Aku suka menulis.Lain orang lain caranya untuk megekspresikan diri, bagi aku, menulis boleh meluahkan segala-galanya yang terbuku di dalam hati ini.Mempunyai latar belakang berasaskan kejuruteraan, mungkin ramai yang pelik kenapa aku memilih penulisan sebagai cara untuk meluahkan sesuatu, kenapa tidak dengan mereka cipta robot atau pun membuat equation baru dan bermain dengan kira-kira dan nombor?Entah, aku lebih selesa menulis.
Kenapa aku libatkan kejuruteraan dalam entri kali adalah kerana kebanyakan orang berpendapat dan aku tidak salah kan mereka kerana memang lumrah orang yang mempunyai latar belakang teknikal ini jarang berbunga-bunga.Kami kalau buat nota atau pun jawapaan bagi sesuatu perkara mesti dalam point, takde masa dan berselirat-selirat dan bermukadimah.Straight to the point orang kulit putih kata.
Ada orang yang malas membaca ayat-ayat yang berselirat kerana pada pendapat mereka, tiada makna dan membuang masa.Tapi bagi aku setiap ayat yang disusun dan sebelit dan seselirat mana pun ayat tersebut ada maknanya yang tersendiri.Takkanlah sesuatu penulisan itu di hasilkan tanpa makna.Setiap baris , dan tutur kata mewakili perasaan dan jiwa penulis pada masa ia digubah dan dikarang.Setiap baris boleh mempunyai pelbagai erti, samada berbentuk perlian, isi hati,pembakar semangat, luluh hati pencinta, dan sebagainya.
Kebanyakan orang berpendapat sesuatu ayat atau perenggan itu bosan kerana mereka tidak dapat mendalami maksud ayat tersebut.Mungkin kurang daya imiginasi ataupun kurang sifat seni dalam diri.Tidak semua orang mampu mentafsir rahsia di sebalik ayat-ayat indah karya A samad said atau Usman Awang, dan mereka yang mampu memahaminya adalah mereka-mereka yang beruntung.Benda ada di depan mata,lihatlah, dan sekiranya tidak maka butalah mata,butalah akal, butalah minda.Buta bukan dari fizikal, tapi dari segi dalaman.
Seorang teman meansihatkan aku supaya meneruskan karya novel yang pernah aku tulis dahulu.Aku berhenti menulis bukan kerana bosan tapi kerana hati aku pada ketika itu hilang, hilang di bawa pergi oleh dia.Kerana novel yang aku tulis itu di tujukan kepada dia, dia seorang sahaja, tiada yang lain , tiada yang dua.
Aku telah membuat keputusan untuk kembali menulis, jadi kalau sesiapa yang mengikuti cerita itu cuba jangan kaitkan ia dengan hidup dan mati, kerana tiada kena mengena pun cerita ini dengan realiti.Aku tulis dan aku akan tulis.
Walaubagaimanapun, mungkin ada pihak yang tidak menyenangi hasil tulisan aku, sekiranya ada, cara yang mudah dan senang adalah menekan punat X di kanan sebelah atas monitor anda dan walah!!! Anda tidak perlu membacanya lagi.Senangkan?Ditegaskan berkali-kali ,a ku menulis apa yang aku lihat, aku rasa, dan aku dengar.Sekiranya ada yang tidak setuju, anda boleh create blog anda sendiri dan utarakan pendapat anda di sana, jangan kacau-kacau disini hehehe.
P.S Peace, No War.