Cara mengatasi Home button iPhone tak berfungsi

Pernah tak anda tengah seronok menikmati kehebatan iPhone kesayangan anda tapi home button anda tidak memberi respon?Atau anda ingin menggunakan multitasking *menekan 2 kali home button, tapi hajat anda tidak kesampaian kerana home button itu tidak mahu berfungsi?

Tanda -tanda butang home anda mengalami masalah adalah seperti

  1. Terpaksa menekan kuat-kuat sehingga kan timbul perasaan ingin mencampak telefon kesayangan anda itu.
  2. Anda terpaksa mengalami kestressan dan kebuntuan kerana simple task untuk memadamkan background application anda melalui teknik tekan 2 kali di home button tidak berfungsi.
  3. 3.Anda ingin keluar dari sesuatu aplikasi terpaksa mengambil masa beberapa minit lamanya.

Pakar ada berdebat sama ada ini adalah masalah software ataupun hardware.Ada kebanyakan pakar mengatakan cara-cara ini boleh mengatasi masalah tersebut sekiranya ia berpunca daripada software.

  1. buat restore daripada backup
  2. buat clean restoration
  3. gantikan iphone anda , inhi boleh dilakukan sekiranya masih dalam kontrak dan anda tidak menjailbreakkan iphone anda.
  4. berharap yang Apple akan memperbetulkannya dalam firmware yang akan datang.

Tapi setelah mencuba beberapa method di atas, caranya tidak berhasil.Jadi, saya telah di takdirkan bersama dengan sebuah iPhone yang mempunyai masalah butang home button.Dari pengamatan saya, masalah mungkin berpunca dari hardware itu sendiri.Ini disebabkan connector yang terputus menyebabkan home button tidak berfungsi seperti biasa.

Di Youtube ada beberapa cara untuk membaiki masalah ini, tetapi terdapat risiko yang perlu di hadapi dan salah satunya adalah kerosakan kekal pada phone anda dan void warranty dari apple.Sekiranya anda masih dalam warranty, anda di sarankan supaya membawa telefon anda ke dealer yang sah untuk di gantikan dengan telefon yang baru.

Walaubagaimana pun, sekiranya warranty anda sudah tamat tempoh,anda boleh menghantar ke kedai yang mempunyai kepakaran untuk menukar home button anda.Terdapat sebuah kedai di kuantan, yang menawarkan perkhidmatan ini.Dan hasilnya sangat menakjubkan.Jadi untuk lebih selamat, anda boleh hantar phone ke kedai untuk di baiki daripada anda cuba untuk membaikinya sendiri.

*gambar dari google

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

14 Responses

  1. bro sye punye home button x leh function tp fingerprint still bole pakai… kalau tnye kedai diaorg ckp bole tukar home button tp touch id da x bole pakai… ad cara lain x nak atasi mslh ni

  2. ASSALAMUALAIKUM. nak tanya kalau screen iphone jatuh boleh baiki dgn segera tak kat kedai kamu? means tak ambil masa yg lama

  3. salam,,ak ade prob time jailbrek iphone ak…. skrang ni duk kluar kt skren usb cable,errow ngan itunes logo. ak da try reset tp xley bla gak. ak da download cam2 utk setelkn hal ni,tp x ley bla……………………. JADI ADAKAH ANDA TAHU DIMANAKAH KEDAI DIDLM KUANTAN YANG BOLEH SETELKAN PROBLEM NI????

    1. salam,cuba connect kan iphone dengan computer/laptop, lepas tu masuk itunes dan hit restore.Lagi satu cara adalah dengan hard reset.firmware apa eh?saya buat sendiri je.kalau susah hantar dekat saya, saya bisnes jailbreak iphone hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »