Blog ini bukan diari

kadang-kala ramai yang menyangka blog adalah diari.Pandangan ini tak adelah salah seratus-peratus dan tidak jugak betul seratus-peratus.Sesetengah orang suka menulis diari, yelah bukan apa, untuk ingatan masa depan dan juga mencurahkan semua perasaan dalam hati.Sebab itulah ia sangat rahsia kerana diari seseorang merupakan coretan hati seseorang insan.Apa yang terkandung adalah milik peribadi seseorang penulis itu , dan sesiapa yang meng violate kan “sempadan” ini boleh mengganggap diri mereka tak guna.*Uih marah betul kan? Ini dinamakan etika, kalau orang tak ada etika jadi they are not trustworthy.Okay, dah cakap english pulak.

Menulis diari kadang-kala seronok juga, kita boleh tulis apa sahaja dalam diari, samada impian, cita-cita, perancangan, perasaan, emosi, dan pelbagai 1001 benda lagi yang boleh di coretkan di atas kertas putih tersebut.Bagi saya, saya lebih gemar menulis secara electronic atau e diary, tapi bukanlah meletakkan isi kandungan hati ni (cheh!!) dalam blog yang saya tahu kalau di publish akan menarik pembaca.saya menggunakan satu software yang di namakn save moment, khas di developkan untuk iPhone.Jadi kalau ada apa- apa benda saya nak tulis, akan saya tulis di dalam application ini, tak perlu bimbang kehilangan data, kerana anda boleh simpan isinya di dalam komputer mahupun server di internet.

dear diary

Di blog, saya lebih gemar menyampaikan sebahagian daripada pandangan dan pendapat saya terhadap dunia, tengok ajelah tagline die through my eyes.So kalau ada orang tak setuju,dah jadi “we don’t see eye to eye” hahahaha.Kadang-kala ada juga sebahagian daripada isi blog saya di gunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati, tapi mungkin hanya permukaan cerita sahaja.saya tidak menggunakan nama atau person yang terlibat di dalam blog, cuma gambaran situasi je yang saya coretkan di dalam blog yang tidak seberapa ini.

Tujuan menulis blog pada mulanya hanya untuk kmengisi masa lapang.Cubalah lihat entri terdahulu, kebanyakan saya banyak menceritakan benda yang saya buat seharian, tapi kini saya cuba mempelbagaikan isi kerana believe it or not saya ada beberapa avid reader, walaupun mostly adalah silent reader, dan kadang-kala saya ada dapat komen di email yang menyatakan mereka suka blog saya.Part mana yang mereka suka pun saya tak tahu.

Terdapat juga beberapa anonymous yang rajin membaca blog saya, dan beberapa mereka suka memberi komen terhadap entri yang saya tulis, terima kasih kepada yang membina,dan komen yang tidak elok itu saya abaikan.Saya ingin memohon maaf sekiranya saya mendelete komen yang mempunyai unsur-unsur maki – hamun dan agak kelucahan.I try to keep this site clean, so bring your rubbish to somewhere else, ayte?

Kepada yang ingin cuba menulis saya galakkan sebenarnya.It would create a n opportunity kepada anda semua.Kawan sekolah saya yang juga seorang blogger, telah mendapat offer untuk menulis novel dari sebuah syarikat yang berminat dengan hasil nukilan beliau.Haaa , kan dah ada rezeki di situ, walaupun beliau kini bekerja dengan petronas sebagai  jurutera mekanikal, tapi beliau juga mampu menghasilkan karya yang bermutu.

Saya pernah mencuba menulis novel, tapi kebuntuan idea menghalang sikit usaha tersebut, mungkin kalau di beri peluang saya boleh menyiapkan novel yang sedang saya tulis kini.Terdapat beberapa blogger yang berjaya mencipta nama hanya dengan menulis blog dan tulisan mereka di sukai oleh pembaca.Kalau saya yang menulis novel, alamatnya pening kepalalah si editor.

Kebanyakan penulis yang suka menjadikan blog sebagai diari mereka , setidak-tidaknya akan cuba untuk memprivatekan blog mereka dari tontonan umum.pelik pula kalau ada orang cuba nak promote diari mereka kepada khalayak ramai kan?lol.

Sebagai kesimpulannya, blog boleh juga boleh di jadikan diari, tapi jangan lupa untuk set kan privacynya hokay?

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »