Dendam yang tak terbalas

Nama entri nak ganas aje kan?sebenarnya bukan nak bercerita tentang dendam kesumat atau dendam mendendam,tak baik berdendam ini.Cerita yang sebenarnya bermula dari satu petang ketika saya berada di depan laptop.Tiba-tiba berbunyi satu isyarat memanggil dari facebook,’ding’.Tengok-tengok Anif menghantar mesej membawa jemputan ke pertandingan min ton jahat @badminton di Indera Mahkota.Sebab malam masih lagi kekosongan,jadi saya meletakkan dalam planner (macam ye ye je kan?) 11.00mlm,IM 2,dewan Badminton.

Sepatutnya malam ini pergi berckt@Char Kuey Teow dengan Cikgu Rifa dan Adik Sarra di Juara.Tapi memandangkan terdapat pembatalan di saat terakhir oleh Adik Sarra kerana disebabkan terdapat kesulitan di pihak beliau ,maka majlis berckt di batalkan dengan rasminya.

Encik Paan menjemput saya ke pawagam untuk menonton Guliver’s Travel.Memandangkan kredit saya agak semput, jadi saya terpaksa menyuruh Twins untuk memesej beliau,membatalkan rancangan tersebut dan emngajak beliau menjadi salah satu perwakilan mewakili team kubang buaya untuk ber badminton.

Tepat pada masa yang di janjikan (pukul 11 malam , tapi sampai dalam 11.10, biasalah ,janji melayu :laugh: ).Selepas sampai, tersergam indah dewan badminton ini dengan lampu neon,eh lampu gelanggang yang berwarna putih.Lampu berwarna putih senang di cari, tapi hati yang putih dan bersih sukar di temui kan?ok beginilah keadaan di dalam gelanggang.

Gelanggang tempat pertumpahan peluh bakal berlaku

Dan ini adalah pesaing dewata utama yang ingin kami tumpaskan

Saya hanif, saya okay

Sebelum perlawanan, kena pastikan setiap kelengkapan dah ready dan good to go..

!,2,3,4,5,6,7, eh lubang jaring tak cukup ni....

Di bawah antara aksi-aksi yang sempat di rakamkan oleh jurugambar bertauliah, yang mempunyai degree dalm penangkapan gambar.

hang bawak mai ke aku, bawak mai~~

Gaya dah macam Rafael Nadal.Kita tengok aksi berikutnya.

Adik "nah terimalah servis kencang dari Ihsan,Amir"
Cit, No hal, senyum je nak ambil ni
Eh,eh, tinggi nyer!!!
Saya"Eh,eh,eh, termiss," Paan'Lepas fadli, lepas!!!"
Hahahaha macam mana aku pukul tak kena ni?
"fadli ajer, no problem lah,tukar set" Aku"Wei, baju tu dia nak kasi kita takut jer,no hal la wei"
"Macam mana nak pakai benda ni?"
Hanif"Mari sini Abam hanif nak ajar, kalau nak jadi hebat dan kuat macam abam hanif kena banyak bermain boling, barulah siaht dan kuat ".. Abang "ooooooooo~~"
"Abam hanif cakap masa nak servis kena senyum barulah nampak ceria bila masuk tv nanti,jadi kena praktis dari sekarang"
Macam ini je ker bola dia?kita bakor je gini..
mana bola ni ,tak sampai -sampai lagi?

Rupa-rupanya….

Adik"paan , aku pass dekat ko!!" Paan "Wei, wei ,wei, ni bukan futsal!!!"

Beberapa adegan lain yang sempat di rakam….

"haah, bola aku ni!!!"
Heyah!!! bola aku gak ni
"Li, lepas-lepas ni bola aku gak ni!!!"
Paan"Haaa ni pun..." Aku"Wei, kalau sampai sudah bola ko, bila aku nak mainnyer?"
Paan"Peace yo, bola itu bola aku,"

Selepas berhempas -pulas, berenang -renang di dalm kepeluhan yang sangat masam,kami pun membuat keputusan untuk mensettlekan pertarungan dengan perlawan single.The first to reached 10, wins.Jadi inilah antara score yang aku ingat.Semua melawan hanif abam Sukma.

first round
fadli vs hanif : 3-10
paan vs hanif:6-10
adik vs hanif:1-10
abg vs hanif:3-10
second round
paan vs hanif:3-10
fadli vs hanif:3-10
adik vs hanif: 3-10
abg vs hanif :0-10
Kesimpulannya ….

Hanif menang ar, cuba lagi tahun depan.

Lepas penat mesti rasa lapar kan?jadi kami singgah di mali’seh juara char kuey teow, untuk sessi melahap.

Encik Iqbal yang baru berfutsal turut menjoining kami…”yang aku gatal gi upated firmware jadi 4.2 kenapalah, dah kena tunggu lepas krismas untuk jailbreak balik”

ramai kot orang dekat sini
ABg'wah,n97 ni comey jugap" Paan"damn, nyesal aku tak beli iPhone"
Adik"adik nak lepas 700 point dalam fruit ninja", Hanif"Banyak pulak friend request aku ni lol" Wei wei wei, learn to disconnect to connect people~
makanan dah samapai...
sedap betul makanan dekat sini,kalau ada peluang saya akan datang lagi..
Encik Iqbal yang baru berfutsal turut menjoining kami..."yang aku gatal gi upated firmware jadi 4.2 kenapalah, dah kena tunggu lepas krismas untuk jailbreak balik"

Selepas itu kami pun pulang, sempat merakamkan keindahan bulan alam ini.

di waktu malam, bulan terang, terdengar bunyi burung tukang~

Saya hang out di rumah Twins sampai ke pagi, pagi memang pagilah sampai matahari naik>Bukan apa nak tolong abang set up kan tumblr dia.Sekarang dah cantik skit, so kalau sesiapa yang nak berkenalan , boleh lah pergi melawat tumblr abg yer.Link ada di sebelah kanan ni———————————->

So kalau dah pagi mesti kena breakfast kan?so kami buat keputusan nak berMc Dono.Try kejut adik  tapi..

Adik"Adik, ngatoklah abg fadli"

So saya pergi bersama Abg jelah untuk berbreakfast….Sedap juga breakfast di MC Dono ni,sambil di temani monyet-monyet yang memanjat ke sana – sini.Sungguh tenang dan damai melihat monyet-monyet ini.Sambil makan, sambil heart to heart talk dengan Abg (wah!! dah macam Oprah Winfrey dah pulak), kongsi guys problem hahaha, takde kutuk -kutuk ar…So benda ini lah kiteorang makan….

Sebelum dibogelkan..
Selepas di bogelkan...

Gambar terakhir untuk hari ini adalah….

Laut yang tenang jangan sangka tak ada buaya...haaa tu dia~

tata~ :clap:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »