Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar. Dah lama pergi tapi baru nak update wahahaha! Mian Ne!
Aku tercome across dengan restoran ini pun sebab nampak netizen di sosial media asyik bercakap pasal tomahawk, tomahawk. Jadi nak tahu juga apa benda tomahawk ni, dulu ada satu jenis bola boling nama dia tomahawk hahaha.
Kepada yang tak tahu, restoran ini di miliki oleh suami pelakon Nora Danish, Boss Ned. Dulu selalu nampak beliau memasak dalam instagram Nora, rupanya dah ada restoran sendiri. Power.
Memandangkan hari jadi adinda ku semakin dekat, jadi ibunda tanyalah aku suggestion nak makan di mana. Soalan paling susah dalam dunia bila nak jawab di samping soalan bila nak kahwin kan.
Belek punya belek, ada seorang ni share gambar Tomahawk ni, aduh, terus rasa mengiurkan. Mula dari situ, aku mula membuat kajian tentang menu, lokasi, review, pandangan, yang rata – ratanya positif.
Dalam menu terbabit, ada tersenarai Wagyu Tomahawk. Memandangkan aku pernah dengar sepupu aku memberi komen daging wagyu ni sedap , “melt in your mouth,” aku pun tergeraklah nak mencuba.
Daripada kajian, restoran selalu penuh dan kena booking kalau nak dapatkan seat. Jadi aku dengan bersemangat, 3 minggu awal dah booking LOL. Ada 3 slot boleh booking, 6:30pm, 8pm, dan 9:30pm. Memandangkan hari bekerja dan aku malas nak mengharung traffic jem di bandaraya kuala lumpur, aku book pukul 9:30pm.
Peringatan, kena book terus kalau nak wagyu tomahawk, sebab kadang kala tomahawk ni habis. Jadi make sure, telefon dan confirm kan ye, nanti sedih sampai sana habis pula.
Dari Hotel kami bergerak menuju ke Bangsar. Sampai memang cun – cun 9:30pm, apa ada hal, Waze kan ada. Kalau tak ada Waze boleh tengok signboard, macam mana nak tengok signboard , jangan tanya.
Sampai sahaja di kawasan restoran, hujan mulai turun. Aku putuskan untuk drop adik dan ibunda dahulu di hadapan kedai. Dan staff di sini memang terbaik, nampak je terus datang bawa payung. Bear in mind, kedai ini terletak dalam kawasan perumahan dan tempat letak kereta memang payah sikit. Siapa biasa dengan area bangsar mesti tahu payah macam mana. Lama juga pusing sampai ibunda telefon, dia tengah tunggu nak order apa hahaha. (Gambar logo N97 Bangsar tu pun ambil tergesa-gesa sebab tengah hujan huhuhu)
Dapat parking, aku terus masuk ke meja, eh masuk ke dalam restoran dan duduk di meja, eh duduk di kerusi, jangan buat pasal duduk atas meja nanti bisul. Duduk je di kerusi, seorang staff datang bawa tomahawk dan tunjuk kepada kami. Harga bergantung kepada berat, lepas dia tunjuk tu, aku cakap okey dan nak di buat medium well. Ada orang cakap medium rare lagi sedap, mungkin next trip lah kita cuba medium rare, ibunda tak minat sangat.
Ibunda turut memesan King Gambas dan Mushroom Crema. Nak rasa katanya. Untuk air, aku hanya order Ice Lemon Tea dan Cafe Latte. Bagi aku Mushroom Crema ini biasa sahaja, tapi King Gambas memang juicy dan gemuk.Sedap wei. Kalau anda datang ke N97 Bangsar, jangan lupa pesan King Gambas ni.
Sambil menunggu makanan, aku ke tempat preparation, tengok Bos Ned beraksi. Memang handal dia guna pisau.
Selepas menunggu beberapa minit, hidangan yang dinantikan pun tiba.
Jadi inilah rupanya Wagyu Tomahawk M5. M5 ini merujuk kepada marbling pada daging tersebut. Lebih tinggi score M ni, lagi sedap daging tu.
Setelah menyuapkan ke dalam mulut sendiri, ternyata memang Wagyu Tomahawk ni terbaik. Serius memang daging dia ada effect melting in your mouth tu. Jahat betul. Jahat sebab nanti mesti nak kena mari dan makan lagi hukhukhuk. Sesiapa yang pernah makan wagyu mesti faham sensation yang di hasilkan dari setiap gigitan. Tengah tulis ni pun terliur hahaha.
Berat Wagyu Tomahawk ini lebih kurang 1.8kg. Ibunda ambil sedikit sahaja, yang lain kami dua beradik yang habiskan. Jenis karnivor betul.Untuk pilihan wagyu tomahawk ni ada dua, berat 1.4kg-1.5kg harga dalam lingkungan RM710++, dan untuk 1.6kg-1.8kg harga dalam lingkungan RM828++ .
Ingatkan makanan dah habis sampai situ, daripada tulang tadi ada serpihan daging yang di extract lalu di masak bersama nasi goreng pula.
Memang kenyang yang amat sangat. Dah rupa macam ikan paus pun ada. Risau juga nak memandu dalam keadaan kenyang di dalam kegelapan malam di iringi dengan hujan ni, mengantuk seyh.
Selepas dah habis makan dan bayar, kami pun bergerak untuk pulang. Ramai juga orang yang baru tiba di N97 Bangsar ketika itu. Jadi, pastikan anda menempah terlebih dahulu.
Untung betul, siapa yang Neelofa belanja makan di sini masa birthday dia. Sedap.
InsyaAllah ada rezeki akan datang lagi. Mana tahu masa tu Nora Danish pun ada sekali kan?
One Response
Hi, nak tumpang tanya boleh? Saya nak bawa wife makan N97 untuk coming birthday dia. Kalau yang 1.8kg tomahawk tu banyak sangat ke? *kitorang kuat makan btw HAHA!