“Oit Fad, bangun sahur, dah pukul 5.15 pagi dah ni,” kejut Farhan.Tersedar aku dari lena, bingkas aku bangun lalu duduk termangu.Dengkuran Hilmi memecah suasana ruang empat penjuru yang membentuk bilik kami.dalam kesamaran bilik dan mata yang suakr dibuka dek tahi mata, aku melihat usaha si Farhan mengejutkan Hilmi dari lenanya.Lena, ya memang lena Hilmi tidur di ulit mimpi indah, mungkin bersama kekasih hatinya.Mungkin mereka menyambung cerita bahagia mereka dari ruangan chatting ke dalam pertemuan di dalam mimpi, di dalam taman yang berbunga mekar yang di semai sejak mereka mengenali satu sama lain sejak 2 tahun yang lalu.Bingkas aku mengelapkan sisa tahi mata dan bergegas ke ruang makan.Bau sardin menusuk kalbu, hurm, sedapnya bau sardin walaupun dah 2 hari mengadap sardin, bisik hati kecil ku.
Berkumandang azan subuh memanggil umat Muhammad untuk menyembah kepada yang maha Pencipta,maha Esa menandakan waktu sahur dah habis.Hilmi yang ku kenali memang tak pernah tidur selepas subuh sambung mengadap Vaio yang berwarna turquoise.”fad, bila kau nak masak lagi?muak aku makan sardin, esok beli lah apa-apa yang patut, pasal duit no problem, serah pada beta,” ujar Hilmi dengan gaya seorang maharaja yang kempunan lauk.”hahaha, nantilah aku masak besok, kita masak ketam masak lemak nak?,” “Wei, kau jangan bro, aku mana makan ketam, kau nak suruh aku gatal seluruh badan ker?Nanti kau yang dapat susah,” balasnya.”Apasal pulak aku yang dapat susahnya, yang alergik kau bukan aku,well aku alergik jugak tapi aku tibai jer,”.”Alah, kau lah dapat susah,pasal kau kena garu badan aku dan tempat-tempat yang susah di capai,” Berdekah-dekah kami berdua ketawa memecah keheningan subuh.
Aku mengadap laptop aku sampai ke tengahari mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang di minta sebelum raya.Walaupun aku cuba, tapi da sesuatu yang mengganggu fokus aku dalam menyiapkan kerja dengan tekun.Mimpi semalam benar-benar membingungkan aku, kenapa tiba-tiba je, mimpi itu muncul.Dah gila agaknya aku.Yer memang,memang aku gila, aku gilakan dia.Kalau nak kata bodoh pun, mungkin juga, semua orang buat benda bodoh pasal cinta.Teringat aku tentang perang Troy, bagaimana kerana hanya seorang perempuan, beribu yang mati di medan perang.Kalau setakat aku yang bermimpi, bagaimanalah nak dibandingkan mereka yang mati berperang,antara Greek dan Trojan.”Arghh!!! apasal ni,” ujarku sehingga mengejutkan Hilmi yang sambung beradu.”Kau apahal pulak ni?tetiba jerit macam orang putus cinta,””Cinta?cinta apa?macam mana nak putus kalau tak ada?, Ahhh~ jangan nak mengarutlah Mi.Kau je yang bercinta siang malam,” balas aku panjang.”Up to you then,” balasnya pendek sebelum menarik selimut menutupi mukanya.Kononlah bilik baru pasang alat penghawa dingin, seronok si Hilmi tidur.Entah kenapa kemudahan ni tak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada aku.mungkin aku dah biasa tidur dalam kesejukan kipas angin berbanding dengan penghawa dingin yang sejuk dan senyap.Haih, rindu aku nak dengar bunyi kipas pusing.Hurm baik aku mandi, dah tengahari tak mandi-mandi lagi ni.kambing pun fikir dua kali nak menghampiri aku kalau macam ni, inikan pulak makhluk dipanggil manusia.
Kesegaran air menusuk ke dalam seluruh tubuh badanku.Bagus jugak Hilmi dengan farhan panggil orang supaya repair shower ni.Seronok juga mandi air hujan, tak payah nak susah – susah nak cedok air dari baldi.nak tunggu kumpul satu hal, nak cedok satu hal, hishh tak bersyukur sungguh, orang lain nak madni pun susah,banyak pulak cekadak aku, fikirku sambil tersengih macam kerang busuk, nasib baiklah aku jer yang ada dalam bilik air tu dan penonton yang setia melihat aku adalah bayangan aku sendiri di cermin muka.”Uih, berjambang dah aku, kena shave ni baru nampak kemas dan bersih. Semangat kembali lah kau kepada aku,”.Don’t worry Fad, they will,” ujar bayangan aku dan aku berani bertaruh aku akan nampak dia tersenyum sekiranya tiada buih shaver di muka.
Aku masuk kebilik untuk menukar baju.Hurm,macam nak keluar je hari ini, tapi nak pergi kemana eh?mungkin lepak town.Tapi kalau lepak town pun bukan boleh minum, nanti penat pulak.Nak tengok wayang, rasa macam malas nak tengok seorang,Lagipun cerita dalam laptop aku banyak lagi yang belum sempat aku tengok, ujar hati kecilku.Tengah aku duduk mengelamun baju apa nak di pakai, tangan aku mencapai jaket hitam kegemaran aku.Brapp!!! Aduh, tersangkut pulak, habis semua baju yang di gantung jatuh ke lantai.Sakit hati betul, masa inilah dia nak jatuh, kenapa tak jatuh semalam jer.Sibuk tangan aku mencapai dan melipatkan semua baju-baju yang terjatuh tadi.Salah aku jugak gantung banyak sangat baju sampai kan penyangkut tu tak tahan.Tiba-tiba aku tercapai satu baju berwarna merah jambu, entah kenapa aku terpaku seketika bila melihat baju warna merah jambu itu, terpampang imej makhluk bertanduk di hadapan muka baju.Perlahan lagu loneliness nyanyian babyface berkumandang dari corong speaker Hilmi. Aku sebak – BERSAMBUNG
3 Responses
LBS terbaik, sayang kasyah.. :cry:
pengaruh Lagenda Budak Setan?
Apapun, this is really good! Imagery u best! :)
pengaruh budak setan?maybe ada sikit kot..wait for the next part…