Cek dari Nuffnang!!

Dah lama rasanya tak berblog, rindu sungguh nak menaip tapi apa kan daya. Kerja terlalu banyak sehinggakan tidak ada masa terluang untuk meneruskan aktiviti berblog. InsyaAllah akan cuba untuk mencuri masa bagi mengisi kekosongan blog ini. Kali ini nak kongsi berita gembira, tup tup ada sepucuk surat dari nuffnang tiba di rumah. Dan cuba teka, apa isinya?

image1

Cek dari Nuffnang!! Memang excited tahap kuasa 10 lah dalam hati ini.Bila kita kita membuat sesuatu perkara yang di sukai dan mendapat ganjarannya. It’s the best feeling ever. Apa yang aku dapat tak adalah banyak tapi dia punya feeling tu memang teruja betul Terima kasih Nuffnang sebab bagi peluang untuk merasai hasil dari enulisan di blog picisan ini. Moga-moga ada rezeki lagi untuk aku di masa akan datang.

Ada yang dah tahu aku dapat cek ini mereka ada bertanya macam mana cara untuk mendapatkannya. Aku bukannya orang yang sesuai nak tanya bagaimana nak dapat, mungkin boleh rujuk dari penulis-penulis blog yang lain. Yng paling penting aku rasa, kena tulis dengan ikhlas dan guna cara yang tersendiri untuk menulis dan menceritakan pengalaman masing – masing.

Bila kita ikhlas, orang yang membaca pun dapat merasai ketulenan dan keikhlasan kita itu. Tak ada lah nampak macam jenis copy paste atau jenis mencilok idea orang lain. Kalau boleh pastikan apa yang ditulis itu boleh di manfaatkan kepada pembaca. Biarkan ia menjadi sebagai suatu ilmu atau tips, jadi orang akan kerap kali mencari dan membuka entri kita berkali – kali. Lebih elok dari menulis perkara tak berfaedah yang boleh mengundang pergaduhan kan? tu nak kumpul dosa tu bukan kumpul duit haaaaa.

Jadi kepada rakan penulis , pastikan anda terus menulis dan kepada pembaca , pemgomen semua terima kasih banyak-banyak kerana tanpa anda cek ini tidak akan wujud. Jadi sudi-sudikanlah singgah ke teratak hamba. (Ayat bukan main lagi kan?) Terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca dan terima kasih kepada nuffnang.

Terima kasih semuanya.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

9 Responses

  1. biar sedikit nilainya yang penting dapat ..tul tak radin…..tulis dan kongsi lah sesuatu yg bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »