Cydia adalah satu platform yang tidak asing lagi di kalangan pengguna iPhone yang telah mengeluarkan iPhone mereka dari closed source ke open source dalam erti kata lain (pecah penjara, jailbreak).Kalau di ikutkan sekarang, jailbreak adalah legal, dulu tidak tapi sekarang sudah.Tapi ada perbezaannya jailbreak dan juga penggunaan aplikasi cetak rompak hehehe.Oh anda kata anda tidak menggunakan aplikasi cetak rompak?sekiranya anda mempunyai banyak aplikasi tetapi tidak membeli aplikasi tersebut di apps store ataupun mendownload lagu di iTunes themselves, bermakna anda menggunakan perisian cetak rompak yer terima kasih.
Okey,entri kali ini bukan untuk bercerita tentang moral sebenarnya.Entri kali ini adalah ingin berkongsi pengalaman bermain dengan Cydia (bukan si Dia, itu berdosa tahu,unless u r playing boling or something).Seperti iTunes, Cydia menawarkan pelbagai jenis modifcation and tweak for both of your iPhone and iPad.Kepada yang boring dengan passcode normal iPhone boleh try yang ini.
Passcode style macam android
httpv://www.youtube.com/watch?v=4Ydu-z_q7J4
Kepada yang bosan dengan cara slide lama, boleh try aplikasi ini, tapi dari video ini macam yang versi lama sebab yang baru, kita boleh scroll dari atas ke bawah ..cool kan?
httpv://www.youtube.com/watch?v=sfp3-J_KXww
Kepada yang pernah menggunakan handset Nokia, mesti anda merindui fungsi yang boleh mengistiharkan (perghh macam raya pulak kan ?) kemasukan pemanggil, dimana nama pemanggil akan di sebut berselang seli dengan ringtone.Tapi untuk iPhone ini satu aplikasi dinamakan iAnnounce boleh melakukan fungsi yang sama cuma kelebihan dia, anda boleh menetapkan apa yang akan di sebut oleh telefon anda.So instead of the old style calling out the caller’s name, sekarang boleh jadi , “Ada orang call ar,*name pemanggil,jenis telefon,”
httpv://www.youtube.com/watch?v=B6x4FcD_ArA
Kalau nak cakap pasal tweak memang banyaklah kan, so korunk kena try sendirilah explore Cydia ini.Dan yang paling mengejutkan aku adalah kini game PS boleh dimainkan di iPhone dan iPad.Yerp, you heard me, di iPhone dan di iPad.Semalam aku try di iPad memandangkan kapasiti masih ada 46 Gig lagi, try punya try, tak sangka betul dengan keberkesanannya, sebab selalunya emulator ini banyak flaws dia tapi kini sangat-sangat memuaskan hati.Tapi untuk membuat tweak ini anda perlukan sedikit skill dalam SSH software.Tak susah pun sebenarnya tapi nak kena explore lah…
Final fantasy 9
httpv://www.youtube.com/watch?v=iKXBDUVAMtI&feature=related
Final fantasy 7
httpv://www.youtube.com/watch?v=Uq1Ea5kn3IY
nota kaki:Dua-dua kaki ni, eh dua-dua video ni adalah dari iPhone bukan iPad.Kesemua video ini bukan milik saya (takkanlah saya pandai cakap spanish pulak huhuhuhu).Ini di sebabkan saya di landa kemalasan yang amat untuk membuat video sendiri .So have fun eh?