Bila bercakap tentang matlamat

Semua orang ada matlamat masing-masing.Ada yang nak menyambung pelajaran hingga ke tahap tertinggi,ada yang ingin melancong ke Europe, ada yang ingin mendirikan rumah tangga.Ada seribu satu matlamatlah yang boleh di impikan.

Matlamat terbahagi kepada dua.Ada matlamat jangka panjang, ada matlamat jangka pendek.Yang jangka pendek ini ada pelbagai jenis.Yang jangka panjang tu yang penting sebenarnya.

Baru-baru ini sempatlah lepak bersama Harith.Lepas habis kelas innovation management,terus menuju ke kedai makan.Matlamat kami, nak isi perut dengan nasi,memandangkan kedua-duanya lapar seperti dinasour.

nasi kukus ayam goreng, note* goreng not dara haha
mr harith@frank
santapan terindah
nyum nyum nyum

Lepas makan tu kan, ingat nak menjamu selera di tutti frutti WW, tapi atas sebab musabab yang tak dapat di kenali pasti, tujuan itu di batalkan.Jadi lepak je dekat kereta frank dengar sound system die yang masyuk!!!Dah macam dalam club pula jadinya,(macam pernah je masuk club kan?) mickey mouse club kot.. lol.

Lepak dulu di NZ bawah sambil menunggu Roy dengan Feb tiba.Lambat betul mereka berdua ini, katanya lepas maghrib, memang nak dekat masuk isyak baru dieorang sampai nasib baik dieorang tak plan nak lepas isyak, mau dekat subuh sampai hahaha.Tapi tak pe nasib baik Roy bawa udang celup tepung, jadi nak marah pun tak jadi.

Matlamat ketiga hari ini adalah untuk memenangi monopoly deal.Saya sudah addit dengan benda ini, yelah rekod bersih tanpa menang kot.

Feb tengah mengshuffle
collect properties

malangnya selepas beberapa set permainan, saya masih tidak mampu untuk mencapai matlamat jangka pendek saya iaitu, untuk menang.Mungkin lain hari saya berpeluang kot.Beebrapa ketika kemudian kawan Harith, si fahmi dan Azrai datang lepak bersama kami.Berbuih mulut bercerita apabila dua orang mamat graduate dari Sheffield ni join kiteorang.Fahmi seorang engineer yang kini berkerja bersama Toyota, currently tengah handle bahagian hybrid model manakala Azrai pula bakal menyambung master di UK dalam mekatronik dan sedang menunggu approval untuk visa.Si Azrai ni agak pak lawak sikit, tak habis -habis si Feb kena dengan die.Bila lepak dengan mereka ini, terasa kecil pula diri ni, ye lah semua hebat-hbeat jep.Si Roy dengan Feb baru grad,si Roy tengah buat charter dan si Feb maybe sambung master in september.Hebat betul mereka ini.Takpe, tunggu lepas ni saya pun nak join juga wahahaha.

Yang penting kena set kan matlamat betul-betul dan jangan mudah terpesong.Kadang-kala saya terpesong juga, tapi tak delah jauh sangat.Cuma saya pelik apabila ada segelintir mahasiswa yang berubah hati semasa pengajian, yang peliknya, kadangkala ada di antara mereka yang berubah hati apabila tinggal 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian,dan yang paling pelik kepada yang hanya tinggal satu semester sahaja.Kebanyakan alasan mereka, tak dapat bawa, dan tidak minat.kalau di awal pengajian mungkin boleh di terima, tapi kalau dah 90% before dapat scroll , dapatkan dulu scroll tu.Kenapa perlu melepaskna titik peluh , bersekang mata, dan usaha yang 2- 3 tahun tu?

Habiskan dulu, lepas tu kalau nak jual goreng pisang ke, nak jadi tukang kasut ke, nak tanam anggur ke, nak jaga toilet ke, it’s up to you.Atleast jadi penjaga toilet yang berpelajaran kan?Melawak je, tapi atleast kalau jadi pun, bukan kerana terpaksa tapi kerana kita memilih untuk menjadi begitu.Jadi letaklah matlamat anda setinggi-tinggi yang boleh, tinggi ke angkasa lepas pun boleh (sekarang nak jadi angkasawan pun dah boleh kan?) jadi set your eyes on your goals, and insyaAllah it could be achieve. :laugh:

Fahmi, Azrai,Feb,Roy (frank tangkap gambor huahuahuahua)

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »