Sederhana pun cukup

Cuba tanya diri sendiri berapa banyak duit dalam akaun bank baru nak puas hati.Sejuta cukup?”Eh, mana cukup, nak beli lamboghini pun nak kena lebih sejuta”Kalau macam tu 100 juta cukup?” “Eh,mana cukup, nak beli G6 atleast kena ada 56 million us dollar.Habis, berapa banyak yang cukup?Jawapan dia , TAK ADA.

Kalau ada seringgit mesti nak ada 10 ringgit, tapi adakah kalau ada 10 ringgit tu akan cukup?tak, mesti nak ada 100 kan?Jadi jangan kita bercakap macam mana nak puaskan hati orang, hati kita sendiri pun belum tentu kita dapat puaskan.

Pergi tengok cermin, apa yang korunk nampak?”Mestilah nampak muka sendiri,”Ye, BETOL!!! 10 markah.Adakah anda berpuas hati dengan muka anda dan sebelum anda jawab biar saya tolong jawab.”Eh,mestilah tak,”Antara komen -komen yang mungkin akan timbul.

1.Muka saya chubby
2.Banyak Jerawat
3.Kurus
4.Gemuk
5.Hitam
6.Putih sangat(saya nak tan)
7.Rambut buruk ar tak straight
8.Rambut straight sangat,aku nak wavy skit
9.Benci ar rambut kaler hitam
10.Uish Uban, aku nak rambut hitam (pakai minyak bawang)
11.Aku tak suka ar pakai speck
12.Pakai Speck stylo skit,nampak cerdik
13.Argh parut jerawat
14.Ish jambu sangat, parut jerawat pun tak ada,tak macho
15.nak perut ada six pack, tak nak boroi
16.Perut aku ada ketul-ketul banyak sangat, geli tengok
17.Aku rendah sangat,nak tinggi
18.Aku tinggi sangat, nak masuk rumah orang pun kene jalan tunduk
19.Aku buruk, nak jadi lawa
20.Aku lawa sangat, ramai sangat orang kacau, rimas

Sempat list 20 je, kalau nak tambah sila tambah, tapi memang macam itulah diri kita sama ada kita sedar tak sedar.Pembedahan laser dan botox adalah bukti apa yang di listkan di atas itu adalah benar.Kita sentiasa nak sesuatu yang bukan milik kita, dan kita tak berpuas hati dengan apa yang kita ada.

Tapi tahu kah anda *sambil menunjuk jari telunjuk keatas, kalau banyak sangat duit anda tu, anda akan mempunyai lebih banyak masalah daripada orang biasa.Rumah anda sah-sah besar kan, so takut pencuri masuk,jadi anda terpaksa mengupah pengawal keselematan.Anda terpaksa memasang home security system di sekitar rumah anda.Tidakkah ia sangat menyusahkan apa bila penggera anda berbunyi,anda akan ketakutan,menunggu polis tiba,dan setelah semuanya selesai,anda mendapat tahu kucing anda telah mentriggerkan penggera berkenaan?Dah mengacau pelbagai pihak kan?

Kepada yang teringin sangat wajah antik bak bidadari, tahukah anda betapa susahnya kalau berlaku kejadian sedemikian rupa.Kemana-mana anda pergi pun orang akan perhatikan, dan setiap benda remeh pasal anda seperti anda mengorek hidung di khalayak ramai turut akan menjadi isu yang digembar-gemburkan?nak ke macam tu?sah-sah ramai pulak stranger nak berkenalan dan kalau anda tidak layan, anda akan di cop sombunk,thus damaging your reputasi lah kan?Bagaimana pulak kalau ada yang menganggap anda beauty without brain?orang akan mempersendakan anda.

Lantak ar tak kisah, duit aku banyak, lantak ar aku cantik biar orang dengki.Mungkin ini jawapan anda.Ye duit anda banyak, sebab itu perompak-perompak lebih suka menjadikan anda sasaran,silap-silap kena pasang bodyguard.Ye anda cantik, anda akan menjadi sasaran paparazzi dan juga perogol bersiri nak ke?

Yang penting sebenarnya biarlah sederhana,serba – serbi.Makan cukup, pakai cukup,ibadat cukup.Anda akan lebih tenang dan happy.Cuba perhatikan kalau kes cerai- berai masa sekarang ini,kebanyakannya melibatkan golongan yang berduit dan yang berupa paras cantik (cantik ker??).Ye,lah kadang-kala kalau dah kaya semua benda pun ingat dia boleh beli, pangkat, kuasa, dan akan timbul satu sifat yang amat berbahaya, BANGGA.Jadi bila kita menjadi bangga ni,kita akan rasa kitalah yang terbaik,orang lain haprak.dan akan timbul satu lagi sifat iaitu angkuh.Dah kita beh sekali, orang lain dop beh kan?

Rasa-rasalah kan, orang yang angkuh ini , rasa hormat dia akan ada lagi tak?Confirm-confirmah peluang itu agak tipis kan, jadi kalau si isteri dah hormat suami dan si suammi tak sayang isteri apa yang akan jadi?pergaduhan antara ego siapa paling tinggi, sebab dua-dua angkuh kan (Aku beh skali attitude).So terjadilah penceraian ork.Macam mana time dia kahwin ada press conference, cerai pun ada press conference lol.

Kalau yang berupa paras cantik, henseng ni pulak, anda ingat hidup tenang ker?Uih , tak,tak, silap.Anda akan sentiasa di ganggu oleh peminat,stalker, dato gatal, datin yang nak jadi sugar mummy (teringat epilog syurga cinta),yang lagi bahaya kalau attract perogol bersiri.Cuba tanya perogol bersiri tu kenapa dia pilih anda, jawapan cliche dia mungkin ” Sapa suruh mu lawo?” hahahaha!!!.

Jadi cukup lah bersederhana, hidup pun senang sebab hati tenang.Kadang-kala kalau banyak duit ni kan complicated sebenarnya bukan makin senang.Contoh -contoh perbualan…

“Mummy minta maaf, mummy ada orang lain, tapi daddy pun ada orang lain jugak” “Is this true Daddy?”
“Sorry Stella, it’s complicated“. (petikan filem cinta semerah stilleto)

Apa yang complicated nyer?kalau ko jaga, sayang isteri ko, and si suami sayang isteri, dan dua-dua tak menggatal, tak adalah jadi benda ni kan?

“Jodoh tak panjang,” “Jodoh tak ada,”

Kesian jodoh kan?dipersalahkan selalu.Jawapan di atas mungkin boleh di terima kalau pasangan kau accident and meninggal, bukan pasal ko gatal nak pasang lagi satu lol.

Tapi sketsa ini jarang (bukan tak ada) berlaku kalau kita bersederhana.Sebab kalau bersederhana, kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain.That’s what make us close.

Jadi fikir-fikirkanlah.

*Teringat ada insan yang gemar makan nasi lemak yang berharga 15 ringgit.Nasi lemak simple baru 3 ringgit hahaha.Mungkin ada juga yang tahu mana nak dapat nasi lemak 50 sen?huhuhu

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »