Adakah masih diriku diperlukan – part 2 (memori)

“Fad turun jap,”pinta Arul.’Turun?nak buat apa?tengah tengok orang main boling ni”jawabku malas.Bukan nak tengok sangat pun orang yang sedang bermain boling ni, tapi aku malas nak melangkah turun ke bawah berjumpa Arul yang sibuk berdampingan dengan mata airnya dengan seorang perempuan yang tidak silap aku sepupu si mata air.’Turun nak buat apa?”bisik hati kecilku.Terimbas aku gelagat si sepupu yang terpinga-pinga bila aku menyapa Arul 15 minit tadi.Haih, buruk benar ke rupa aku sampai dia bersikap begitu?lantak ar, harini aku baru habis pembelajaran associate degree aku so nothing can take my mood away.”turun jer lah, kita minum2,”balas Arul dari dalam talian telefon bimbitku.”Hurm, yalah,yalah nanti Fad turun”jawab ku, malas nak bertekak dengan Arul.Arul, Hairul Azwa sepupu aku ini bercita-cita nak menjadi ahli diplomat, mungkin pengaruh bapanya yang merupakan seorang duta membuatkan dia ingin mengikut jejak langkah bapanya itu.kami membesar bersama-sama sejak dari kecil lagi, boleh di katakan partner in crime.Aku, Arul, Ami, Asah merupakan cucu kesayangan datuk dan nenek sewaktu kecil dan kerana umur kami yang hampir2 sebaya menyebabkan kami agak rapat sewaktu kecil.

“Hai, tak nak minum ke?” sapa satu suara yang menyebabkan aku tersedar dari lamunan.”eh, tak, takpe, saya puasa harini,” jawabku sambil tersenyum.entah kenapa aku rasa macam sedang di temuramah, dan aku merasa berdebar-debar.What the hell is wrong with me?Aku tak sihat ke?badan tak panas pun, nak kata demam.’haih, puasa boleh pulak makan chewing gum,”sindir gadis tu.Aku cuma tersenyum je.Aku mempunyai alasan tersendiri kenapa tak minum di Deli Bakery itu.Bukan apa, berdasarkan pengalaman lalu aku dekat situ, gelas plastik dia berbau ubat gegat menyebabkan aku tak berselera nak minum dekat situ.’Sebenarnya malas nak cakap, tapi saya tak minum pasal gelas dia berbau something yang kurang menyelerakan,ada bau gegat” kata ku.”Ye ker? ada-ada je,” balas gadis tu.Aku memandang ke Arul yang sibuk mengungkapkan kata-kata jiwang kepada mata air nya. ‘Bila nak blah ni, tak selesa lah” bisik hati kecil ku.”Buat apa lepas ni?” kata si gadis sambil tersenyum.Comel bila dia senyum, ada lesung pipit.Lesung pipit yang aku kenal hanya milik kawan lelaki aku, Muzz.Aku merenung ke dalam mata kecil gadis tu, ” Entah, tak pasti lagi,kenapa?”.”Oh, saja tanya, tak boleh ke?” jelasnya pendek.Haih dah macam polis pulak nak tanya-tanya ni.Aku bukan apa, first time orang macam nak tahu apa perancangan aku seterusnya, nak-nak perempuan inilah first time.

Sejak dari dulu, aku tak tahu kenapa, aku ada masalah dengan kaum hawa ni.Aku tak selesa dengan dia orang bukan sebab aku benci atau suka, cuma aku ada rasa kurang selesa bila berhampiran dengan mereka.Bila kena tegur jer,mulalah tergagap, kelu lidah,berpeluh dan macam-macam lagi.pernah aku ceritakan kepada bapaku tentang masalah ini.”Fad, Fad.Fad anggap jer perempuan tu semua macam kawan-kawan lelaki Fad, so treat them like you treat your other friend,” jawab bapaku dengan berbahasa asing dengan cukup lancarnya sambil tersenyum.Jarang sungguh aku ceritakan masalah aku kepada orang tuaku, jauh sekali pasal perasan.Cuma, ibuku,ibuku macam si Hilmi.,dapat baca aku macam buku.So aku terima nasihat tu dan ia benar-benar berhasil.Terima kasih ayah kerana nasihat tu, hasilnya aku mempunyai lebih banyak kawan dari golongan hawa dari sebelumnya.

Dulu semasa aku di bangku sekolah, aku minat juga dengan kaum hawa ini, cuma nasib susah nak menyebelahi aku kerana aku tidak meminati yang sebangsa dengan aku.Aku minat dengan gadis tiong hua, entah kenapa rupa dan penampilan mereka yang menyebabkan aku minat dengan mereka kot, kawan-kawan aku pun lebih ramai berbangsa Cina dari Melayu ketika itu.Teringat lagi lagu Jay Chou yang aku boleh hafal tanpa mengetahui makna lagu tersebut, kalau di tanya tentang AXL,MAY,Mega jangan haraplah aku nak tahu lagu-lagu mereka.Kini gadis yang duduk di depanku, mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan.Putih, mata kecil, bertubuh kecil, berlesung pipit,tapi keistimewaannya dia berhidung mancung.Hurm, mungkin ada kacukan kot.chinese look tapi berhidung mancung.Tapi uniknya si gadis ini, dia bertudung, se agama denganku.Kadang-kala Allah ada perancangannya tersendiri, bila kita inginkan sesuatu Dia mungkin kurniakan dalam bentuk yang lain.Dalam diam aku mula menyimpan hati kepada si gadis tersebut.Dari sinilah bermulanya ceritaku, cerita yang penuh suka – duka, penuh tawa dan air mata.Di sini bermula….

Oh, lupa nama gadis tu Siti Adira – bersambung

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

8 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »