Awak berfacebook ker, awak tulis nota?

Bila teknologi semakin canggih, semakin banyaklah pula yang akan menyalah gunakan kemudahan.Contohnya, sekarang ini kebanyakan pelajar IPT telah mampu menggunakan telefon pintar dan capaian ke internet dan halaman sesawang adalah satu perkara yang mudah pada masa kini.Tak perlu nak ke cyber cafe untuk melayari internet mahupun ke resource centre di IPT itu sendiri.

Tapi sejauh manakah teknologi ini di guna pakai dengan sebijak-bijaknya?dari pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat pelajar yang sempat bermuka buku ataupun twitting di dalam kelas.Kalau nak tahu bila mereka melakukan ini ,status selalunya berbunyi “mengantuknya,lecturer boring”,”Bila nak habis ini?”,”Bla, bla, bla ,” dan beberapa lagi mengambarkan perasaan khususnya kebosanan sedang melanda diri.

Sikap segelintir pelajar ini telah memburukan keadaan apabila tenaga pengajar mula beranggapan setiap pelajar yang memegang smartphone sedang bermuka buku dan twitting, walhal ada di kalangan pelajar yang mengambil nota dari kuliah yang sedang di jalankan.Kan lebih mudah menaip di dalam note dan bila pulang just print out, haaa senang, tidak belaku pembaziran dakwat pen lagi.Dengan aplikasi yang terkini, pelbagai benda boleh di lakukan dengan hanya smartphone.Pernah anda cuba membuat slide presentation melalui telefon pintar anda?haaa mungkin ada yang tidak tahu akan kewujudan apliaksi sedemikian.Bagi yang mengambil jurusan kejuruteraan yang memerlukan saintifik kalkulator, kini terdapat aplikasi sedemikian , siap boleh lakarkan graf untuk anda.

no fb in class

Pada minggu pertama,saya mempunyai masalah untuk mendaftar subjek kerana kuota belum dibuka.(Kes lambat sebenarnya hahah), apabila menerima notis daripada rakan melalui pingchat, saya telah berjaya mendaftarkan diri semasa beratur membeli meatball.Senang kan?Kepada yang mempunyai online banking, proses pembayaran, pemindahan semua menjadi lebih mudah kini.Tak perlu nak ke ATM machine,dan beratur panjang, hanya melalui smartphone anda mampu melakukan semua ini.

twitter

Jadi smartphone bukan sahaja untuk bermuka buku dan bertwitting, tapi banyak faedahnya kalau di gunakan dengan sepenuhnya.Apa salahnya, kita cuba mengekplorasikan the full potential of our smart gadget.Jadi sama-samalah kita beramal hehehe…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »