Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari informasi tentang Prime, Le Meridien Kuala Lumpur ini.

Nak di jadikan cerita atau nak di jadikan hal, sewaktu aku berada di Bandaraya Kuala Lumpur baru- baru ini. Aku bekesempatan untuk singgah di Prime, Le Meridien Kuala Lumpur. 

Setelah check out dari G Tower Hotel, aku bergerak menuju ke Prime, Le Meridien Kuala Lumpur. Setelah membuat sedikit carian, Prime ini buka pada waktu tengahari 12:00pm – 2:30pm (Isnin – Jumaat), dan untuk makan malam 6:30pm-10:30pm (setiap hari).

Sebenarnya tersalah jalan beberapa kali sewaktu perjalanan menuju ke sini dari G Tower. Pakai Waze pun boleh silap, manusia mana tak buat salah kan? Nak senang, Le Meridien ni terletak bertentangan dengan KL Sentral di tingkat 5.

Sepatutnya aku sampai dahulu, tapi ibu saudara, sepupu yang sampai dahulu pula. Terkial-kial juga nak mencari arah ke  restoran dari tempat letak kereta. (Jangan lupa cop tiket anda di restoran, harga tiket tempat kereta agak mahal juga).

Sampai di situ kami pun memesan makanan, mestilah memesan makanan , takkan beli tiket wayang pula kan? kami memilih Kyushu Tenderloin dan Slow roasted spring chicken untuk santapan tengahari. 

Combo Dishes – RM68 ++
Badoit 750ml – RM22 ++
Medium Well Kyushu Tenderloin (240g) – RM450++
Slow Roasted Spring Chicken – RM66++

Antara steak yang pernah aku makan, rasanya Kyushu Tenderloin di Prime , Le Meridien Kuala Lumpur ini yang paling terbaik sekali. Dia punya kelembutan tu ibarat macam makan mentega. That melting in your mouth kinda of feeling aduhai! 

Walaupun di sajikan dengan beberapa jenis sos, aku sarankan supaya daging tersebut di makan begitu sahaja. Pastikan anda memesan “Medium” walaupun aku sendiri minta Medium Well. 

Sebelum makan, ibunda aku bagitahu, kalau tak habis dia nak bagi aku dagingnya. Tak kesampaian, habis dulu. Kata ibunda, daging dia lembut gila, gigi tak berapa kuat pun masih boleh kunyah. Ibu risau kerana portion daging yang kami pesan range dalam 215gram (aku punya berat sikit 240gram).

Aku sangat- sangat syorkan Prime, Le Meridien Kuala Lumpur ni kepada peminat daging kerana anda pasti tidak akan menyesal.10 out of 10. Boleh bawa yang tersayang untuk acara istimewa atau sekadar mencari tempat untuk makan malam. 

Lain kali nak repeat boleh try Magaret River Tomahawk Wagyu pula. 

Untuk membuat tempahan, +60322637434.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »