Anda suka pakai cincin?Anda jenis yang merasakan tidak selesa apabila cincin tiada di jari anda dan anda mula gelisah apabila anda tersalah letak cincin anda selepas mencabutnya sebelum mandi dan tidak dapat mencarinya selepas itu?Jari anda sudah berlainan warna akibat cincin yang selalu berada di jari anda?Kalau anda mengalami situasi demikian ,bermakna, anda adalah seorang yang gemar memakai cincin.Begitu juga dengan saya hehehe.
Entri ini di tulis kerana saya mendapat ilham (bukan anak uncle sharom , tapi idea) ketika bertwitter di kawan baik saya Awien yang sedang dalam dilema dan kegelisahan kerana cincinnya hilang.Apabila di tanya cincin apa (yelah, setahu saya dia belum bertunang jadi tak mungkin cincin tunang, mana tahu cincin habib jewel yang berharga rm96K yang saya tengok tempoh hari di KLCC yang saya salah pandang ingat 96 ringgit, ok dah kelaut) rupa–rupanya cincin tanda.Jadi seorang kawan lagi, eyla telah mencadangkan supaya membeli sebentuk cincin yang sama.Idea ini agak sukar di laksanakan kerana cincin itu adalah custom made (hurm, parah ler).
Tapi apa yang ingin syaa tegaskan di sini (okey ayat ini bermula dengan tapi, its not good for doing your karangan yerp) bukan samada kita mampu untuk menduplicate cincin itu, atau pun membeli yang baru, ini kerana cincin itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.Sewaktu cincin tanda itu di berikan, ia di berikan dengan penuh kasih sayang dan penuh erti , melambangkan perasaan cinta dan nurani dari si pemberi kepada si pemakai.Jadi tidak ksah lah sama ada terdapat cincin lain yang lebih mahal, lebih cantik, lebih lawo,lebih stylo atau lebih kurang, cincin itu satu-satunya yang bernilai.Seperti juga manusia yang di lahirkan berlainan walaupun rambut sama hitam (dan yang tak berapa nak sedar diri tu pergi dye rambut kaler lain joking, joking kang ada yang marah pula :-P ) tiada ada cincin yang sama walaupun di beli di kedai yang sama dan mempunyai design yang sama dan harga yang sama, tapi ia tetap bukan cincin yang sama.
Perbincangan ini mengingatkan aku tentang suatu peristiwa , 2 tahun yang lalu sewaktu berbuka puasa di hostel.Aku mempunyai sebentuk cincin yang di berikan oleh ibuku.Selama ingatan ku, cincin itu tak pernah lekang berada di jari aku, kemana aku pergi , di situ dia ada.TApi sayang,jodoh kami tak lama.Sewaktu berbuka puasa, standard lah tinggal dalam dorm mesti bungkus punya.Jadi selepas mencuci tangan, dan membuka bungkusan nasi, dengan cerdik tahap PHD aku meletakkan cincin itu disisi,dan menikmati juadah berbuka puasa.Selepas membasuh tangan dan membuang bungkusan makanan itu, aku tidak dapat mencari cincin tadi.Puas sudah ku mencari, ku tinggalkan pesan, ku kirimkan berita agar dapat ku temui, bayang mu…(ok ter AXL sekejap).Konklusi aku mengatakan , cincin itu telah selamat di kuburkan di dalam toong sampah, tapi kerana sayangnya aku dekat cincin tu, aku pergi juga korek, dan cari, tapi banyak sangat bungkusan jadi,usaha aku sia – sia dan hatiku hampa.
Pulang sahaja ke rumah aku rasa sangat gelisah, bukan kerana kau risau dimarahi, tapi aku merasakan tidak tenteram, its like the ring took a part of me with it when it went down into tempat pembuangan sampah.Kini aku ada satu cincin lagi, ibu yang hadiahkan kepadaku, tetapi walaupun cincin ini diberikan oleh individu yang sama, lebih style and lebih mahal,aku tetap merindukan cincin yang lama tu, sebab feeling tak sama.Ini yang dinamakan sentimental value bagi sesetengah orang.Mungkin ada yang berpendapat “cincin je pun, beli satu yang lain sudah, atau eleh boleh je beli dekat times square banyak kot yang sama”.Manusia-manusia yang berpendapat benda ‘remeh’ ini tidak patut diikutkan sangat.Tapi bagi sesetengah orang, nilai bukan terletak pada rupa, atau mahal nya sesuatu benda itu tapi pada benda itu sendiri.
kan Smeagol cakap “My ring, My Precious”~
I still missed my old Kancil.It was not much but it was mine.Every penny and every single cent of it comes from my pocket.Although i already have it replacement, I still missed that old car.But that is another story, that story is in English so let’s get back to our main story.
Sebenarnya nak habis dah entri ni, tahulah seronok korunk baca kan?Kepada Awien, aku harap dapat jumpa cincin tu balik, kadang-kala barang ini pun dia saja main sorok-sorok dengan kita, sebab kita hanya tahu nialai sesuatu itu bila dia hilang dari kita.Tapi kalau ditakdirkan memang tak dapat jumpa, berterus terang je dekat si pemberi,kejujuran mungkin akan menguatkan lagi perhubungan,walaupun mungkin kena marah nanti hehehehehe.Eventhough there’s a lot of assumption and conclusion regarding honesty, I still think that honesty is the best policy, if we can’t be honest with the person we love, then with whom can we be honest with?
P.S Kalau cincin tu beli dekat mid valley, aku tahu ada kedai lain yang jual cincin yang sama, sedara aku pernah beli sebentuk cincin dekat situ time dia buat hilang cincin perempuan bukit rangin bagi hehehehe….. (I didn’t mention any names kan? Peace no war )
2 Responses
Likeeeeeee ur entry.. Well yess i love the ring coz of the sentimental value on it. Klau bukan sbb custom made pon mmg ssh nk cr ganti.. Even same but the value n bak kate ko lar dberi dgn kasih syg kot.. Aaaaaa nak nanges! Xpenah hayat kot buka cincin tanda ku itu.. Btw, picture cincin ko tuh sebijik sebijan cam couples ring aku!!
mungkinkah aku yang mencurinya ?hahahaha