Churros di PCLO Cafe, Bangsar

Setiap hujung minggu aku sentiasa mencuri masa untuk melakukan aktiviti yang berkhasiat, contohnya seperti mencari lokasi tempat makan yang baru. *Food Hunting ini aktiviti yang sihat ke? Kih Kih Kih asalkan tidak keterlaluan, boleh kira sihat lah juga kan.

Beberapa bulan yang lalu, sewaktu di Seoul, aku pernah makan sesuatu benda ajaib yang di namakan Churros di Namsan Tower. Beberapa bulan dah kan? sungguh pantas masa berlalu , dan hati pun dah rindu untuk travel lagi ke sana =(. Tata Zaidi, kirim salam kepada Saad dan Uncle Yusuf, pape whatsapp ye. * Zaidi akan bawa Adam dan Sham pulang ke kampung halaman aku, sedih tak dapat ikut =(.

Berbalik kepada cerita tadi, setelah merasai keenakan churros ini, aku pun mula menjalankan siasatan tentang di mana aku boleh acquire churros ini di Malaysia. Ada beberapa tempat yang di suggest kan kepada aku. Cuma masalahnya di sini adalah untuk memilih churros yang mana yang paling umph!

Jadi minggu ini aku berpeluang untuk menikmati Churros yang enak lagi lazat serta tertarik dan menarik kau memang debomlah. Tempat yang aku maksudkan ialah Churros di PCLO Cafe, Bangsar. Mengikut Mui, dia ada dua cawangan, satu lagi terletak di Bangi. Memandangkan kami baru pulang dari menikmati makan tengahari di Piknick Publika milik Chef yang terkenal iaitu Chef Nik Michael Imran kami terus menuju PCLO Cafe Bangsar, besides Mui nak beli somehing di Modvier.

chef nik
Too much Awesomeness in one picture HAHAHA. With Chef Nik

chef nik 2

Kepada mereka yang ingin mencari lokasi PCLO Cafe cawangan bangsar ni, aku cadangkan anda semua cari je Modvier, pasti akan dapat jumpa PCLO Cafe ini kerana ia terletak betul-betul di luar Modvier. Satu sahaja masalah yang aku nampak adalah masalah tempat letak kereta. Kawasan tempat letak kereta di sini sangat terhad, jadi pandai-pandailah anda semua nak parking.

churros place

Sementara Mui dengan Pipah pusing – pusing dalam Modvier, aku pun menunggu dalam kehujanan rintik -rintik dan kejerebuan yang tidak terlalu tebal di meja yang di sediakan sambil menunggu churros aku siap. Aku tak perasan berapa lama masa yang di ambil sebab sibuk scroll instagram (waktu cuti je sempat nak scroll, masa bekerja memang tak sempat), tapi sempat juga si Mui dan Pipah siap membeli-belah.

Jadi inilah apa yang di pesan oleh kami.

Churros

us

5 batang churros, 1 mocha, 1 cappucino = RM31. Menurut Mui set churros tu sepatutnya RM7 lebih kurang, jadi aku tak tahu apa benda yang mahal sangat. Masa order tadi tak nampak pula tanda harga. Nak di bandingkan sebatang churros di Seoul yang berharga 3000 won, aku macam hmmm ok. Lain kali sila tengok harga sebelum membuat pembayaran ye. P.S kalau ada pembaca yang tahu harganya sila kongsi dengan aku, thank you.

1
Churros Seoul yang mahal

Akhir kata, Churros dia memang enak. Kira boleh jadi snek kegemaran aku selepas ini, kalau sesiapa yang mempunyai masa nanti bolehlah terjah ke sini untuk Churrosnya. Cappucino dia so – so, aku mula-mula nak minta machiatto tapi tak tahu kenapa terpesan cappucino. Churros ini sepatutnya di bekalkan dengan satu dip, tapi entah macam mana Mui boleh dapat order extra , so kami dapat coklat dan caramel. Kalau ikutkan aku prefer makan begitu sahaja tapi kalau nak kena dengan dip nya, chocolate lebih enak.

Okay sekian sahaja blog untuk kali ini. Bawah ni aku kongsi sikit video untuk tatapan anda semua.

Address: Bangsar Utama, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. Salam, thanks for the review. Dah setahun lebih baru kami baca ? Anyway we are now operating at The Curve, with better coffee, better churros, better service inshaAllah ?Do come over and let us know what u think! Our best selling combo is churros classic with coffee for only RM15. Jom!

  2. aktiviti berkhasiat yaaa jalan2 cari makan ngeh3..
    yes CT pun kalo nampak churos akan beli.. x mrasa lagi yang kat Namsan tu..
    yg terkenang2 tu.. soon maybe hehe. xde trip ke Korea lg ke ?

  3. Maybe sbb sedap kot tu yg mahal kan. Tapi aku dulu penah try churros ni dekat Red Card, Bangi. Murah sikit rasanyer. Harga x ingat plak. But now ada orang kata Red Card dah tutup. nangis. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »