Bila Babi jadi Hero

Agak lama tidak mengupdate blog kerana kebelakangan ini agak kemalasan untuk menulis.Kalau tengok dashboard ini memang bersawang-sawang dah.banyak yang hendak di ceritakan , tapi apa kata kita bercakap tentang sesuatu yang di namakan Gesundheit!

Apa benda Gesundheit! ini?ia adalah sebuah permainan video baru dikeluarkan oleh Konami.Ye saya tahu, sepatutnya entri ini di letak di sini .Tapi saja nak letak sini bagi reader senang untuk access,*skill nak ngelat sebenarnya.Terlebih dahulu,apa itu Gesundheit!?

Gesundheit ini adalah ucapan dalam bahasa jerman untuk di katakan kepada orang yang baru bersin serupa dengan bless you yang di amalkan di U.S.So dari ayat ini lahirlah idea, permainan video yang dikhaskan untuk iPad dan juga iPhone.

Ramai yang berpendapat permainan ini berkonsepkan Cut The Rope, tapi bagi saya , ia menawarkan satu pengalaman yang berbeza.Memang tak sama langsung dengan Cut The Rope.Dalam permainan ini , anda memegang watak sebagai seekor babi yang berwarna hijau, yang selsema.

Pada permulaan cerita,babi hijau ini di sakat dan dibuli oleh babi-babi yang lain.

Setelah beberapa ketika, kampung mereka di serang oleh raksasa berwarna merah dan kesemua babi yang menyakat tadi telah di makan oleh raksasa tersebut (balasan ni).Seekor babi betina pula telah diculik oleh raksasa merah tersebut, dan harapan hanya di galas pada bahu hero kita.

Tapi bagaimana hero ini boleh menyelamatkan cinta hatinya?satu-satu senjatanya adalah hingus atau kahak yang di hasilkan oleh si hero.EEWWW~~~hahaha tunggu sahaja apabila anda sudah bermain, anda akan faham maksud saya.

Hembus-hembus,kahak-kahak

Berbanding dengan Angry bird, di mana, tugas burung-burung pemarah itu adalah untuk membunuh babi-bai yang berwarna kehijauan, permainan ini lebih menumpukan perhatian kepada si hero, babi yang hijau.*Yeah Go Green Pig.Ada beberapa map yang akan anda jelajahi dalam misi anda untuk menyelamatkan kekasih hati.(cliche sungguh, yang menyelamatkan keluarga hanya Sid meier Pirate jer).

dan berbekalkan kahak dan hingus sebagai senjata, anda mesti berjuang habis-habisan.

dan sekiranya anda gagal….

Inilah nasib anda =))

Permainan ini boleh di dapati di dalam dua version iPad($1.99)  dan juga iPhone ($0.99).

*images from google

*mungkin ada yang berpendapat penggunaan perkataan babi adalah kasar, jadi saya ingin memohon maaf terlebih dahulu.Sekiranya ada yang merasa tidak selesa, boleh menukar dengan minda anda perkataan babi menjadi khinzir atau pig.Terima kasih.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »