Assalamualaikum, Annyeonghaseyo (Aik? ikut baca dalam hati ke tu? Now you are 2.5% Korean).
Kali ini nak bercerita tentang tempat penginapan aku sewaktu trip ke Johor Bahru yang lalu. Entri tentang trip ke Johor tak ada buat lagi, tapi insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan berkongsi di kemudian hari. Back to our story atau reviu or review or just a simple entry about Thistle Hotel Johor Bahru.
Sebenarnya sewaktu family trip ke Johor ini adalah sempena cuti Wesak. Jadi tahu sahajalah kan kalau waktu cuti umum memang ramai yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan bersama keluarga tersayang. Kami hampir-hampir tak dapat book bilik. Well, actually untuk aunty Zita , bilik hanya available untuk keesokannya hari sahaja. Jadi hanya keluarga aku yang menginap di Thistle untuk malam pertama.
Paling aku suka tentang Thistle™ Johor Bahru kerana lokasinya yang berdekatan dengan Jalan Mohd Amin. Apa yang menarik dan istimewa sangat tentang Jalan Mohd Amin ini? Di sinilah terletaknya tauhu bakar dan sotong kangkung kegemaran patik. Sebelum daftar masuk ke hotel, kami singgah sebentar untuk bungkus. Dekat 50 minit juga aku berdiri menunggu makanan siap. Tauhu bakar punya pasal apa ada hal kan? Walau bagaimanapun, aku suggest supaya makan di kedai sebab bila bawa balik , faktor ummph dia turun dari skala 10 kepada skala ritcher, ok 7.5 .
Boleh rujuk entri FoodPorn – Jalan Mohd Amin
Proses mendaftar masuk pun tak sukar, sebab aku dah awal -awal booking menggunakan perkhidmatan Agoda. Kalau nak cuba dapatkan rate yang murah boleh guna link ini. Selepas beberapa minit, kami pun masuk ke dalam bilik.
Bilik agak luas , maafkan kerana tidak cuba mendapatkan sudut tangkapan gambar yang baik, maklumlah bukan jurufoto bertauliah.
Keesokan harinya aku berpeluang untuk melawat kawasan kolam renang. Jadi memang tidak melepaskan peluang untuk berendam , I meant berenang . Sebenarnya aku temankan sepupu aku si Trisyia, kerana memang minatnya berenang- berenang ni.
Apa yang boleh diceritakan tentang Paling aku suka tentang Thistle™ Johor Bahru secara keseluruhannya:
- Rate yang menarik untuk hotel 5 bintang
- Kedudukan yang strategik, dekat dengan Singapura
- Perkhidmatan Shuttle percuma untuk ke JPO
- Kelengkapan hotel berada di dalam keadaan baik dan bersih
- Pekerja yang mesra
- Tempat makan di kawasan sekitar pun sedap
- Wifi percuma
Cuma ada satu sahaja masalah, atau kekurangan yang aku hadapi iaitu dengan bilik air. Rekaan bilik air (dah macam designer pula kan nak komen pasal design) menyebabkan airnya tidak mengalir dengan baik dan mudah bertakung. Aku tak boleh nak cakap untuk semua pihak kerana ini berdasarkan pengalaman sendiri dan bilik yang aku menginap sahaja.
Jadi kalau ada rezeki untuk ke Johor Bahru , Thistle™ Johor Bahru akan menjadi pilihan. Mungkin akan cuba bilik lain pula selepas ini.
11 Responses
Ade juga bercadang nak ke JB . Looking for the best hotel lah kan . Not expensive but at least affordable to stay . Hurm . Thanks for sharing btw :)
Tiada masalah, di sekitar JB ada banyak hotel yang afffordable , boleh gunakan perkhidmatan Agoda , klik sahaja di sidebar saya untuk capaian mudah hehehe
Hi, I came across your blog and enjoyed reading your interesting entries on amazing stories and personal insights! I find it really great that you are sharing your experiences with your readers.
Zalora is looking to work with talented bloggers, and I was wondering if you would be keen on a one-time blog collaboration with us. Do let me know if you are interested by emailing me at [email protected] so that I can fill you in with the details. Hope to hear from you soon!
adakah sesuai untuk membawa org tua yang mengunnakan wheelchair dari parking ke bilik?
Sesuai kerana ada kemudahan lif dari parking ke bilik jadi tidak perlu risau. Ataupun boleh sahaja drop di pintu utama, lebih mudah.
mana gambar taubu bakar dan sotong kangkung?
gua kena scam kah ini?
haha..
Haaa tak baca betul lah tu, dah suruh gi dekat link yang bawah tu kahkahkah. Tapi sebab hang, aku dah reupload gambar tauhu bakar, (taubu takde) , sotong kangkung pun ada.
Hotel nampak selesa dan mewah. Bawak anak-anak mesti diaorg seronok tengok kolam mandi tu. Menu breakfast ok tak?
Hotel dia selesa. Kolam untuk kanak – kanak pun ada dan sangat selesa. Based on gambar ada di sebelah kiri. Saya tak breakfast di hotel sebab ambil option tak ada breakfast.
Wah.. best tu duk thistle..
duk hotel ni biasa kena review makan & tempat tido + tempat mandi.
Best semua, best la grade dia kan.
– Zaleha Awaluddin –
betul tu, tapi saya tak berkesempatan untuk merasa breakfast di hotel kerana tidak mengambil option masa membuat tempahan.