Langkah aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

Apabila bila bercadang untuk keluar negara, selalunya kita akan menukarkan wang tunai di Money Changer. Membawa wang tunai bersama anda sangat memudahkan kerja, walau bagaimanapun terdapat risiko untuk anda tercicir, di samun, dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, salah satunya ialah dengan menggunakan kad. Jadi pertama sekali, anda perlu aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara.

Kad yang yang saya maksudkan ialah kad debit. Berlainan dengan kad kredit di mana anda berhutang, kad debit adalah penggunaan wang yang anda miliki tanpa perlu ke untuk withdraw di mesin ATM setiap kali anda ingin membuat pembelian.

Panduan yang saya sediakan ialah untuk kad debit Maybank. Kenapa gunakan Maybank? rata-rata penduduk di Malaysia ini sebilangan besar mesti mempunyai akaun Maybank , dan sekarang sekiranya anda baru membuka akaun di Maybank, anda akan di bekalkan dengan kad debit.

Jadi apa yang perlu anda buat setelah mempunyai akaun dan kad debit. Pertama sekali anda kena berdaftar dengan Maybank2U. Hanya perlu melawat website Maybank2u dan ikuti langkah-langkah untuk mendaftar. Setelah selesai mendaftar dengan Maybank2U. Ikuti langkah – langkah berikut.

Log in ke dalam akaun Maybank2u anda dan pilih option Oversea ATM Facility.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara 2

2. Pilih option untuk activation. Nombor kad anda akan tertera di bahagian atas. Klik teruskan.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

3. Pilih Tarikh mula aktif dan tarikh akhir. Maksimun durasi adalah 12 bulan. Pastikan anda setkan tarikh akhir  bersesuaian dengan tarikh travel anda. Anda tidak mahu hari terakhir anda di luar negara ketika ingin membeli barang, tengok -tengok kad anda dah tak aktif. Satu hal pula kan?

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

 

4. Anda perlu request nombor  TAC untuk pengesahan. Setelah memasukkan nombor TAC yang diminta, hanya klik teruskan.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

Senang bukan? hanya perlu 4 langkah sahaja yang perlu untuk anda aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara. Oh, jangan lupa juga untuk setkan limit penggunaan kad debit anda. Anda boleh berbuat demikian di bahagian Debit Card Purchase Limit (Rujuk rajah di langkah 1).

Okay, sehingga berjumpa lagi, selamat membeli – belah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

28 Responses

  1. Terima kasih bro…nasib ada info..so kalau duduk lama di oversea slps setaun kena buat lg la kn?

  2. slm bos..klu nk beli brg online kat luar negare kene buat camni jugak ke? lgi stu, bile sy tgok maybank2u sy xde pulak tuk pilihan “overseas atm facility” tu..

  3. kalau nk buat pembelian melalui online luar negara melalui kad debit kena buat mcm ni jgk ke?

  4. Hi Radin ,so tak payah walk in maybank untuk activekan lah ?Gune maybank2u dah boleh activekn eh ?

  5. thanks mr radin…. baru nk activate kad maybank..hope dpt guna kat korea nanti..thanks a lot!

  6. Yeah, debit card. Gua punya RHB, tak perlu inform terlebih dahulu pun kata nak pi keluar negara, terus boleh guna. Last year ada buat experiment try guna debit card ni di kedai baju area Kamata, Tokyo. Orait je, huehueh~ ;3

    Btw, thanks for dropping by my blog. Kunjungan dibalas ;3

  7. eh..jap! part langkah2 activate tu dah faham tapi part nak register melalui maybank2u tu x clear….almaklumlah..biasa bawak cash money je

  8. wah..zaman sekarang semua dihujung jari ye
    setakat ni belum penah naik kapal terbang pun,
    manalah tahu kot ada rezeki di lain hari, boleh rujuk tips di atas
    thanks for sharing anywhere =)

  9. owhhh baru tau boleh buat online jugak. slalunya terus call customer service je. thanks! senang tak payah duk tggu line dah lps ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »