Burger & Lobster. Nak makan burger atau nak makan lobster? Dekat mana nak cari restoran yang menawarkan kedua-dua pilihan makanan ini dalam satu restoran? Jawapannya tentulah di Burger & Lobster , Sky Avenue, Genting Highlands
Hi dan Annyeonghaseyo! Kenapa annyeonghaseyo? sebab negara kedua paling banyak pembaca ke blog ini datang nya dari South Korea! I Seoul You! Kamsahamnida Yorubun!
Entri kali ini nak kongsi dengan sebuah tempat yang sangat menyelerakan dan harus di cuba oleh peminat – peminat makanan laut. Tempat kita terjah kali ini adalah Burger & Lobster!
Untuk pengetahuan bersama, restoran ini terletak di puncak bukit kota keriangan Genting Higlands, Sky Avenue 1. Tinggi betul lobster ni merangkak naik ke atas sana, tak pening kepala ke naik jalan berpusing dan mesti tak gayat sebab dia tahan naik kereta kabel kan?
Restoran ini beroperasi dari Isnin hingga Khamis ( 11:00 – 22:00) , Sabtu ( 9:00- 12:00 tengah malam), Ahad (9:00 – 22:00), dan pada cuti umum (9:00 – 12:00 tengah malam). Sedikit info kedai ini tidak boleh di reserve atau di book, anda tiada cara lain nak masuk melainkan dengan beratur. Yes BERATUR.
Sebelum kita masuk topik beratur, untuk memudahkan anda kesini tanpa perlu memandu ke puncak, anda boleh berhenti di GPO , Genting Premium Outlet. Berhenti sahaja, jangan shopping pula. Shopping masa turun nanti okey? Selepas meletakkan kenderaan anda di GPO, pejam sewaktu lalu di butik butik di sini dan terus menuju ke stesen kereta kabel, Awana Skyway. Beli tiket return RM16 ( gondola biasa), dan terus menuju ke atas. Tak lama, dalam 10 minit macam tu, untuk 2.8km perjalanan. Untuk kanak – kanak bawah dari 90 percuma. Ada juga gondola berlantai kaca, RM50 sehala.
Dah sampai di Sky Avenue, anda boleh turun ke level 1. Restoran dia tak susah nak cari dan kalau susah juga, ada satu tip, BERTANYALAH JALAN DEKAT PEKERJA DI SITU APALAH DAH SESAT MASIH MALU NAK BERTANYA KEEEE???
senang kan? Next step?
BERATUR.
Untuk makluman, rezeki saya dah dua kali dapat pijak ke sini. Yang pertama, sampai sahaja terus boleh duduk. Yang kedua, kena beratur dalam 45/50 minit macam tu. Sepupu saya dulu tak bernasib baik, kena tunggu lebih 1 jam.
Sewaktu beratur tu, memang dalam hati tak habis – habis “Boleh cepat sikit sik habis makan tu , ore lain nok makang juge. Kamek perut doh lapaq dah ni”. Sambil tunggu tu, buatlah apa – apa yang patut, like gambar orang ke, unfollow orang ke, tweet ilmiah ke, update dekat igstory “Panjangnya kena beratur” supaya follower perlu tahu kita tengah beratur ke.Ikut suka hati awaklah, mana saya tahu, takkan hati awak saya nak kena decide pula.
“Encik Radin, please come in” memang heaven betul bunyinya bila sampai giliran kita.
“Kalau kerusi tinggi boleh? kalau yang rendah kena tunggu,” Aku angguk sahaja, sebab 1st time datang pun kerusi tinggi, tapi masa lalu tu, ada meja kosong , kemungkinan baru lepas kemas, so pelayan tu bagitahu “eh! ada kosong sini, dekat sinilah, tak payah duduk kerusi tinggi”. Rezeki tuhan dalam pelbagai bentuk kan?
*Kerusi tinggi tu meja yang tinggi macam duduk dekat bar, so kalau orang rendah mungkin rasa tak selesa sebab kena panjat sikit, aku tak kisah, aku tinggi. #fliphair .
Jadi kami pun orderlah apa yang patut. Aku gabungkan dishes dari dua situasi, lawatan kali pertama dan kedua sekali dekat bawah ni ( ingat lawatan sambil belajar ke? korang ni nak bash je kan? tinggalkan perangai toxic tu di 2017 please!)
GRAPEFRUIT SODA RM24. 2 BRIOCHE RM12.
Kesimpulan yang tersimpul. Aku memang syorkan 100% untuk anda semua datang ke sini untuk menikmati kesegaran lobster dari ladang, I meant dari Canada ini, yes lobster ini datang terus dari Canada. ( Macam mana dia orang lepas imigresen dengan bawa sepit besar macam ni pun aku tak tahulah).
Budget yang perlu anda sediakan, lebih kurang RM200 seorang. Itu pun kalau anda tak pesan Big Boy. Big Boy ni Lobster yang akan di cas mengikut berat, ada sampai ribuan ringgit.Untuk lawatan kali kedua, kedua-dua aunty aku tak berjaya menghabiskan sepit lobster mereka, jadi 6 sepit untuk aku wahahahaha!
Jadi kepada penggemar Lobsters boleh datang ke sini bersama keluarga, adik beradik, isteri, dan ibu bapa. Skandal jangan bawa, melainkan dia yang bayar. Jangan lupa datang ke Burger & Lobsters di Sky Avenue, Genting Highlands. Yelah, nak pergi yang di London manalah kita mampu kan ㅋㅋㅋㅋ.
Annyeong!
4 Responses
hi tumpang tanye halal ke tu
Wowwww…terliurrnya
perghh.. burger je dah rm100+ ke atas.. pk 2 kali juga nak makan ni.. hahah
Range burger dia sebenarnya dari Rm65 sehingga Rm153. Yang mahal tu sebab ada lobster sekali dengan daging. Signature dia , burger and lobster hehe