Pernah tak terjadi kepada anda semua situasi ini.Keluar ramai-ramai, dah janji nak minum ABC atau pun Air Batu Campur.Sampai di tempat di janjikan, selepas bersalaman dan berpelukan, semua duduk ambil tempat dan mula memesan makanan.Ada ABC aiskrim , ada Cendol pulut, ada ABC tak mahu kacang cuma nak sirap dan ABC biasa,manusia semua sama , tapi taste lain -lain.
Tiba -tiba…
Ini adalah senario yang biasa kita lihat pada hari ini.Tiada lagi gelak senda gurau dan ketawa berdekah-dekah, senario yang kian popular adalah melihat screen telefon dan tersenyum kambing sendirian.Mungkin ada juga ada komunikasi 2 hala seperti “Wei, ada awek hot add aku dekat facebook” atau “Hurm, kenapa dia tak tweet hari ni?rindu ar dekat dia,””Sapa pulak BBM aku ni?”.Tapi bagi yang duduk sibuk bermain game tu,Haaa jangan haraplah.Kadang-kala bunyi keluar berdengus bila kalah atau game over jer.
Jadi meja yang patut meriah tu, yang kadangkala sampai 10 orang, boleh sunyi sepi tanpa bunyi, kalau lah macam ini masa kelas atau kuliah kan bagus, hahaha.Bukan apa, kalau dah kita duduk berkumpul nak lepak atau ber hang out orang kulit cerah kata, patut itulah yang kita buat.Kesian kepada yang duduk nongok tengok korunk semua main, tweet,bbm dan apa -apa jelah.Patut kita habis kan masa berkongsi cerita dan pengalaman (jangan mengumpat , dose!!).Jadi cuba fikir balik, kalau kita yang berada di tempat orang yang berbbm dan etc tu, mesti ar panas kan?
Jadi untuk elakkan terjadi masam muka dan juga bermuram durja, sila lah menjadi prihatin terhadap persekitaran anda,bukan apa kadang-kala kawan tu nak jaga hati punya pasal,buat diam jer, sambil mendengar lagu polyphonic dari phone dia.Mungkin anda merasa telefon anda cool (memang cool pun kan?leh bbm katakan.. :-P )..tapi kawan -kawan dah tengok anda macam ni…
Jadi untuk mengelak member terasa, kongsilah duit beramai-ramai dan membeli satu telefon pintar untuk member yang tak ada.Jadi lepas ini kalau lepak, tak adalah orang yang rasa terpinggir betul tak?
Okay , akhir kata, siapa nak lawan online fruit ninja?hohohoho
One Response
tu lah. dtg jauh2 nk spend masa nk gelak2 nk borak2, bukan nk tengok org main handfon ok :X-P: