Adakah masih aku diperlukan – part 4 (the break up)

“Shah nak break,” katanya dengan selamba.Bagai nak gugur jantung aku di buatnya.Selama dia bersama dengan Shah walaupun seteruk mana pun pertengkaran , perselisihan faham dan masalah tidak pernah dia duga yang kata-kata itu akan terpacul dari mulut jejaka dihadapannya ini.Direnung ke dalam mata hitam jejaka tersebut, mencari tanda-tanda gurauan di sebalik mata hitam itu.Tiada tanda kasih sayang di mata jejaka melainkan kosong semata.”Tapi , tapi kenapa Shah?Dira cintakan Shah, what’s wrong sayang?”, perlahan kata-kata tersebut di ucapkan, separuh memujuk, separuh merayu.Dia tidak faham di mana salah dan silapnya antara perhubungannya dengan Shahrul.Setahu dirinya, hatinya setia kepada Shahrul seorang dan walaupun terdapat pertengkaran diantara mereka hanyalah pertengkaran manja yang sering terjadi antara dua kekasih.Pertengkaran yang inginkan kasih sayang dan inginkan pujuk rayu bukannya permusuhan dan dendam.

“Shah dah ada orang lain lah Dira,So dari Shah terus menipu macam ni baik Shah terus terang saja.Lagi lama Shah menipu , lagi berdosa Shah rasa bukan pada Dira tapi pada orang yang Shah cintai,”jawab Shah.”Orang lain?Tak, Shah tipu Dira, I don’t believe you,please say it wasn’t true,you just messing with me kan dear?” balas Dira lemah.Pengakuan Shah menyebabkan dia merasa dunia menjadi gelap, mentari hilang sinarnya, pelangi tidak muncul tiba, bulan dalam gerhana, yang tinggal hanya mendung awan yang berarak membawa kemurungan dan hujan.”Tak,Shah tak gurau Dira.Look, I don’t want to hurt you, so it’s better for me to leave.Shah bersama Dira pun sebab Shah rasa kasihan dengan Dira bukan kerana cinta.Shah lihat Dira bersungguh benar menginginkan Shah.Shah tak sampai hati nak menolak cinta yang dihulurkan jadi Shah terima cinta itu dengan terbuka.tapi sekarang hati Shah dah dicuri.I Love her Dira,” terang Shah dengan panjang lebar.

Langit yang tadinya mendung, mula membawa gumpalan-gumpalan awan yang berat, sarat dengan air hujan menuju ke arah mereka.Orang ramai yang berada di tepi pantai mula beredar mencari tempat untuk berteduh.Tapi Shahrul dan Siti Adira tetap berdiri tercegat di atas pasir pantai yang keputihan.”Kenapa,Shah?why do you do this to me?You know how much I love, don’t you?,”tangannya yang halus cuba mencapai tangan si jejaka, malangnya tangannya tidak menemui sasarannya.Shah mengelak dengan memasukkan tangannya ke dalam jean levi’ pemberian hari jadinya dari Adira 2 bulan lepas.”Sorry, Dira, I have made up my mind, and there’s nothing going to change it,but we can still be friends kan?,”.”But I need you Shah, i can’t stop thinking about you, don’t do this to me, please sayang,”minta Adira. Hujan rintik-rintik mula turun.”Sorry,I got to go,”ujar Shah pendek lalu mula berlalu dari situ.

“Shah!!!!!!” jeritnya memanggil jejaka tersebut yang sudah mula menghidupkan enjin kereta, tapi sahutannya hanya sia-sia.”Oh, tuhanku, why don’t you just take me away right now.aku rasakan seluruh hidup tidak bermakna lagi,”.Titik-titik jernih mula turun dari matanya yang kecil,membasahi pipinya yang putih.Hujan mula turun, titik-titik halus digantikan dengan titik-titik kasar.Dia masih berada di situ, tidak bergerak.Hujan bagaikan memahami hatinya dan kehadiran hujan bagaikan turut menangis.Perlahan-lahan dia berjalan mencari tempat berteduh.Di kedai berhampiran dia duduk termangu memikirkan peristiwa tadi.Ramai juga orang yang berteduh di kedai makanan segera ini, tapi tidak seorang pun yang perasan akan gadis malang yang sedang menangisi nasibnya.Mungkin kerana hujan menyebabkan tiada insan yang perasan bahawa dia sedang menangis.I love walking in the rain, so that no one knows that I’m crying.Shit!!! I don’t love it at all, I hate it.I hate it.Those people who made the quote is so stupid! Kenapalah dia orang tak memahami keadaan orang yang menangis tu?Bodoh!! bisik hati kecilnya.

“Awong, kenape ni,?” suara kecil menyebabkan dia tersentak dari lamunan.”Eh, Nafees,tak apa-apa, Awong tak sihat sikit,”ujar Dira kepada adik kecilnya.”Kawau, Awong cakik, Awong gi jumpe dokter eh, nanti dokter agi obat,Awong tak cakik da,nanti Awong cakik cape nak men ngan Apess,” matanya merenung ke dalam kakaknya dengan penuh kasih sayang.”Awong gi makan ubat eh, nanti Awong teman Nafees main ok?”katanya sambil tersenyum, lesung pipitnya jelas kelihatan,”otei,” balas Nafees sambil menguntumkan senyuman berserta lesung pipit miliknya sendiri.Dira meninggalkan adiknya bermain di atas pasir dan menuju ke bangku yang berdekatan.Dia melabuhkan punggungnya dan duduk memerhatikan laut yang kebiruan.Hari ini, hari cerah tapi berawan ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa.Laut menjadi saksi segalanya, waktu dia berduka, waktu dia gembira.Dia suka laut, laut bagaikan diarinya sendiri.Tidak perlu kata-kata, tidak perlu coretan, hanya gelombang dan deruan ombak menyimpan segala rahsia hatinya.Baik suka mahu pun duka.”Haih, kalaulah Fad ada disini,” Tiba- tiba dia dengan  pantas menekup mulutnya, she said the F word, bagaimana nama itu terpacul dari mulutnya , dia pun tidak tahu.Kedai makanan segera, tempat dia berteduh dahulu rancak memainkan lagu.Fad, tiba-tiba terbayang wajah jejaka itu di dalam kepalanya.Hatinya berdebar-debar, perasaannya tiba-tiba bergelora. “Eh, Awong nangis ker?” sapa Nafess yang menghampirinya.Lagu Gravity menjerit dari corong speaker kedai…. -Bersambung

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »