Berbuka Puasa di Andaman Tomyam dan Arsenal.

Hari ini (semalam) masuk hari keempat umat Islam berpuasa.Semoga kawan-kawan di berkati di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Harap-harap semua masih berpuasa penuh, dan terawih still on the go =).

Sepanjang 3 hari yang lepas, saya berbuka puasa di rumah yang tercinta dan tersayang dan semua yang ter ter ter.Hari ini, hari pertama berbuka puasa di luar setelah di pelawa berkali-kali oleh kawan ibunda tercinta, aunty Zura dan uncle Zamri.She’s like a pet sister to my mother, a great women indeed.

Jadi selepas jam berdetik tepat pukul 7.00 malam,  me and my familia bertolak ke lokasi restoran Andaman , Tanjung Lumpur, Kuantan untuk iftar (berbuka puasa). Memandangkan ini pertama kali kami ke sini, agak kelam kabut juga nak mencari restoran ini, tapi syukur Alhamdulillah, kami berjaya juga sampai sebelum azan Maghrib berkumandang.

Lauk-lauk yang di sediakan adalah seperti di bawah, sotong goreng tepung, ikan pari bakar, ikan aji-aji bakar, tom yam campur, sayur campur, paprik daging.

Semasa sedang berborak-borak dengan uncle Zamri, baru saya tahu yang ikan serta sotong ini di bawa oleh Uncle Zamri sendiri,  jadi restoran ini hanya tolong masak untuk kami.Cool eh?Agak-agak bawa  ikan jerung , dia sudi masakkan tak? =p

Jadi kalau nak komen tentang masakan, kita bukanlah pengkritik tetap Masterchef Malaysia, tapi saya suka cara masakan ikan parinya. Isi ikan aji-aji agak keras bagi saya dan sotong celup tepungnya, agak terlalu banyak tepung  menyebabkan si  pemakan mungkin akan kenyang dengan tepung instead of sotong.Tom Yam dia saya suka , sebab pedas, pedas menyelar orang kata.(Boleh jadi pengkritik makanan tak ?hehehe).

Thanks uncle Zamri dan aunty Zura for the iftar.

Malamnya selepas terawih, saya terpaku di depan TV.Buat apa? Tengok Arsenal lawan Malaysia.Tengok pun dah terlambat, dah 30 minit first half.Tak plan pun nak tengok, tapi bila tengok score 0-0, jadi excited pula.Kuat juga Malaysia kalau nak di ikutkan.Selepas Malaysia sumbat 1 gol, kegirangan terus bertambah, terus tak jadi nak pergi TF dengan si Izzat.Menyesal pula tak pergi tengok Live dekat KL.Maafkan saya tiket, awak burn begitu saja T_-.

Selepas habis bola, terus menuju ke Mc Donald seperti yang di janjikan untuk bertemu si Izzat dan Wafi.Memandangkan iftar tadi berbuka dengan agak mewah, saya tak plan pun nak makan, tapi since si Izzat sogok dengan ciken foldover dia yang buy one free one tu, saya terus mengeluarkan duit-duit singgit yang ada dalam poket, gatal nak beli juga.Si Abg Farid model MIAT pun datang lepas tu.

Borak punya borak sampailah ke pagi.Pukul 3 pagi sampai rumah, terus membalas tweet, Soo Wincci yang sedang bersahur dekat Taiwan.Wincci ni comel kuikuikui.Selang beberapa minit kemudian, ibunda dah panggil untuk bersahur.Dengan perut yang penuh dengan ciken foldover, tambahan dengan sundae green lime, saya bergerak menuju ke dapur.

Sahur hari ini berjumpa Pari lagi, since Pari kat kedai tadi tak habis.Telur mata lembu pun ada sekali.Alhamdulillah.Sahur sedap, break fast (iftar) sedap, jadi ibadah berpuasa jangan pula tak sedap.Selamat berpuasa semua.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »