Entri ini bukanlah entri baru memandangkan Sukma dah berakhir seminggu yang lepas.Selepas 16 tahun , Sukma kembali ke Pahang, lama kan? Dulu Tok Gajah, sekarang ni dah cucu dia.Patutlah saya berasa hairan kenapa, patung Tok Gajah macam budak-budak, rupanya they are his grandchidren pula.
Sukma tahun ni tidak berpihak kepada tuan rumah, tak ada rezeki lagi agaknya.Takpe, kalau kalah , biar bermaruah.Kalau kalah , there’s always another tournament kan?kata-kata yang aku pinjam dari fifah.
Seperti biasa sukan yang menjadi tumpuan aku adalah tenpin boling.Peserta pilihan kali ini?tentulah sepupu aku sendiri, si Radin Nur Najwa Arifah.Walaupun sepupu aku bermain untuk Wilayah, hati ini yang selama seminggu berada di bowling Alley Kuantan Megalanes tu tetap berharap lagu Pahang di nyanyikan.Tapi harapan tinggal harapan , dah kata tak ada rezeki, paling tinggi pun Pahang dapat merangkul pingat perak sahaja.
Selain dari membangkitkan semangat kesukanan, hubugan silaturahim pun dapat di eratkan.Bila tournament -tournament besar inilah yang menemukan aku dengan sahabat-sahabat lama.Ada yang aku kenal dari bangku sekolah lagi sehinggalah berjaya mewakili pasukan negara.Dapatlah aku berjumpa dengan si Noer yang aku asyik duduk tengok keluar dalam TV je, last sekali bertanding dengan mamat ni time SUKMA 2004.Lama kan?Entah kemana masa terbang?*direct translation dari bahasa inggeris #OHMYENGLISH
Salah satu benda yang aku rasa agak merugikan ialah stok cenderahati dan cenderamata Sukma.Kebanyakan atlet dari luar semuanya bertanya kepada aku ” fadli , kat mana nak beli patung gajah tu? kat mana nak beli keychain?” Sepanjang aku bergiat dalam acara sedemikian rupa, benda -benda ini tak pernah habis, siap jual buy 2 free 3 pun ada dulu.Tapi agak berlainan dengan situasi di SUKMA Pahang kali ini, kerana pada pendapat aku, alangkah sayangnya mereka yang inign membeli barang-barang ini semua untuk di jadikan memori dan kenangan di SUKMA PAHANG 2012 tidak kesampaian.
Biasalah kalau acara begini kalau balik ke negeri sendiri, orang akan tanya “keychain-keychain tak ada?” berlainan pula dengan atlet Wilayah yang mengedarkan keychain keychain wilayah kepada tuan rumah.Salah satu sebab mungkin pengurusan yang telah bertukar tangan, dengarnya.Apa yang positifnya, bandar Kuantan semakin cantik, serius, walaupuan Kuantan bandar terbersih dalam Malaysia, tapi nak kata cantik tu tak adalah, tapi sekarang kecantikan itu terserlah, seperti di makeup make up gitu.Walau apa pun, tahniah kepada pemenang, dengar cerita satu emas dapat 5K. Sukan menembak saja dah dapat 22 tak silap. Muda -muda dah berduit.Akhir kata majulah sukan untuk negara.