Kami Lelaki,Kami Okey!!

Hari itu terdengar di radio tentang satu kes pembuangan bayi dekat dalam komuter.Kemudian si Dj radio ni semua macam berbincanglah,kenapa bayi itu di buang macam itu,kenapa tak di hantar je ke pusat penjagaan,kenapa dah banyak kempen di buat tapi tetap tak menjadi, dan seribu satu lagi kenapa.

Selalunya dalam hal ini, pihak ibu bapa yang di salahkan.Ibu bapa tak jaga anak, iu bapa tak bagi pendidikan cukup dan sebagainya.Tidak kurang juga yang menuduh,lelaki ni jahat, lelaki ar pandai memujuk, lelaki ar tak bertanggungjawab.

Bagi pendapat aku lah kan, ibu bapa dan lelaki/teman lelaki/tupai semua hanya pengaruh kecil sahaja.Nak tahu siapa yang salah?nak tahu siapa yang kurang cerdik.Makhluk yang bernama perempuan sebenarnya.Entri ini bukan nak bahan kaum perempuan sebab jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan, ini cuma untuk mereka-mereka yang makan cili dan mungkin akan terasa pedas.

Ibu bapa kita boleh bagi semua perlindungan dari segi pengajaran agama, hantar ke sekolah, pantau pergerakan manakala pihak sekolah boleh bagi motivasi atau pun pendidikan seks(alah, macam kat orang putih tu pakai kondom).Bagi ustaz dan masjid serta pihak keagamaan boleh bagi macam – macam ceramah dan nasihat serta hukum hakam.Untuk lelaki in pulak, senjata dia boleh pujuk rayu, mengoda, mengajak,mengumpan dan seribu satulah benda perempuan boleh fikir, and silalah lu fikirlah sendiri.

Tapi bukan tuan punya badan itu perempuan?Kalau sekuat mana pun ajakan/pujuk/umpanan pihak lelaki ini kalau perempuan tak bagi,macam manalah lelaki tu boleh dapatkan.

Perempuan kata lelaki pujuk rayu, parents ko kecik-kecik pujuk ko pun ko tak nak dengar, tapi lelaki pujuk kau boleh follow?Sekolah ajak dengar ceramah oleh ustaz bala bala bla, ko tak nak pergi tapi kalau lelaki ajak kau boleh pulak?

Selalu yang kita baca di akhbar, perempuan akan kata “saya ingat dia akan bertanggungjawab, sebab dia betul-betul sayang saya,”Chup!! Lelaki ini yang tak ada kaitan dengan kau kata dia akan bertanggungjawab mengajak kau membuat sesuatu yang tak bertanggungjawab dan kau percaya?how stupid can you be?

Ada pulak yang berjanji akan menjaga kau, bertanggungjawab, tak lari, Chup!!Nak tanya sikit, speanjang kau bercouple, berapa banyak kau bersumpah janji bersetia yang korunk tak mampu nak kotakan?ajak dating kul 10pg datang kul 11pg, janji berhenti isap rokok, lepas 2 hari bernaga balik, tapi benda yang sebesar macam ini,kau boleh letak kepercayaan dekat lelaki ni?lol..

Aku nak tanyalah kan kepada perempuan2 di luar sana, kalau ada baby, ko bawa ke, lelaki tu bawa?ko kan? yang sakit nanti kau, bukan lelaki tu.Cuba kau bayang tengah-tengah kau sakit tu kan, elok je mamat tu hilang kan?delete facebook, delete blog, delete twitter, delete no phone, kau nak cari dia macam mana?kalau kau jumpa pun, dia boleh dengan muka selamba berkata “eh, itu bukan saya punya, baby dalam perut awak, awak ar punya,” HAAAA kan dah padan muka.

Ye, ye mesti korunk (perempuan ) cakap akhirat nanti kau tahulah nasib kau.Ye ,lahanat tu mesti terima balasan dia, tapi kau?kau terlepas ke?kau kena gak.Dunia ko sakit , akhirat kau sakit gak.Lagi bodohnya, kau pergi buang baby tak bersalah tu.Kalau lelaki tadi, neraka level 4, kau neraka bawah sikit, suite punya, level 5.Siapa lagi teruk kena?kau ler.*neraka tu perumpaan je, hal kat sana bukan urusan kita.

Yang kalau desperate sangat, dah kau kena cari pak sanggup, (macam cerita aku masih dara),kalau kau dapat yang baik macam watak ashraf muslim dalam cite tu orait ar.Tapi dosa ar kau buat mcm tu kan.Kalau yang kaya sikit, terus upah jer.kan sekarang leh main upah, semua benda boleh upah kan?

Kalaulah kau kan dapat kahwin dengan lelaki lain tapi kau dah tak suci kan, malam ni nikah, besok kantoi, terus suami kau cerai sambil mengeluarkan kata-kata “bini saya dah kena tebuk tupai,”Mana mak ayah kau nak letak muka.Muka ko juga yang malu kan.

Eleh, lelaki bukan baik sangat pun.Betul aku agree bukan semua baik, kalau tidak tak adalah waris – waris bayi buangan ini, tak kau bersenyawa dengan perempuan pula.Tapi aku nak tanya balik, lelaki tu apa kerugian dia?(selain kena balasan nanti).Aku bagi tahu sikit dekat kamu(perempuan) yer.

TAK ADA.

Lelaki tak rugi apa-apa pun.

Malahan sesetengah daripada mereka ini, akan berbangga kot, siap cerita dekat member2.Lebih kurang macam ini.

“Aku dah dapat dah awek tu, okey lah nasi lemak 50 sen,”( Syurga Cinta)

“Hebat ar kau, terbaik, malam ni celebrate,”

kalau perempuan?

“Apa yang terjadi dekat saya?saya dah tak dara ke?habis maruah saya” (Aku masih dara)

haaaaa, boleh buat perbandingan?lelaki akan up -up kan kehebatan dia, and kawan2 sekepala akan emmuji dia bagaikan dewa.Ye lar dapat awek hot, cun, dan malatop gitu.

perempuan?

Takkan kau nak cerita kat member kau

“Wei semalam aku kena tibai dengan polan bin si polan tu,”

nak kena cop biatch dengan kawan-kawan kau adalah.Tapi dunia hari ini susah sikit nak cakap kan?Ada orang berbangga dengan benda yang macam ini.

Kepada perempuan,kau ada one shoot jer.Jadi simpanlah untuk orang yang benar-benar layak untuk memilikinya.Kau orang boleh blame lelaki seberapa banyak yang kau nak,tapi untuk apa?lelaki relaks, seronok, enjoy.yang seksa?yang malu?kau dan keluarga kau.

Jadi kepada yang berpelajaran tinggi mahupun tidak, tolong pakai otak sikit sebelum buat sesuatu.Tapi mungkin parents kau orang open minded, open minded sampai jadi free thinker.Kalau macam ini, parah sikitlah.Sebab kalau semua benda halal dan boleh, dan afterlife tak wujud, dunia adalah selamanya, jadi susah sikitlah dah serapkan ke dalam kepala otak korunk.

Sekarang ramai graduan yang terdiri dari kaum wanita, tapi tak tahu kenapa bertapa cerdiknya anda dalam pelajaran, tapi pasal betul dan salah se simple (wah sesimple ingat nasi lemak simple, opps!! advertisment lak)ini,kau orang tak boleh berfikir, baik makan kasut je lah.

Sebab yang rugi adalah perempuan, lelaki?We got nothing to lose.

Sebab itu kalau tanya perempuan, perempuan akan kata “lelaki jahat,lelaki penipu,lelaki temberang, lelaki curang (definisi dalam bercouple yang aku takleh nak terima),lelaki gatal,lelaki pandai pujuk,” dan beribu alasan lagi (sambil perut tengah membuncit).

kalau tanya lelaki, lelaki akan jawab “kami rasa seronok, best,puas, masyuk, teruja,gembira,nasi lemak 50 sen” * okay pengaruh cuti cuti cinta disitu.

dan akhir sekali lelaki akan kata

Kami Lelaki, Kami Okey!!!

pakai hari rabu gi baskin dapat murah kot

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

3 Responses

  1. thats the reason y la…bnde ni akn terang2 sedaP bsame, mslh asing2…so klo rase blh face sorg2 (gurl side) mslh tu buat la kan….kbykan zman skang nk nsihat xgune…bile da kne, pndai2 la settle cndri kn

  2. interesting topic even it has been written in 4am….sbnrnye bnde ni all depends pd individu tu itself…klo rase2 berakal, blh je elak (unless kena rape, tu lain cite la kan)… tp klo pompan pn da nk bg then pe yg ptg kne pk la ape nk wat lps tu…nk point finger kt sape2 pn xgune, bnde da jd. msuk newspaper bkn solution nye…lbh baik pk cmne nk settle kan hal ni, either nk besa kan baby tu cndri or anta umah kebajikan, watpe nye nk jd xde otak buang baby sepah2 (da byk sgt phale agknye, nk bunuh2 ciptaan tuhan).. da pndai mkn, pndi simpan…da pndai “…..” pndai la settle. klo laki ajak sronok besame, ape yg akn jd after that xkan dpk bsame, time tu kne pk cndri…itu fact.. klo rase mpu nak facing cndri then buat la, klo rase xmpu then jgn….xkire pape pn yg jd, slmt kan bby tu, pk utk futre die… jgn nk dok pk dri korg je..klo xnk pk, then baik xyah buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »