Jika anda berkesempatan membaca entri trip Jakarta saya yang lalu, tentu anda pernah melihat bagaimana staf Aloft telah berjaya memulangkan Mini iPad saya yang tertinggal sewaktu berlepas ke Jakarta. Kepada yang hendak membaca entri tersebut, anda boleh melawat
Apa yang istimewa sangat pasal Aloft ini? yang pertama dan paling penting, ia berada betul – betul berdekatan dengan KL sentral dan hotel ini bersambung dengan Shopping Mall Nu Sentral. Lokasi yang sangat strategik bukan? Kepada yang ingin ke luar negara dan mencari tempat penginapan sementara menunggu waktu penerbangan boleh menginap di Aloft. Untuk last minutes shopping, anda boleh melakukannya di Nu Sentral.
Apa yang aku minat tentang Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel ini adalah rekaan dalamannya yang unik dan tak macam hotel lain yang aku pernah pergi. Dah macam pereka hiasan dalaman kalau bercakap pasal rekaan hehehe. Di bahagian lobinya terdapat lounge di mana ada boleh bermain Kinect X box 360 sewaktu anda bosan menunggu lif tiba atau sekadar mahu berseronok. Di sini juga komputer dan pencetak untuk mereka yang ingin melayari internet dan mencetak dokumen penting.
Bilik yang di sediakan juga cukup selesa dan luas. Semuanya kelihatan kemas, bersih dan ringkas.
Apa yang paling menarik sekali tentang Aloft ini tentulah kolam renangnya yang terletak di atas bumbung hotel. Rooftop swimming pool yang membolehkan anda menikmati keindahan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur. Jadi kepada yang rasa nak chill, boleh lah menuju ke tingkat atas sambil beristirehat di kawasan kolam renang.
Untuk makanan, aku hanya berkesempatan merasa juadah untuk sahur. Bagi aku makanan yang disediakan so-so sahaja, mungkin sebab sudah sejuk. Kepada pihak Aloft kalau ada yang membaca, please take note, kerana saya meminta makanan di hantar pada pukul 4.30 pagi, tapi makanan tiba pada pukul 3 pagi. Memang semua sejuk bekulah tambahan pula di dalam keadaan berhawa dingin.
Secara keseluruhan, kepada mereka yang inginkan hotel yang mempunyai lokasi yang baik, pemandangan kotaraya Kuala Lumpur sewaku berenang, ataupun ingin meluangkan masa bermain permainan video, bolehlah cuba untuk menginap di Aloft. Kepada yang ingin mendapatkan harga yang terbaik boleh membuat tempahan hotel di sini.
Jadi ada sesiapa yang pernah menginap di Aloft Hotel? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen yang di sediakan di bawah. Kalau ada blog, nanti saya akan balasan kunjungan anda, Terima kasih.
Saya bagi 4 bintang untuk Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel
P.S keadaan di kolam renang pada waktu malam sangat menarik, dah macam disko ada swimming pool hehehe
11 Responses
Boleh tak kita masuk hanya mahu mandi di kolamnya saja? Perlu charge tak?
menarik ni hotelnya..memang teringin..tambah plak memalam mesti syok
menarik, dia macam urban , unik untuk golongan muda dan berumur, ada swimming pool atas atap.
Thanks for this review.
Maaf tuan bertanya…. adakah restorennya berstatus halal…. sekadar bertanya…. sbb bakal menginap di hotel ni next week.
Saya tak pasti sebab tak pernah makan di restorannya, mungkin boleh call directly ke pihak hotel untuk mendapat kepastian.
terima kasih tuan.
sama- sama
menarik jugak ni..boleh try mase next visit ke sana
Aku suka gym & infinity pool hotel ni! Awesome! Concept pun memang sesuai untuk jiwa-jiwa muda. Hahah!
konsep urban kan? hahaha ni geng abang sado ni