranya anda ingin bermain kedua-dua permainan video ini, di sarankan anda bermain Medal of Honor dahulu supaya anda tak menjadi seperti saya yang merasa bosan untuk menamatkan Medal Of Honor after the great exprience I had while playing Black Ops, and i don’t mind to go through the CoD BO for the second time rather than finishing MOH huhu kudos~ :laugh:

*Sumber gambar dari google, sumber cerita dari pengalaman :-P

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »