Perempuan and something call Dara

Tajuk entri nak hebat aje kan?Jadi apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan dekat sini adalah based dari pengalaman dan cerita kenalan terdekat tentang topik yang kadang – kala kita malu hendak bercakap tapi sebenarnya berlaku, ala – ala bila kita terkentut di tempat awam dan semua orang tahu itu kita tapi kita buat don’t know je.Tujuan saya bukan nak bersyarah atau berceramah mahupun berkhutbah sebab tak ada sijil dan kelayakan pun untuk berbuat demikian, tapi kalau siapa yang rasa topik kurang sesuai untuk di baca, saya nasihatkan untuk tidak terus membaca.

Saya tergerak hati nak tulis entri ini selepas menonton cerita Aku Masih Dara.Mungkin ada yang berpendapat bahawa cerita tersebut hanya sebagai bahan hiburan dan kemungkinan yang berpusu – pusu nak pergi melihat Si Ashraf :-D .Sebenarnya, cerita itu sedikit sebanyak mengungkit peristiwa yang berlaku di dalam masyarakat kita sekarang.Tak perlu mengambil kata-kata dari entri ini, tapi boleh buka mata sendiri untuk melihat sekeliling.

Banyak cerita tentang rogol,bersedudukan dan pelbagai lagi yang seumpamanya di dalam akhbar dan berita.Tapi tahu kah anda bahawa cerita-cerita itu hanya beberapa peratus dari realiti masyarakat kita kini sebenarnya?(rasanya tak sampai 1% pun).Cerita di dalam akhbar itu semua adalah antara cerita-cerita yang dalam kategori ‘kantoi”, yang tak kantoi?pernah terfikir berapa banyak?Yang pandai cover, macam mana pula?

Di dalam cerita Aku Masih Dara siap di perkenalkan lagi sebuah kelab yang boleh dianggotai oleh mereka yang sudah tidak ber’dara’ lagi.And one of the ways is through making love.So, kenapa wujud kelab-kelab macam ini dan kenapa ada yang begitu berminat dan berbangga untuk menganggotainya?Ini semua adalah pengaruh dari barat.Contohnya boleh dilihat dalam cerita seperti American Pie yang kebanyakan pemuda dan pemudi nya berusaha untuk menghilangkan virginity sebelum tamat alam persekolahan, WtF kan?

Berbalik kepada kaum perempuan, kenapa begitu mudah sangat menyerahkan sesuatu yang begitu berharga kepada bukan pemilik yang sah?Sangap sangat ke sampai tak boleh nak tunggu?Tolak ke tepi kepada yang dirogol atau hilang sewaktu bersukan tapi yang ingin saya tekankan di sini adalah mereka yang melakukannya dengan rela hati, yang siap offer lagi macam mana?Uih murah sungguh kan, orang sampai kahwin hantar ribu-ribu, anda semua offer FOC je.

Kenapa perlu buat?Demi cinta?Bukti kasih sayang?atau sekadar nak mencuba?Oh Yea, paling senang adalah blamekan kepada kaum lelaki.Kami yang jahat, hasut, ajak,pujuk, dan seribu satu asalan lagi.Kalau perempuan tak bagi, lelaki tak boleh dapat kan?And nak saya ingatkan di sini, lelaki kalau buat, tak rugi apa pun, perempuan?You only get one shot babe.So bear in mind when you planning to do it.Lepas tu, tak de dah.Apa beza anda dengan perempuan lain?nak kata yang pergi disko, club,seksi tu lagi teruk?Heh “Kan yang pakai tudung tu nak sembunyikan love bite?” (AMD).

Beberapa pengalaman yang saya kongsi bersama kenalan, amatlah menyedihkan.Meh kita cerita sikit.Si M bercinta dengan si W selama 3 tahun, elok jer, dalam tahun ketiga, si W minta putus, Si M sayang, tak mahu kerana tak ada sebab musabab.Bila di periksa, rupanya Si W mengandung.So keluarga si W minta si M bertanggungjawab.Si M tak mahu sebab Si M dan si W tinggal berjauhan,jadi tak mungkin langsung ini angkara si M.Siasat punya siasat, ini kerja kawan Si W, si A sebenarnya.Jadi nak salahkan siapa?Si W?tak kot.. dia cuma kucing yang tak tolak ikan.And bila Si M bersemuak dengan si A, si A cakap ” sebab dia minta dengan ko , tapi ko tak bagi”.So?bukan ternyata salah si W?fikirkan…

Kes lain pulak.A dan B couple 5 tahun.Masuk tahun kelima, B(perempuan) berubah hati.Tapi still bersama dengan si A lagi, cuma dalam diam -diam, ada si C.So dengan tak rela , si A lepaskan si B.baru 5 bulan dengan si C, si B datang cari si A balik.Perut dah ada isi, habis tu nak buat apa?nak suruh si A cari jadi pak sanggup?Yang peliknya kan kenapa begitu mudah menyerahkan tubuh dekat si C,yang kini dah hilang entah kemana.Si A juga yang ada masa ko susahkan?tapi jadi pak sanggup, tak dapatlah…

Kes last, Si D dan L bersama untuk hampir 4 tahun.Sepanjang hubungan mereka, si D selalu ‘minta’.tapi si L tak nak.Jadi selepas 3 tahun lebih, si D mula pasang satu lagi, si A.Setelah beberapa bulan, kantoi.Jadi si L mintak si D lepaskan si A.Tapi susah betul, si D nak lepaskan si A.Kononnya si A adalah seorang yang baik.Tuhan maha kuasa, tuahan tunjuk bukti.Gambar berdua di pusat peranginan.Jadi fahamlah si L, kenapa susah sangat nak lepaskan si A.Sebab si A ‘bagi’ benda yang si L refuse nak buat.Jadi apa nilai si D? maybe D sesuai untuk Desperate for Dick.

Beberapa kisah di atas,menunjukkan betapa masyarakat kita begitu mengambil remeh soal maruah pada zaman ini.Mungkin kerana zaman ini semua benda boleh di beli termasuk maruah seseorang.Mungkin terlalu banyak pengaruh barat telah menular ke dalam masyarakat kita, hinggakan terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian.

Sebagai selingan, kadang – kala pernah tak tefikir kenapa ramai orang yang buat ‘kerja’ di dalam tandas  yang kotor tu?Mungkin sebab dia tahu, malaikat tak masuk dalam tandas jadi dia ingat dia boleh sorok dari malaikat kot.lol…

Berbalik kepada tajuk, mungkin ada segelintir yang berada di kalangan masyarakat kita sekarang merasa dara sudah tidak penting, “ah, kolot ar”, “old fashioned’, tapi cuba tanya pada diri sendiri.Is it worth it to give up something so precious to someone who just happened to be in your life at that time?nak menjawab dekat bakal suami macam mana nanti?Haa fikirkan yer?banyak betul saya suruh orang berfikirkan?bukan apa, bila kita guna otak, kita takkan buat macam tu.Sama  juga, kalau ada yang pakai otak, nak ke “you jump, I jump” ?, confirm dua – dua tak bau syurga kan?

benda ini terpulang kepada individu, dan hanya anda boleh mengelakkan ini berlaku pada anda.Kepada saudara perempuanku, fikirkanlah kembali.Kucing tak boleh makan ikan kalau ikan dalam freezer kan?(ok,mungkin kalau kucing tu garfield mungkin dia boleh buka fridge pulak kan?).

Tapi yang pastinya, saya sure ramai yang dah berfikiran ‘moden’ kan?bak kata Diana Amir dalam AMD ” kau hilang dara jer, bukan hilang nyawa”.

Sekian.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

  1. great entry bro.. bila agama & iman awal2 ditolak tepi, tinggal malu jadi benteng maruah diri.. tapi malu sering kalah dgn nafsu.. wahai si gadis, ingatlah bahawa daramu itu adalah hak kepada suamimu yang memberi mahar.. buktikan sayang dgn nikah.. bukan mahkotamu.. pk agama, pk maruah, pk masa depan.. ingat azab Allah.. buat yang dah terlanjur, hentikan & bertaubatlah.. Allah Maha Pengampun.. wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »