Hai ada BBM pin?

Hello again world~ Seperti tajuk entri kali ini, aku nak tanya sedikit, siapa pernah alami keadaan seperti yang tertera di tajuk entri?Rasa-rasanya kebanyakan daripada anda turut mengalaminya.Apakah itu BBM?Ok kalau tak tahu BBM maybe anda boleh bertanya dengan pakcik google dengan sekelip mata je nanti anda akan tahu apa maksud BBM.dan tidak, ia bukan Bukit Bintang Mall.

Kejadian bermula sewaktu aku sedang menikmati rokok sambil minum kopi di warung Pak Samad area taman gelora, oh by the way, bukan rokok dunhill tapi kuih rokok.TIba-tiba datang sekumpulan gadis-gadis yang aku agak dari kolej berhampiran.Nampak macam freshie (tahu pulak aku freshie ke tak kan?), baru habis kelas tengahari, dan ingin menikmati lunch, Jap aku tengok jam.Okey memang waktu lunch, sebab jam tangan aku menunjukkan pukul 1 tengahari.

Tengah duduk menunggu nasi ayam aku siap, datang pulak 3 orang lelaki yang aku kira senior depa, *tahu pula aku senior macam mana, menghampiri kumpulan gadis-gadis pingitan tadi.Dari gaya kegedikan lelaki tersebut aku tak rasa freshie akan bertindak sebegitu lalu terkeluar sepotong ayat dari mulut lelaki bermisai nipis tersebut “Hai, ada BBM pin?,” lalu gadis tersebut menjawab “eh, kenapa saya nak bagi no pin saya dekat awak pulak?” “Alah , boleh kenal-kenal,” “Nak kenal takkan nak minta no pin pulak,selalunya orang nak kenal minta no telefon,” “alah kalau bagi no pin kan jimat,” “Abang ni biar betul, takkanlah nak kenal minta no pin bank orang,”

Mamat tu aku nampak dah tak boleh tahan nak gelak.Oh okey, dia gelak lepas tu, terbahak-bahak sampai aku rasa kalau kahak boleh keluar dah boleh keluar dah.”Saya nak BBM pin, black berry messenger pin, bukan no pin ATM awak,” Aku tengok muka budak perempuan tu dah merah padam, macam pemadam api pun ada.

Sebenarnya dunia sekarang dah maju, dengan smartphone bagai kan, tapi tak semua orang peka dengan arus pemodenan, dan tak semua roang mampu untuk memiliki dan mengejar teknologi yang semakin hari semakin canggih.Mungkin budak perempuan tu tak pernah nak ambil tahu pasal berry berry ni semua.jadi tak boleh nak salahkan dia dengan ketidaktahuan beliau tentang benda ni.

Tapi itulah situasi sekarang ni, kalau orang jumpa mana-mana pun , akan minta benda yang sama .Kalau dulu orang akan prefer minta no telefon, kemudian orang akan minta pula facebook, kemudian BBM pin.Lepas ni tak tahu lah pulak, tapi kalau akulah kan, aku tak minta no telefon, facebook dengan bbm pin ni, aku minta nak kenal terus hahahaha :-D .

Dulu aku pun pernah juga alami situasi ini.Tak percaya?tak pe tak minta percaya pun, tapi kalau korunk continue baca mesti korunk nak try percaya juga kan, haaaa kan dah kena batang hidung sendiri, sapa suruh tak percaya tadi.Okey sambung.*sapa yang dalam hati kata, layan je lah entri budak ni, jangan sentap eh, sebab saya pandai baca hati awak lol.

Dulu, di waktu zaman-zaman ada gf,adalah seorang perempuan ni datang menghampiri aku sewaktu di meja makan*selalu sangat kes berlaku di meja makan,nampak sangat kuat makan.Dia datang-datang dia bagi no, atas tisu paper, tapi no atas tisu paper ni  pelik, ada abjad dan juga no.Jadi sebab was-was, aku pun dengan selamba panggil balik perempuan tu.”Maaf, err ni no ape ni?” “oh, no pin saya, nanti boleh kita kenal,” “Oh, pin apa eh?” kata aku sambil tak dapat menangkap lagi maksud nombor aneh ini.”No BB lah awak,”Aku pun selamba je jawab.

“Maaflah wak, saya tak pakai bb,awak ambil balik jelah nombor awak ni, bukan saya boleh buat apa pun,” “Nak kenal tak boleh ke?” “Oh bukan saya tak nak kenal tapi gf saya kata jangan berkenalan dengan orang kita tak kenal, haa yang sepet tu gf saya,”sambil aku menjuih kan mulut aku ke tuan punya diri. “Oh , kalau macam tu takpelah wak,nanti awak takde gf, awak kawan dengan saya yer” Dengan selamba pulak dia bagitau aku macam tu.

Okey part atas ni aku reka jer, hahaha sebenarnya aku kata , aku tak pakai BB.Aku pakai iPhone jer.So pin dia tu tak ada gunanya bagi aku.Baik bagi pin dia dekat mamat-mamat B yang lain.Tapi aku salute satu, sebab perempuan tu berani macam tu.Ye, ye maybe ada orang kata perempuan tu gedik, tapi kalau dia tak bagitahu dia nak kenal dengan aku,aku tak tahu pun dia nak berkenalan dengan aku, betul tak?Nak tunggu lelaki pemalu macam aku approach dulu ?lambat ar.Okey rasa sampai sini je lah entri kali ini.Aku rasa dah takde menda nak cerita pasal BB.Tak pakai, tak reti nak cerita.Okey?Adios.

FYI:Please jangan leave your BB pin in my inbox and my email sebab saya tak tahu nak buat apa dengan no-no tersebut lol.

 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

5 Responses

  1. Amboi straight forward betul,
    “Kalau dulu orang akan prefer minta no telefon, kemudian orang akan minta pula facebook, kemudian BBM pin.Lepas ni tak tahu lah pulak, tapi kalau akulah kan, aku tak minta no telefon, facebook dengan bbm pin ni, aku minta nak kenal terus hahahaha ”

    berani eh? :laugh:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak